Kenapa Anak Saya Tak Mahu Makan?

Sekarang anak soleh hakimi berusia 1tahun 7bulan. masalahnya dia susah betul nak makan. kalau makan pon satu atau dua suap. pastu cakap ...


Sekarang anak soleh hakimi berusia 1tahun 7bulan. masalahnya dia susah betul nak makan. kalau makan pon satu atau dua suap. pastu cakap "nanak..nanak". memang sejak dah pandai cakap ni bagi apa-apa yang dia tak suka dia akan cakap taknak.. emmm -_-"

begitu juga kalau bagi roti/biskut.. makan setengah je pastu tak nak. dulu masa umur setahun kat sabah suka tengok hakimi makan..berselera..sekarang bila dah balik kampung susah sangat nak makan! actually hakimi dia tengok dulu makanan tu pastu tak nak..memilih!



minum susu je kuat.. kadang 3jam sekali 6oz habis. kadang sejam sekali kalau langsung dia tak makan apa-apa macam biskut/roti.. parah la  kalau seminggu 1 pek susu.. huuu~~
hakimi memang aktif..lasak.. berat masa 1tahun 3bulan 11.6kg.. maintain gitu la sekarang.. Alhamdulillah tak pernah lagi sakit/demam..

buntu mama nak bagi hakimi makan apa dah.. dah bagi pinggan/cawan comel-comel pun tak nak.. bagi makan kegemaran pun mama tak tau hakimi suka apa.. emm......... tapi takde juga ulser atau nak tumbuh gigi pun..memang dia sendiri taknak makan..
bagi makan sendiri,banyak yang jatuh dari masuk mulut.. acanerr tu..??

korang ada tipss tak?? buntuu la...



You Might Also Like

13 insan comel komen

  1. Dah try ape2 supplement??
    Tp selagi berat xde masalah still nk mkn sikit2 xde ape nk dirisaukan ...betui x....

    Klu nk cuba mealshake atau vitalea kids shaklee boleh pm akak 0129220376 ...mmg membantu masalah ank yg xnk mkn...sembelit....dan masalah2 lain...

    ReplyDelete
  2. Salam Jiejah..

    Walau dia tak nak mkn badan dia still debab kan.. Cuba tengok bukak mulut dia, anak sy kalo xnk mkn tu sbb ulser..

    ReplyDelete
  3. Err.. tak ada tips sbb anak I pun x nak.makan..hehe

    ReplyDelete
  4. alamak x dpt nk bantu...xde ank lg ;-)

    ReplyDelete
  5. @eima mealshake lom try..umur bawah 2tahun leh ke.

    ReplyDelete
  6. @Emma Nyiu xde ulser xde tumbuh gg pun emma..mmg xnak makan! tp badan tetap gemokk

    ReplyDelete
  7. @Khai♥Rin : anies ala mne tau anak2buah camni gak..hee

    ReplyDelete
  8. hehehe rasa mcm bdk2 umur mcm hakimi ni mmg kurang mkn la jijah.. haq pun mcm tu.. nak main je lebih.. mungkin tgh dlm fasa explore2 ni kan.. susu byk gak.. sebulan 6/7 kotak susu..

    ReplyDelete
  9. Baru haritu komen kat sini pasal hakimi, tup tup anak sy pulak tak nak makan, nak makan buah + susu aje. Risau giler kan. 2 hari di tak nak makan, nak yg sedap aje. Punya la paksa dia makan, smpai nangis tak nak.. Hari ke-3, baru dia nak nasi. Sy punya risau, smpai tak tido malam. Jijah lagi la mesti risau kan?, dah berbulan hakimi tak makan. Takpe, jijah doa banyak2 k.. In Shaa Allah, nanti dia nak jugak

    ReplyDelete
  10. kurangkan bagi susu baru dia nak makan kot jijah..tapi biasanya tgk anak buah memang ada yang macam ni, mak dia balancekan bg susu n makan.

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!