Jangkitan Rotavirus

Apakah jangkitan Rotavirus? Ini adalah jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun. G...



Apakah jangkitan Rotavirus?

Ini adalah jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun. Gejala-gejala jangkitan ini ialah cirit-birit, muntah, sakit perut dan demam. Kekurangan cecair badan disebabkan cirit birit dan muntah ini boleh membawa maut jika gantian cecair tidak diberi dengan segera.




Apakah yang menyebabkan jangkitan ini?

Rotavirus adalah salah satu penyebab utama cirit birit dan muntah di kalangan kanak-kanak. Ia merebak melalui pencemaran najis pendedahan daripada najis ke mulut kanak-kanak lain.

Sebagai contoh,ia berlaku jika seseorang menukar lampin bayi, terkena najis pada tangan dan dia tidak membasuh tangan lalu memegang peralatan, permukaan atau makanan.

Sekiranya kanak-kanak lain menyentuh peralatan atau permukaan tersebut dengan tangannya dan selepas itu tangannya di masukkan ke dalam mulut, virus tersebut tersebar ke kanak kanak itu.

Ia boleh merebak melalui tangan, mainan kanak-kanak atau objek di persekitaran tercemar, pengambilan makanan atau minuman tercemar dan sentuhan pada permukaan tercemar. Mereka yang mengendalikan lampin bayi perlu mencuci tangan selepas menukarnya manakala mainan kanak kanak serta peralatan di sekitarnya perlu sentiasa bersih.


Apakah rawatan yang di lakukan?

Di Malaysia,jangkitan rotavirus adalah punca cirit-birit yang utama menyebabkan kanak-kanak memerlukan rawatan hospital dalam bentuk menerima rawatan transfusi (memasukkan) air melalui saluran darah(intravena).

Kira kira 25 sehingga 50 peratus kes cirit-birit yang memerlukan kemasukkan wad berpunca dari Rotavirus

Tiada rawatan yang khusus untuk membunuh virus tersebut dan rawatan lebih penting dalam memastikan pesakit yang mengalami sakit ini adalah mempunyai kandungan air yang mencukupi dalam badan untuk mengelakkan dehidrasi (kehilangan air dan garam galian yang teruk menerusi muntah dan cirit).

Untuk menpercepatkan penyembuhan anak daripada jangkitan virus ini, pastikan ibu bapa memberi anak minum air menggunakan sudu atau cawan sekerap mungkin jika muntah.

Selain itu, doktor akan memberikan rumusan minuman air garam (ORS) untuk mengelakkan dehidrasi.Sekiranya mengalami dehidrasi yang teruk, pesakit memerlukan rawatan hospital dengan memberikan cecair melalui intravena.

Langkah mengelakkan jangkitan ini

Jangkitan Rotavirus sukar dibasmi sepenuhnya kerana mudah merebak.Beberapa kaedah pengawalan adalah pembasmian kuman di tempat permainan atau nurseri dengan kerap dan amalan kebersihan diri dengan mencuci tangan selepas menukar lampin atau pergi ke tandas .

Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( World Health Organisation,WHO) menyarankan pelalaian imunisasi Rotavirus sebagai satu strategi pencegahan terhadap jangkitan Rotavirus.

Di Malaysia , walaupun tidak terdapat di dalam program imunisasi kebangsaan, vaksinasi terhadap jangkitan Rotavirus ini masih boleh di dapati di klinik atau hospital swasta.

Vaksinasi dalam bentuk cecair yang perlu diminum boleh di beri pada bayi seawal usia enam minggu.
Terdapat 2 jenis vaksin rotavirus di Malaysia iaitu ‘RotaRix’ dan ‘RotaTeg’. Pemberian vaksin adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pengeluar vaksin masing-masing.


You Might Also Like

3 insan comel komen

  1. tq jijah untuk info ni sangat bahaya skg..banyak sgt penyakit berjangkit..wah dah bertukar blog jijah

    ReplyDelete
  2. Bahaya rotavirus ni sampai hari tu Laketown bukit merah di tutup kan

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!