Review: Train To Busan

Best sangat ke filem ni?? Kat facebook ramai rakan-rakan share movie ni.. kita pun secara tak langsung pun download lah..Nak menonton...


Best sangat ke filem ni??

Kat facebook ramai rakan-rakan share movie ni.. kita pun secara tak langsung pun download lah..Nak menonton wayang memang tidak la dengan anak anak yang masih kecil lagi..




Sinopsis Filem Train To Busan

Filem "Train To Busan" bermula apabila seorang anak hendak berjumpa ibunya di Busan. tetapi ayahnya sibuk bekerja. Akhirnya sebagai hadiah hari jadi ayahnya tunaikan janji membawa anaknya ke Busan. Dalam perjalanan keretapi ke busan seorang wanita telah di jangkiti virus zombi terlepas masuk dalam keretaapi tersebut.

Wanita yang terkena virus itu menjadi zombie. Merasuk dari satu orang ke satu orang. Satu gerabak ke satu gerabak terjangkiti. Akhirnya hanya dua orang yang selamat iaitu seorang wanita mengandung dan budak tersebut atas pengorbanan seorang ayah dan suami. Mereka berdua sampai ke Busan dan terlepas dari terkena tembakan oleh pihak tentera apabila budak kecil tu menyanyi. (pihak tentera menyedari mereka adalah manusia)

Banyak punchline dalam filem ni iaitu pengorbanan lelaki tua gelandangan. cinta antara pasangan pemain baseball. sikap pentingkan diri "pengarah". 


Ini bukan cerita seram tapi sarat dengan cinta dan pengorbanan

Korang yang dah tengok Train to Busan.. berapa bintang korang bagi??




You Might Also Like

7 insan comel komen

  1. Belum sempat nak tengok lagi.. tak teringat nak download dulu then baru layan..hohooh

    ReplyDelete
  2. yui bg 4/5 bintang..hehe..sok bru up entry

    ReplyDelete
  3. Fiza download tgk kat rumah ja sb ada anak kecil tak dapat la nak tgk kat panggung. Hehe Em, jujur cakap,storyline dia lambat sikit di permulaan cerita tapi best juga la sb lain daripada cerita Korea yg lain.Suami ckp, boring sebab wayang Korea. Paksa dia tgk sama2. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyelah.. korea! Tapi best sbb tentang aksi

      Delete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!