Wednesday, September 14, 2016

Resepi Rendang Kerang


Cubaan kali kedua buat lepas raya aidilfitri.. kali ni pakai cili padi merah.. lebih pedas.. dan semestinya sedap. Mak mertua lalu kat sebelah pun tak pandang...Kikiki




Bahan Kisar :-

1. 5 sudu cili kering/ cili boh
2. 10 tangkai cili api merah
3. 1 biji bawang besar dan 3 biji bawang merah kecil
4. 5 ulas bawang putih
5. Sebesar ibu jari Halia
6. Sedikit Lengkuas
7. 3 batang serai

Lain lain

1. Kerang 1 kg (beli dah siap kopek)
2. 2 keping asam keping/ air asam jawa pun boleh
3. Daun Kunyit (hiris halus)
4. Daun limau purut hiris
5. Kerisik
6. Santan 1 kotak
7. Sedikit gula dan garam

Cara-caranya

1. Masukkan minyak secukupnya..Tumis semua bahan kisar hingga garing
2. Bila lada dah kering masukkan santan, asam keping biar sampai mendidih,
3. Dah didih, masukkan kerang sehingga agak-agak empuk. kalau lama kerang liat
4. Kerang dah masak, Perasakan dengan garam gula
5. Masukkan kerisik. Sebatikan hingga kering.
6. Taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau perut. Gaulkan sebati.




rendang kerang by azizah kitchen,, nyummm!!


5 comments:

  1. Makan ni mesti bertambah2 nasi dan berpeluh2..sedap

    ReplyDelete
  2. sedap ni...akak suka..lagi pedas lagi la sedap..kan??

    ReplyDelete
  3. dh xnmpk kerang, nmpk sdp jee..hihih

    ReplyDelete
  4. Kerang tak berapa minat, tapi kalau rendang kerang tak pernah try lagi la.. sure sedap kan :)

    ReplyDelete
  5. Susah nak dapat kerang sekarang ni jijah..harga pun dah mahal.huhu

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!