Penyakit Kuning / Jaundis Pada Bayi Baru Lahir

by - 8:00:00 AM



JAUNDIS NEONATAL (PENYAKIT KUNING)


APAKAH JAUNDIS NEONATAL ???

Jaundis neonatal ni terjadi apabila paras serum bilirubin dalam darah melebihi paras normal menyebabkan bayi baru lahir mengalami kekuningan pada selaput mukosa dan di kulit semasa berumur kurang 28hari





KERNICTERUS ???

Kernicterus terjadi bila tahap bilirubin dalam darah tinggi dan mendap dalam sel-sel otak. Ia sangat bahaya terutama bagi bayi pramatang (tak cukup bulan ). Ini kerana mendapan ini boleh merosakkan otak dan menyebabkan kecacatan kekal seperti lumpuh, sawan dan tidak dapat bercakap bila besar nanti.



APAKAH PENYEBAB KES JAUNDIS NEONATAL ???

Jaundis boleh terjadi akibat

1) Proses Fisiologi normal : iaitu bila bayi baru lahir masih tak mampu untuk mengkumuhkan lebihan bilirubin keluar daripada badan mereka.. terjadi pada hari ke-3 selepas lahir dan hilang selepas hari ke7-10.

2) Ia juga boleh terjadi akibat Proses Patologi (penyakit) dan akibat lain seperti

1)Faktor umum :
-Bayi premature
-Kurang air
-Darah yang terminum oleh bayi semasa proses kelahiran
-Pemberian susu ibu : meningkatkan risiko jaundis

2)Pemecahan darah :

Kumpulan darah tidak sama antara ibu dan bayi : ABo atau Rhesus incompatibility. ibu kumpulan O fetus kumpulan A,AB,B. kumpulan darah tak serasi

3)Jangkitan kuman (sepsis):

-Jangkitan otak
-Jangkitan salur kencing
-Jangkitan dalam kandungan: herpes,TORCHES


4)Kesan metabolik :

-Kurang hormon tiroid
-Galaktosemia


5)Sumbatan pada aliran bilirubin :

-Penyempitan salur biliari : biliari atresia
-Jangkitan neonatal hepatitis


APAKAH TANDA GEJALA KES JAUNDIS NEONATAL ???

  1. jaundis berlaku beberapa jam selepas lahir
  2. urin (kencing) warna pekat dan berwarna air teh
  3. najis warna hitam
  4. demam jika ada jangkitan talipusat,talipusat bau busuk
  5. anemia-kurang darah


APAKAH PENGURUSAN KES JAUNDIS NEONATAL ???

Keterukan jaundis neonatal boleh diperiksa dengan

ujian darah venous dan kapilari(serum bilirubin)
kumpulan darah ibu dan bayi
Pemeriksaan lebih menyeluruh oleh doktor mengambil kira umur bayi : lebih bahaya jika bayi umur kurang 24jam

Keadaan umum bayi
Penyebab jaundis
Tahap jaundis @ bilirubin dalam darah



APAKAH RAWATAN YANG BIASA ???

Biasanya rawatan terbahagi pada 2 :

1) Fototerapi



Cahaya spektrum biru lampu khas dapat mengurangkan paras bilirubin. Biasanya dimulakan bila bilirubin mencapai jumlah 222microm/l. Ia akan diteruskan sehingga paras bilirubin menurun ke tahap lebih rendah. Oleh itu darah akan sentiasa diambil bagi mengkaji keberkesanan fototerapi ini.


Kesan sampingan fototerapi

i. rashes akibat panas sinaran fototerapi

ii.jangkitan mata

iii.retinal damage

iv.kemandulan



2) Exchange Transfusion (ET)



Adalah prosedur bila darah bayi secara berulang-ulang dalam kuantiti yang kecil dikeluarkan dan pada masa yang sama diganti dengan darah penderma. Dengan adanya fototerapi , ET telah kurang diperlukan namun jika bilirubin melebihi 345 microm/l, ia mungkin akan dilakukan.



KOMPLIKASI NEONATAL JAUNDIS
  1. kernickterus
  2. mental retardation
  3. cerebral palsy

You May Also Like

5 insan comel komen

  1. alhamdulillah anak2 akak tak ade jaundis yg berdua tu .... harap2 seterusnye pun mcm tu .. kesian tgk ibu dlm pantang ulang alik ke klinik check anak

    ReplyDelete
  2. salam & happy monday dear...hihi

    ReplyDelete
  3. Kesiannya kat baby yang dapat jaundis macam baru lahir. Nasib baik baby saya dulu jaundisnya tak terus walaupun ada G6PD. Huhu.

    -Diari Mommy Muhaimin-

    ReplyDelete
  4. ooo kumpulan darah x sm pun jd slh satu penyebab yaaa

    ReplyDelete
  5. kalau orang dulu-dulu jemur bayi kan. kalau tak silap lah..boleh pakai lagi ke cara tu agaknya?

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!