Menang Kit Bijak Menabung

Alhamdulillah menang giveaway Kit Bijak Menabung yang blogger diana rashid anjurkan di facebook baru baru ni.. Rezeki anakanda zulh...



Alhamdulillah menang giveaway Kit Bijak Menabung yang blogger diana rashid anjurkan di facebook baru baru ni..
Rezeki anakanda zulhakimi juga..

Budak excited dapat tabung..



Kalau korang nak tahu..Kit Bijak Menabung bukan sekadar tabung tau tetapi lebih kepada mendidik anak-anak kita untuk mengurus wang mereka sendiri dengan lebih baik dari sebelumnya.






Kit ini mengandungi

1. Sebuah Buku Panduan untuk ibu bapa
2. Satu set 3 buah tabung iaitu SIMPAN, SEDEKAH, BELANJA
3. Satu set 4 buah buku sebagai panduan untuk anak-anak
4. Carta Upah Magnetik untuk merekodkan jenis pekerjaan dan jumlah upah yang sesuai untuk diberikan secara mingguan
5. Pelekat / Stiker yang bersesuaian


Menariknya kan.. Alhamdulillah rezeki hakimi dapat hadiah ni..tq blogger diana pilih saya sebagai pemenang!!

You Might Also Like

5 insan comel komen


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!