♥eTIPS
First Aid- Terkena Air Atau Minyak Panas
8:00:00 AM
Dr Hana Hadzrami
Anak tadi melecur teruk sampai masuk ICU. Manakala anak saya selamat tak jadi apa-apa. Syukur!!
Kenapa boleh berbeza hasilnya sedangkan mengalami kemalangan yang sama?
Bezanya ialah saya mengetahui bantuan rawatan asas (first aid) dan dengan izin Tuhan, berjaya mengaplikasi pengetahuan tersebut kepada anak sendiri.
Anak saya dulu, sebaik saja tersiram kopi panas, segera saya bawa dia ke bilik air dan saya siramkan air paip secara berterusan. Dengan bajunya sekali saya siram (kerana bajunya tipis). Siraman itu perlu berterusan sehinggalah dia tak lagi berasa sakit dan tiada lagi kesan merah pada badannya.
Manakala anak yang malang tadi, ibubapanya tiada pengetahuan first aid. Dalam keadaan panik, terus anak itu dibawa ke hospital. Kulit yang tersiram air panas terus ‘masak’ secara perlahan-lahan kerana haba terus masuk kedalam kulit secara langsung. Sampai di hospital, semua dah terlambat; lecur tadi dah jadi third degree burn. Kesian si anak perempuan tadi. Wajah dan tubuhnya takkan kembali seperti dulu!
Kerap saya terdengar cara merawat lecur dengan cara menyapu ubat gigi atau dengan merendam anggota melecur dalam guni tepung . Ada juga yang suruh sapu minyak masak. Bermacam jenis petua ada. Petua-petua tersebut diturunkan oleh nenek moyang dengan niat baik. Namun ianya kurang tepat dan boleh memburukkan keadaan jika lecur itu serius dan melibatkan kawasan besar.
Jika tersiram minyak atau air panas, jangan panik. Segera bawa mangsa ke bilik air dan lalukan dengan air paip secara berterusan selama sekurang-kurangnya 20 minit atau hilang rasa sakit. Jika anggota melecur dilitupi dengan barang kemas, lampin bayi atau pakaian tebal, tanggalkan dengan serta-merta supaya kulit boleh segera disejukkan sebelum ia ‘masak’.
Percayalah, jika first aid dilakukan dengan segera, jangankan melecur, tanda merah pun tiada.
Belajarlah asas rawatan seperti mengendalikan luka kecil dan pendarahan, memberi rawatan permulaan bagi luka melecur, kerana kemalangan kerap terjadi dalam rumah.
Dengan pengetahuan rawatan asas, anda boleh mencegah kecederaan yang lebih besar.
6 insan comel komen
terima kasih JIjah untuk perkongsian ni
ReplyDeletekdg2 da panik sangat jijah smpi tak tau nk buat apa kan... tp better amik tau dulu...
ReplyDeleteAI PERNAH MELECUR KUAH LAKSA TUMPAH TGH MENDIDIH TERTUMPAH KAT DADA ... TERUS TANGGAL BAJU .... SAPU BASIC H SHAKLEE ...BIAR SEKEJAP BR CUCI NGAN AIR TAK MENGGELEMBUNG .... BESAR JUGA PARUT KAT DADA NI TP SKERG NI DH PUDAR
ReplyDeleteauch, nyilu rasa bila terbayangkan kena siram minyak panas..saya pun kadang mati akal bila terkena... tau lalukan bawah air..tapi tak tau berapa lama..skrg dah tau.. thanks for the info..
ReplyDeleteTerima kasih kongsi maklumat.
ReplyDeleteVery good
pentingnya ada pengetahuan first aid ni kan supaya tak tersilap langkah
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!