Friday, January 6, 2017

Perbezaan Taska..Tabika.. Pra Sekolah



Orang tanya kenapa masukkan anak sekolah Tadika awal sangat 4 tahun?? kesian tak puas nak main! Bagi daku, better dia bersekolah sebab dapat jumpa ramai kawan, boleh belajar berdikari, peluang bermain.. selain itu, bila anak dah ramai ni. mudah pengasuh nak handle anak yang kecil.

Tak banyak pilihan pun sebenarnya..  Taska Permata Kemas, Tabika Kemas, Taska Permata Negara dan Pra Sekolah,.

Apa beza pula nama ni?? Ingatkan Taska, Tabika sama je tapi lain tau..

Tadika tu maknanya Taman Didikan Kanak-kanak, Tabika tu Taman Bimbingan Kanak-kanak dan Taska ialah Taman Asuhan Anak-anak.. Pra Sekolah pula persediaan kanak-kanak sebelum ke tahun 1.

Kalau Taska dari umur baru lahir hingga la ke umur bawah 6 tahun dan beroperasi pada waktu pejabat, Macam Tadika atau Tabika kemas seawal 4 tahun dah boleh hantar cuma dari jam 8am-12pm dan pendaftaran terbuka kepada semua kanak-kanak 4-6 tahun.


Tabika KEMAS pilihan hati!

Actually apply Taska Permata Negara under isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor tu tapi mungkin pendapatan tak layak agaknya jadi tak dapat panggilan lagi. jadi anak soleh zulhakimi daku daftarkan ke Tabika Kemas. 


Walaupun ada orang cakap tabika KEMAS ni banyak "main-main", "menyanyi" tapi takpe lah hakimi baru 4 tahun.. biar dia seronok berkawan. Lagipun tadika KEMAS yuran bulanan murah sesuai lah dengan pembelajarannya.



Macam tak percaya dah 5 hari hakimi bersekolah.. masih menyesuaikan diri, Moga segala ilmu yang anak-anak kita dapat semasa belajar di tadika atau di sekolah mereka dapat menerima dengan mudah... Moga anak2 kita semua berjaya di dunia dan jugak di akhirat... Amin..






4 comments:

  1. syamimi sekolah taska permata sebab kemas sini tak ambik yang 4 tahun

    ReplyDelete
  2. alahai comel nyer !!!
    izzat 4 thn da ke tadika, jijah.
    ok aje.
    bukan nyer blaja sgt pon.
    lebih kpd main :)
    homework pun izzat x pernah buat tau.
    thn ni aida tuko izzat ke PASTI.
    lebih nak ke hafazan in shaa Allah.

    ReplyDelete
  3. rasa dah besar sangat bila kimi pakai baju sekolah..semoga semuanya baik-baik je.

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!