Suntikan rawatan selulit yang salah

7:36:00 AM 0 Comments A+ a-



INILAH kesan luka pada tubuh Cheng yang dijangkiti bakteria mycobacterium ablessum setelah didakwa diberi suntikan ubat selulit manakala gambar bawah ialah contoh ubat yang diambil.


KUALA LUMPUR - Dua gadis mendakwa mereka kini berdepan maut apabila seorang pakar kecantikan menyuntik tubuh mereka dengan ubat yang salah bagi rawatan selulit pada paha dan punggung mereka kira-kira lima bulan lalu.
Akibatnya, kedua-dua sahabat karib itu kini dijangkiti bakteria mycobacterium ablessum sekali gus menyebabkan bahagian suntikan mengalami luka yang sukar untuk sembuh.
Lebih menakutkan, walaupun dicuci di klinik setiap hari, luka tersebut bukan sahaja terus membesar malah mereka mengalami masalah kegatalan melampau.
Mereka juga sudah menghabiskan wang kira-kira RM50,000 untuk menjalani rawatan tersebut.
Kedua-dua gadis itu yang masing-masing mahu dikenali sebagai Cheng, 26, dan Wong, 30, mendakwa, segala-galanya bermula setelah mereka mendapatkan nasihat seorang pakar kecantikan di Subang Jaya, Selangor.

All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!