Lupakah Aku.. Anak Ini Milik Allah
2:00:00 PM
Memang. Aku yang kandungkan anak ini. 9 bulan. Lama.
Memang aku yang lahirkan dia 7 bulan lepas. Sakit.
Tetapi. Anak aku bukan milik aku. Dia adalah amanah dariNya. Dia milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil semula.
Jadi. Mengapa aku mengeluh untuk melayan dia tak tidur malam dan mahu bermain. Sedangkan aku selamba layan kawan-kawan di kedai mamak sampai ke pagi. Jangan aku lupa, anak ini milik Allah, bila-bila masa Dia boleh ambil balik.
Mengapa pula aku mengeluh kesal bajunya perlu dibeli lagi. Sedangkan baru sahaja dibeli bulan sudah. Sedangkan ramai lagi ibu bapa teringin hendak beli saiz lebih besar lagi. Apakan daya anak mereka lambat membesar pula. Jadi mengapa aku tak bersyukur dan gembira anak aku mengembang sihat. Mengapa aku mengeluh. Lupakah aku. Anak ini milik Allah. Bila-bila masa Dia boleh ambil balik.
Aku mengeluh lemah lagi tidak mampu menyimpan wang di bank. Setiap bulan ada sahaja kehendak dan keperluan anak ini. Matilah macam ni. Ya Allah. Sedarkah aku. Ramai lagi yang berhabis berpuluh ribu namun masih tidak diberikan Allah rezeki yang dipanggil anak. Lupakah aku Allah itu pemberi rezeki. Dia pemilik kesemua di langit dan di bumi. Termasuklah anak ini. Ingatlah. Bila-bila masa dia boleh ambil kembali.
Aku terus mengeluh. Tengah sedap bersembang di FB, si anak ini merengek mahu diangkat-angkat , diagah-agah pula. Ahhh mana boleh. Nanti jadi manjalah dia. Nah ambil ini dan mainlah sendiri. Allah. Mengapa aku mengabaikan pinjaman Allah ini. Entah berapa ramai yang menangis merayu dalam sujudnya di malam hari mohon diberikan anak penyeri hidup. Tetapi Allah tak bagi. Allah berikan pada aku. Tetapi mengapa aku mengeluh. Inikan milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil kembali.
Mama papa sayang zulhakimi zaim hingga hujung nyawa
Ya Allah... Telah Kau berikanku anak sebaik, sesihat dan sekacak ini.. Tetapi masih aku banyak bunyi.. Ampunkan aku ya Allah.. Kau panjangkanlah jodoh aku dan dia hingga jannahMu.. Kau berikanku petunjuk dalam melaksanakan amanahMu.. Sesungguhnya aku sering terlupa anak ini bukan milik aku.. Dia milikMu.. Bila-bila masa kau boleh ambil kembali...
Sumber: facebook Dr Amirul
21 insan comel komen
salam kenal..tsentuh baca entry ni=)
ReplyDeletesyahdu baca entry jijah.
ReplyDeletebenar apa yg dikata.
bkn jijah je rasa camtu..
ira pun sama.. huhu...
smga kita sama2 melakukan yg terbaik untuk anak2..
Yea betul jijah..Jijah dah sihat? Harap terus sihat dan kuat yea..Entry ni satu peringatan yang baik sebab tu akak selalu ingatkan diri yang anak ni amanah Tuhan, bila2 dia boleh amik balik..So sesamalah kita beringat yea...Comel baby jijah ye, semangat lagi pulak tu..
ReplyDeleteAlhamdulillah kalau semua ibu bapa sedar akan hakikat semua hak milik kita hanya pinjaman dariNya...
ReplyDeleteAhh comelnye baby :)
ReplyDeleteMay you'll become a great mommy , akak !
Betul tu... moga kita berjaya mendidik amanah Allah ini menjadi insan soleh dan solehah.. amiinn...
ReplyDeletebetul..kadang2 kita terlupa dan terleka..selalu kita kata anak itu milik kita..tp sebenarnya kita lupa..anak itu milik ALLAH dan ALLAH pinjamkan anak2 utk kita sebagai amanah..peneman kita sepanjang hidup..Insyallah
ReplyDeleteberuntungnya awak memiliki anak dan merasa nikmatnya mengandung....4 thn saya tunggu untuk dptkan anak smpai skang belum berhasil
ReplyDeleteakak pernah baca ni..tulisan Dr Amirul Amin..sedih...
ReplyDeletesedih plak bc entry ini.. tersentuh
ReplyDeletetersentuh dengan penulisan nih..hargai mereka di sekeliling..inshaAllah..
ReplyDeletetetiba rindu ank ...
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, alhamdullilah. zuriat kita kena jaga molek2. in shaa Allah, banyak pahala... semoga Zulhakimi Zaim membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh. amin ~~~
ReplyDeletePuisi ni asalnya nukilan dari kawan Fiza sebenarnya yang dah tersebar luas.Memang menyentuh hati membaca.
ReplyDeleteSebaj he baca jijah.
ReplyDeleteTasha pon terasa je. Kdg2 mngeluh je tp bila tgk balik ni lah kebahagiaan yg tuhan pinjamkan. Kne lah jaga sebaik mungkin.
Thanks Jijah.. Tersentuh baca
ReplyDeleteterkesan sungguh bila baca walaupun takde anak lagi..
ReplyDeleteYup betulkan...kdg2x tanpa sedar kita terlupa dan sering mengeluh....
ReplyDeleteentry yg menyentuh hti
ReplyDeleteberat tanggungjawab menjadi ibu dan ayah
anak itu amanah dari Allah
tersentuh bca jiejah..huhuu..tiba2 rasa nak punya ank mcm hakimi :)
ReplyDeleteTersentuh baca entry nih
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!