Ujian Pap Smear Dan Kanser Serviks

by - 8:00:00 AM



Siapa dah buat Ujian Pap Smear sila komen! hihihi

Apakah ujian Pap Smear??

  • iaitu 1 ujian saringan untuk mengesan kanser serviks pada peringkat awal
  • ia di panggil 'pra kanser' yang boleh bertukar kepada kanser serviks jika tak dirawat
Mengapa ujian pap smear ini penting?
  • sebab kanser serviks adalah kanser ke 2 paling kerap berlaku di kalangan wanita d Malaysia
  • dapat mengesan peringkat awal sebelum kanser serviks terjadi
  • pengesanan dan rawatan dapat sembuhkan penyakit ni sepenuhnya

Apa itu kanser serviks?
  • keadaan apabila selsel di serviks bertindak secara tak normal dan berkembang menjadi kanser
  • sebelum jadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel selnya. ini di sebut 'pra kanser'
  • peringkat pra kanser ambil masa beberapa tahun sebelum bertukar kepada kanser serviks
  • jangka masa ni boleh di gunakan untuk Doktor kesan serta rawat supaya kanser serviks dapat di cegah dari berlaku




Faktor risiko?




  • semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks terutama umur 20-65tahun
  • risiko lebih tinggi
  1. memulakan hubungan seks usia awal dan pasangan seks ramai
  2. anda @ pasangan dapat jangkitan virus Human Papiloma
  3. hisap rokok
  4. jangkitan penyakit kelamin

Tanda gejala kanser serviks?



  • lelehan faraj berair dan berbau busuk
  • rasa sakit semasa melakukan phubungan seks
  • pendarahan dari faraj antara haid @ selepas hubungan seks
  • sebarang pendarahan dari faraj selepas putus haid

Bagaimana pap smear dilakukan??
  1. ambil masa 5-10minit je...
  2. mudah dan tak menyakitkan
  3. dilakukan oleh doktor atau jururawat
  4. libatkan pemeriksaan faraj serta pengambilan sampel sel serviks
  5. teknik ~~>
  • sampel sel+serviks di ambil secara berhati hati mengunakan berus serviks+spatula
  • sampel di sapu ke atas slaid kaca
  • slaid akan di periksa mengunakan mikroskop di makmal
Bila masa yang terbaik jalankan ujian pap smear??




  1. dilakukan bila bila masa kecuali masa nifas& haid
  2. masa yang sesuai pertengahan pusingan haid/seawal 10 hari selepas hari pertama datang haid
  3. elak hubungan seks 24jam@ 1 hari sebelum jalani ujian pap smear
  4. tiga bulan selepas bsalin
  5. elak selepas penggunaan ubat ke dalam faraj sehari sebelum menjalani ujian pap smear

Berapa kerap ujian pap smear perlu dilakukan??
  • 3 tahun sekali
  • wanita pertama kali melakukan di nasihatkan menjalani ujian pap smear setiap tahun pada 2 tahun pertama. Jika kedua dua normal di ikuti dengan 3 tahun sekali
Di mana dapat menjalani ujian pap smear secara percuma??
  • klinik desa
  • klinik kesihatan
  • hospital kerajaan
Peranan suami dalam membantu mencegah kanser serviks
  • setia pada pasangan
  • galakkan pasangan untuk menjalani ujian pap smear
  • amalkan cara hidup sihat dengan tidak merokok
  • penggunaan kondom boleh membantu mengelak jangkitan penyakit kelamin



Kesimpulan nya................

Para wanita perlu menjalani ujian pap smear ini secara berkala kerana ia mampu mencegah kanser serviks dan dapat menyelamatkan nyawa anda..

Ingatlah
"Mencegah itu lebih baik daripada megubati"...

saya sudah.. anda bila lagi??







You May Also Like

9 insan comel komen

  1. lama dah x check kesihatan sndiri.. rasa nak p hospital buat full medical checkup

    ReplyDelete
  2. thank you for this post jijah.
    Dilla pn rasa nak buat pap smear ni. :)

    ReplyDelete
  3. Kita tak buat la ujian Pap smear ni. Nurse aritu soh juga pergi memangkan baru lepas bersalin. Tengok la nanti camane. Untuk kebaikan kita juga kan. Thank you sharing Kak Jijah. :)

    ReplyDelete
  4. thanks for info,,betul tu,lebih baik mencegah dari mengubati,,btw salam kenal dr saya,,done follow you ^_^

    ReplyDelete
  5. lama tak buat paps smear nih

    ReplyDelete
  6. saya tak pernah buat lagi..adoii bila nak pergi buat ni

    ReplyDelete
  7. rasa takut pulak nak buat..huhu

    ReplyDelete
  8. OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOppppppppppppppppppppppsssssssssssssssss............................... cam ner nak komen ni...heheheheheh

    ReplyDelete
  9. emi x buat lagi..huhu..seram pulak..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!