Tuesday, May 3, 2016

Teratak Az: Wiring Lampu Dan Kipas


Perkembangan Teratak AZ, kerja-kerja wiring lampu dan kipas dah siap pasang.. itu pun buat dua kali sebab takde elektrik tapi pasang je kipas lampu, bila elektrik ada, ada pula lampu dan kipas tak nyala dan tambah point untuk kipas dinding dan pasang water heater.

untuk rumah ni je banyak pakai lampu dinding dalam bilik. dah pening nak beli design macam mana..kalau siling boleh pakai lampu kalimantang je dalam bilik.



daku memilih lampu ini di living hall.. nampak cantik dan mewah..  wahahaha :p (padahl ramai kata banyak pakai elektrik)


Nyelit la seketul gambar lampu kat sini ek...
Bila bukak lampu, cantikkkkkk sangat. boleh bertukar tiga warna..Serius!! Haha. *puji diri sendiri* tapi bukan buka selalu.. tu sebab pasang lagi satu lampu dinding kat ruang tamu ni..




Ni la lampu kat dining hall dan counter bar..
lampu dining warna putih dan lampu counter bar warna oren.. malap santai santai sambil minum kopi..kihkihkih

Dua lampu kalimantang letak kat garaj dan belakang rumah dan lampu dinding untuk semua bilik.

Settled untuk lampu..

Rumah baru daku ni perlukan 5 kipas siling, 1 kipas dinding sebab bilik no 3 siling tinggi sangat!
Untuk kipas memang target panasonic & KDK tapi bukanlah yang mahal-mahal asalkan ada angin dan rasa sejuk. musim panas sekarang ni kan.. tak tahan betul..
tapi..
kebanyakan kedai jual jenama DEKA.  so teracun jugak la..

2 biji kipas DEKA ni. letak kat living hall dan dining hall. dua-dua warna hitam :)
1 KDK
2 Panasonic
1 Panasonic kipas dinding

Alhamdulillah settle wiring semua lampu dan kipas...door bell dan water heater!
Total lampu dan kipas hampir RM2000!! upah RM400++ huhuhu *nangis lagi*
Moga di permudahkan urusan yang lain selepas ini..Amin..

13 comments:

  1. alhamdulillah
    sikit sikit siapkan. nti leh sambut ramadan di rumah baru kan (",)

    ReplyDelete
  2. akak, kalau da kenalan keje dekat mana-mana institut kemahiran, minta tlg pengajar carikan budak tlg buatkan..mcm tempat keja eca (ILP), selalu staff minta tlg pengajar bengkel assign students tlg buat keja2 wiring..so, dorg akan lebih praktikal dlm keja2 tu & save more bajet kepada kita...hihihi.

    ReplyDelete
  3. mmg kos tggi..huhu..tp xpe..rumahku syurgaku..

    ReplyDelete
  4. wah, cantiknya nak masuk rumah baru..
    salam kenal dr blog azhafizah ;)

    ReplyDelete
  5. santekkk! xpe, habis untuk rmh sendiri.. puas hati. =) beraya di rumah baru! i feel you.. mesti happy.

    ReplyDelete
  6. cantik lampu-lampu tu jijah..suukaa... :*

    ReplyDelete
  7. wah..beraya di teratak baru..jijah..

    ReplyDelete
  8. cantiknya lampu2 tu..saya pon pilih lampu 3 warna untuk rumah saya..x sabar plok nak tggu rumah siap

    ReplyDelete
  9. cantik lampu tu jijah..tak sabar tunggu rumah siap kan

    ReplyDelete
  10. wah...seronoknya nak pindah ke rumah baru...pasti dah tak sabarkan...ape pun the best to you.

    ReplyDelete
  11. Adik beli jenama deka hr tu..okey je setakat ni...elok je..cantik lampu dining

    ReplyDelete
  12. sapa kata pindah rumah baru x de kos? tuuu diaaa.... byk $$ jg ya jijah...

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!