Tips Berpindah Rumah Baru

by - 9:00:00 AM


Alhamdulillah sabar ada hikmahnya.. dua tahun menunggu rumah siap akhirnya dapat juga kunci untuk menduduki Rumahku Syurgaku..

Ini tips yang dapat untuk persediaan berpindah ke rumah baru..




1. Senaraikan barang keperluan yang perlu di bawa ke rumah baru sebelum berpindah..



2. Pastikan ada kotak untuk mengisi barang keperluan berpindah




3. Bila mengemas, kenal pasti barang yang masih boleh di pakai, recycle atau buang saja barang yang tidak di gunakan..





4. Paling penting setiap kotak yang sudah di kemas, labelkan nama barangan tersebut supaya senang mencari kelak.




5. Jika ada barang fabrik, kain isi ke dalam plastik hitam


6. Kadang kala lupa nak pasang balik kabel elektronik. boleh la snap cara-cara memasangnya..

7. Peti ais perlu di kosongkan, di bersihkan dan di nyahbeku




8. Tips baru, cermin di lekatkan dengan pita pelekat dengan bentuk X untuk serap hentakan.

9. Balut barang mudah pedah seperti pinggan, cawan dengan surat khabar!




10. Barang keperluan utama untuk hari pertama berpindah kena asingkan. 



11. Rancang kedudukan perabot supaya tidak letih untuk menyusun dan tahu kemana tempat untuk susun.




12. Penuhkan perabot secara berperingkat. apa yang ada dahulu..




13. Sewa lori yang boleh angkut barang banyak sekali gus supaya tak berulang alik banyak kali..



14. Bergaul dengan jiran tetangga dan menjemput jiran untuk Majlis Kenduri Doa Selamat menduduki rumah baru. dalam kata lain "house warming"





Semoga dengan sedikit tips ini proses berpindah lebih teratur.. InshaaAllah...



You May Also Like

4 insan comel komen

  1. alhamdulillah...selamat berpindah ke rumah baru..mesti seronok kan?apapun tq sebab share tips berpindah ke rumah baru... :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih..tips ini akan jd rujukan nanti

    ReplyDelete
  3. sy dah alami proses pindah rumah....brg x byk tp penatnya ya rabbiiii...


    thanks for the info!

    ReplyDelete
  4. Iqa dah alami sekali tetapi time tu kitorg baru kawen barang pn xde takat angkat gune kereta je..

    ni in sha Allah husband dapat pindah nanti iqa pun kne la alami proses ni lagi sekali..huhu jenuh nya la hai kan banyak barang huhuhu

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!