Jururawat Terlibat Dalam Kemalangan
3:50:00 PM
Baru baru ni gempar seorang jururawat yang terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kereta viva degan satria yang berlaku di selekoh kg pahang sungai soi berhampiran masjid.
Mangsa merupakan kawan sewad sahabat daku iaitu nurain binti muzer 30 tahun seeorang staffnurse yang bertugas di wad mawar 7B HTAA perubatan wanita.
Dimaklumkan mangsa dalam kemalangan mengandung 39 minggu yang tinggal menunggu hari saja dalam perjalanan untuk datang bekerja shift pagi. Hari kejadian merupakan hari terakhir mangsa bekerja kerana pada keesokkan harinya beliau terpaksa membuat pembedahan ELLSCS memandangkan bayi yang di kandung dalam keadaan songsang.
Allahu.. bayangkan ini merupakan bayi pertama beliau setelah 6 tahun menanti zuriat. Tapi takdir mengatasi semuanya, bayi yang di kandung mangsa sudah meninggal dunia di dalam kandungan dan mangsa kini di rawat di wad icu.
Alhamdulillah beliau dah sedar tapi mula mengigau menanyakan perihal anaknya..
Buat sahabat perjuangan..semoga tabah di bawah lindungi Allah. Anak itu menunggu kamu di syurga nanti.. inshaaAllah..
8 insan comel komen
Ya Allah besarnya dugaan kawan awak jijah ..semoga kawan jijah kembali sihat dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata semula.
ReplyDeleteya allah sedihnya...
ReplyDeletesy sendiri dah menunggu 5 tahun lebih nak dapatkan anak.
kalau dah takdir tuhan tak sampai masa lagi untuk dia bela anak sendiri, apakan daya kita manusia hanya mampu merancang.
Ya Allah.. sungguh berat ujian utk mangsa..semoga mangsa & keluarga tabah dengan ujian ALLAH
ReplyDeleteYa Allah..sedihnya (T_T).6 tahun menanti takleh bayang macam mana perasaan dia. Tapi, Allah lebih sayangkan anak dia kan. ANak yg setia menanti dia di syurga. semoga dia cepat sembuh & pulih semangat.
ReplyDeletesemoga dia kuat semangat untuk menjalani kehidupan yang akan datang..setiap ujian ada hikmahnya
ReplyDeleteberat sggh ujian ke atasnya...semoga mereka sekueluarga tabah menghadapi musibah ini
ReplyDeleteaduhai. sedih nyer :(
ReplyDeletemoga Allah kuat kan semangat dia.
dan Allah kurniakan rezeki zuriat pada dia...
semoga beliau kuat dan tabah dgn ujian ini.berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikulnya.
ReplyDeletesmoga ade rezeki lg buatnya.aamiin
Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!