Friday, April 1, 2011

Susah Tidur, Kemungkinan Akan Dapat Buasir..



Buasir terjadi apabila struktur usus telalu lemah. Mengamalkan meneran kuat ketika membuang air besar akan menambahkan lagi keterukkan tahap buasir.

Usus besar amat berkait rapat dengan karektor seperti berikut sekiranya ia lemah;
1. Sifat kurang yakin
2. Terburu-buru
3. Suka menangguh kerja
4. Was-was

Sebenarnya sikap tersebut juga merupakan punca utama mengapa seseorang yang lemah usus besarnya itu suka meneran ketika membuang air besar. Aktiviti dan tenaga usus besar dikawal oleh otak Hipothalamus . Selain mengawal usus besar, hipothalamus juga mengawal waktu tidur. Waktu tidur yang sihat dan menyihatkan otak ialah antara waktu selepas Isyak (kira-kira 8.30 malam waktu Malaysia) dan berlanjutan sehingga dua per tiga malam (kira-kira 2 pagi waktu Malaysia).

Usus yang lemah adalah sangat panas dan sensitif dengan makanan yang panas seperti berikut:
1. Cili
2. Rempah
3. Lada
4. Ulam pegaga dan ulam raja
5. Kopi
6. Tembikai
7. Makanan rangup

Selain makanan panas, makanan yang tinggi fibre juga boleh melemahkan usus besar. Fibre boleh bertindak mengaktifkan usus secara berlebihan.

Antara makanan yang tinggi fibre ialah:
1. Pisang (kecuali pisang embun)
2. Bijirin oat

Makanan yang berkoko:
1. Milo
2. Coklat koko
3. Kek koko

Semakin banyak seseorang itu mengambil makanan tinggi fibre, semakin panas keadaan usus dan memudahkan sembelit apabila makanan fibre dihentikan pengambilannya.

Tidur Sebagai Rawatan
Otak yang mengawal tenaga usus ialah otak yang sama mengawal tidur dan tumpuan iaitu Hipothalamus. Mereka yang mengalami masalah di usus juga turut mengalami masalah tidur. Misalnya mereka yang lewat tidur biasanya akan mengalami masalah sembelit atau simptom sembelit seperti sukar membuang air besar atau terlalu lama di tandas. Mereka yang mengalami masalah buasir pula biasanya sukar mendapat tidur yang lena. Mengamalkan tidur awal sejurus selepas solat Isyak serta mengelakkan mengambil makanan yang tinggi kalori 2 jam sebelum tidur ialah petua rahsia untuk merawat masalah berkaitan dengan usus.

Makanan berkalori tinggi ialah makanan pedas seperti cili, lada, kari, rempah dan termasuk juga perasa pedas yang diletakkan dalam makanan ringan. Biasanya rawatan untuk masalah buasir peringkat pertama ialah dengan menguatkan sistem otot di sekitar usus kemudian diikuti dengan menguatkan usus itu sendiri berserta dengan otak yang mengawal tenaga usus iaitu hipothalamus.
]

3 comments:

  1. thanks for da sharing..
    mmg skrg payah nk tido tp harap2 tak laa kena sakit mcm nie..

    ReplyDelete
  2. dian~ hehehe yup....harap2 tak la jd buasir...seksa kan..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!