18 pelatih polis masuk wad akibat virus

PORT DICKSON: Seramai 18 pelatih konstabel dari Pusat Latihan Polis (Pulapol) Port Dickson berpusat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat...


PORT DICKSON: Seramai 18 pelatih konstabel dari Pusat Latihan Polis (Pulapol) Port Dickson berpusat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Teluk Kemang, di sini, dimasukkan ke hospital dipercayai dijangkiti empat virus misteri, sejak 26 Mac lalu.
Difahamkan, semua pelatih berusia lingkungan 19 hingga 21 tahun itu mengalami simptom demam panas selepas dijangkiti virus bakteria leptosperosis (kencing tikus), virus adeno, demam denggi dan kes influenza (ILI). Sumber berkata, jabatan kesihatan masih menyiasat punca virus berkenaan selepas mengenal pasti semua pelatih mempunyai empat simptom penyakit berkenaan.

“Pihak hospital masih menjalankan diagnosis secara keseluruhan kerana setiap pelatih yang datang mempunyai pelbagai simptom dan setakat semalam 10 daripada mereka disahkan positif,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, sehingga semalam, empat lagi pelatih dimasukkan ke wad itu apabila menunjukkan simptom dijangkiti bakteria dan virus berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Zailan Adnan mengesahkan lapan pelatih berkenaan dirawat sebagai kes influenza (ILI).

“Jangkitan adenovirus dan virus H1N1 boleh datang dengan aduan tanda-tanda ILI. Namun, dalam kes ini, kami sedang meneliti dan menyiasat dengan lebih lanjut. Kesemua lapan kes yang dimasukkan ke Hospital Port Dickson (HPD) dilaporkan stabil.
“Tumpuan saya kini lebih kepada mengenal pasti kaedah mencegah simptom ini daripada merebak kepada pelatih lain dan kini jabatan kesihatan negeri sedang menyusun langkah-langkah kawalan dan hal logistik bagi memastikan pelatih di kem mahupun di hospital dirawat dengan baik,” katanya.

Menurutnya, pihaknya belum mengetahui jenis virus yang menjangkiti semua pelatih terbabit dan ujian diagnosis sedang dijalankan, namun empat antaranya ialah leptosperosis, virus adeno, demam denggi, kes influenza (ILI).


You Might Also Like

2 insan comel komen

  1. kenapa skrg ni, dia serang dekat pusat latihan je eh?? ada alasan tak??

    ReplyDelete
  2. sebab die suka serang kem-kem sebab dorang melakukan aktiviti lasak..kebersihan kurang..keracunan makanan..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!