8 Pelatih Pulapol PD di syaki di jangkiti virus Adeno

[daku baru balik keje ni...harini keje petang...] berita harini mengatakan PULAPOL KL bebas daripada Adenovirus  disebabkan tiada kes t...


[daku baru balik keje ni...harini keje petang...]

berita harini mengatakan PULAPOL KL bebas daripada Adenovirus disebabkan tiada kes terbaru jangkitan virus yang dilaporkan lagi. Jangkitan virus ni sudah meragut 3 orang pelatih polis Azizan Aziz, 25, Mohd Redzuan Ishak, 26, dan Mohammad Siman, 23, sejak ia dikesan di PULAPOL bulan lalu. 


tetapi tadi semasa daku bekerja..daku sempat lagi tengok televisyen mengatakan seramai lapan orang pelatih polis di Pusat Latihan Polis(Pulapol) Port Dickson disyaki dijangkiti virus Adeno..oh rupa-rupanya pegawai atasan daku sudah memberitahu pihak berita berkenaan kes ni.. Mereka yang di jangkiti ni menunjukkan simptom jangkitan virus seperti demam panas..


memang betul seramai 8 orang yang menerima rawatan tetapi dirawat sebagai kes influenza (ILI) dan masih menunggu laporan dari makmal sebelum dapat di sahkan positif. daku sempat juga membantu wad lelaki tadi..tak sangka pulak masuk televisyen berkenaan kes ni...


emm lagi satu mereka muda lagi berusia lebih kurang 23-27 tahun.. hensem-hensem pulak tu...hahaha [gatai dah..] dorang pandang daku jugak tau...ceh de hati dorang nak ngorat kot...hehehe perasan..dorang stabil dan masih boleh tersenyum...tapi sayang daku pakai mask...so dorang tak nampak kesenyuman daku ni..ecececeh...ade jugak yang bertanya kenapa mereka diasingkan dengan tinggal di bilik berseorangan..daku tahu dia risau sebab lain dari yang lain..tetapi dikuarantin itu perlu untuk menghalang perebakan virus ni kepada orang lain..

kepada kalian jika ada sedara,abang,boyfriend yang menghidapi virus ni di nasihatkan jika mahu berjumpa dengan pesakit haruslah memakai mask untuk melindungi diri kalian sendiri..kepada yang ada anak kecil kami tidak membenarkan masuk kerana dikhuatir akan berjangkit..anak kecil mempunyai tahap imun yang rendah dan senang mendapat berbagai penyakit..Adenovirus lah wabak yang tengah menyerang Malaysia sekarang ni..boleh baca sini -----> SINI

dan jika mahu baca apakah virus Adeno yang sebenarnya boleh baca selanjutnya di -----> SINI

You Might Also Like

2 insan comel komen

  1. i terbaca entry u pasal virus ni.. actually, u keje kat pulapol pd ke?? my bf under rekrut kat situ.. cmana lah keadaan dia skrg

    ReplyDelete
  2. @tiggeranabila~ hai dear..no lah...jijah jururawat kat Hospital PD..so mane2 rekrut yg dijangkiti wabak di masuki wad hospital PD..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!