Lempeng l Kenangan

Selamat minum petang.. Kalian pernah makan lempeng tak? mesti pernah jugak kan..lempeng makanan yang paling senang nak masak dan mura...


Selamat minum petang..

Kalian pernah makan lempeng tak? mesti pernah jugak kan..lempeng makanan yang paling senang nak masak dan murah! Lempeng ini pun ada kesahnya kepada daku untuk pengetahuan kalian. banyaknya kesah daku kan..selepas baju kurung kini lempeng pulak.hahaha tolong la percaya.. 

Selepas daku tamat SPM daku dan my hubby apply sesama nak masuk Politeknik.. Alhamdulilah kami dapat jugak memasuki Politeknik yang sama cuma kos je yang berbeza..dia mekanikal dan daku akauntansi. alangkah suka lah kami ibarat macam belangkas je ke hulu hilir pasti bersama. siusly! kawan-kawan ingat kami baru bercinta sejak masuk poli padahal kami dah bercinta sejak dari tingkatan 1 wei!! 

hidup kat poli biasa lah duduk asrama untuk semester 1..jauh dari mak bapak pulak tu..kebetulan poli tu dekat dengan pantai. jadi kami rerajin lah berdate kat pantai..auwwwwww!! sungguh romantik. memang mcm belangkas. kalau ada masa kami pasti akan keluar dengan kengkawan..kawan-kawan lain semua tak kesah dah pasal kami sebab tu mereka begitu sporting!! i luv my fren! duduk asrama kalau tak jumpa siang hari je malam pasti jumpa jugak kat kafeteria. makan-makan minum-minum. *sweet giler time tu.*

tu kesah masa duk asrama, bila semester 2 dah duk rumah sewa. makin ligat lah. hehe keluar tak hengat dunia. berdate sakan kat pantai. auww! bila ada pasar malam je kami akan pergi beli makanan kat pasar malam kemudian bawak makanan tu makan kat tepi pantai. sius!! sweet sangat time tu. dengan angin sepoi-sepoi bahasa kami makan berdua dengan makanan pasar malam saja. 

tapi bila hujung bulan je almaklumlah duit dah habis enjoy masa awal sem dan bayar sewa rumah. poket pon kering kontang. hubby pon sama dah habis duit pinjaman dia bayar sewa rumah bagai. jadi kami tak tahu nak makan apa bila duit takde..huhu jadi hubby syorkan beli tepung gandum dia akan buat lempeng! Ya! hubby memang pandai buat lempeng,orang jawa katakan. hehe pagi-pagi sarapan kami makan lempeng dan daku buat air teh 0 dan makan tepi pantai lagi. auw..kadang-kadang makan lempeng tu cicah dengan gula tak pon dengan susu..kesian kami kan..tapi daku sangat seronok! kalau ada rezeki member dia beli roti canai dan kuah kari tu bagi kami untuk dijadikan cicah. tu untuk sarapan pagi. bila makan tengahari nak jimat punya pasal makan nasi lemak rm1 je kat kedai Maple. makan malam lagi seronok makan nasi+telur mata dengan kicap! sedap giler kot 50sen je.sangat jimat wei! bayangkan saat tu memang pulus giler. hari-hari camtu. tapi kami seronok. di situ lah letaknya kebahagiaan di sebalik dugaan yang kami terima. 


apabila makan lempeng ni 
teringat kembali kenangan itu
pengalaman yang manis yang tak boleh nak di ulang kembali
jika di ulang kembali pon dalam situasi yang lain

Ya Allah rindunya detik-detik ini
Andai dapat ku undurkan putaran dunia..

saat kat pantai..hubby silau mata akan sepet..hehe *baju couple sama*

sekian ^^


You Might Also Like

2 insan comel komen

  1. jijah...
    lebih kurang jak cerita kita nie taw... hehehe..
    tp saya ngn dia daa lama clash.. cma skrg da jdi kawan baik jak..

    semoga jijah ngn si dia berkekalan yaa.. :)

    ReplyDelete
  2. miszy dian yeker..ok jugak tu jd kawan baik..
    mekasih dear :) InsyaAllah bkekalan..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!