mama to be
my baby
pengalaman bersalin
Kronologi Bersalin Secara Induce Dan Pembedahan
11:41:00 AM
Alhamdulillah jijah selamat melahirkan anakanda lelaki pada 10/9/13 @ 8.29pm secara pembedahan seberat 3.59kg. phewww~~ putera sulung jijah dan suami, Zulhakimi Zaim Bin Zulkhairi Syafiq..
Baiklah jijah nak ceritakan detik-detik melahirkan hakimi di induce dan akhirnya terpaksa di bedah.. huuu...
Actually due date jijah 3/9/13 @ 40minggu jijah sendiri serah diri kat hospital sebab takde tanda-tanda nak bersalin...
lagipun masa tu contraction on and off. tapi takde keluar darah,lendir mahupun air ketuban.
buat CTG reactive memang takde tanda-tanda contraction.
bila buat VE( vaginal examination) os dah buka 1cm.
doktor scan air ketuban ok dan berat anakanda mencecah 3.2-3.4kg! phewww~~
dan doktor kata kalau tak bersalin juga kena tambah 6hari..
lagipun masa tu contraction on and off. tapi takde keluar darah,lendir mahupun air ketuban.
buat CTG reactive memang takde tanda-tanda contraction.
bila buat VE( vaginal examination) os dah buka 1cm.
doktor scan air ketuban ok dan berat anakanda mencecah 3.2-3.4kg! phewww~~
dan doktor kata kalau tak bersalin juga kena tambah 6hari..
9/9/13 @ Isnin 41minggu Admit wad untuk IOL (induce of labor).. dah 6hari memang jijah takde tanda-tanda nak bersalin pun..
10am- check in kat Hospital Port Dickson tukar baju pink.. doktor seluk os buka 2cm dan dia terangkan kesan IOL postin..
11.30am-12pm- cek CTG takde kontraksi lagi..
Doktor bagi masa 24jam kalau malam tak bersalin esok induce..
10/9/13@ Selasa
4am- Cek CTG.. kontraksi 1 in 10..
5.30am- siap mandi.. keluar lendir+darah.. makan roti+horlicks
Doktor bagi masa 24jam kalau malam tak bersalin esok induce..
10/9/13@ Selasa
4am- Cek CTG.. kontraksi 1 in 10..
5.30am- siap mandi.. keluar lendir+darah.. makan roti+horlicks
7.30am- doktor masukkan induce guna foley cateter. jijah tak induce guna ubat sebab os dah buka 2cm.. macam masuk tiub kencing.. tapi tiub ni masuk kat rahim kita. then doktor akan flush air masuk ke tiub tu akan menjadi belon.
1-2pm- suami datang melawat borak-borak dengan dia kemudian pergi buang air kat tandas. masa kat tandas tu buang air tiba-tiba belon tu jatuh dari miss v. besar gak macam saiz telur. tu bermakna os/rahim dah buka.
2pm- panggil suami dan suami panggil nurse.. nurse suruh masuk bilik pemeriksaan.. doktor seluk cek bukaan 5cm. terus di tolak ke labor room. masa tu tak rasa sakit kontraksi lagi.. boleh lagi berjalan ke katil ambil baju baby.. kuikuikui
2.35pm- doktor pecahkan air ketuban. air ketuban warna kuning hijau menandakan baby dah berak dalam perut. masa air ketuban keluar rasa macam air paip.. banyak pula tu..hahaha
5.30pm- buka 6cm.. dah start sakit kontraksi.. kebetulan time tu jijah sorang dalam LR jadi suami boleh masuk teman. lagipun kan jijah nurse kat situ dulu.. emm ok.. time kontraksi berguling-guling atas katil. mengiring ke kiri.. makin lama makin sakit sampai genggam besi katil kuat-kuat. kejap pegang tangan suami kejap pegang besi. rasa nak berak.. berak..berak.. nurse pun suruh berak je atas katil.. tapi bukan nak berak sebenarnya.. hahaha tapi sebab ada CTG tak selesa di buatnya.. huu suruh suami bawakan air zamzam. dapat minum air.. ada tenaga nak push. dalam masa yang sama tak putus-putus baca doa nabi yunus
7-8pm- sakit yang tak di tahan-tahan. meraung atas katil. pastu doktor seluk kata dah buka 8cm tapi posisi kepala baby mendongak/posisi OP jadi tak dapat nak turun ke pelvic.. tiba-tiba denyutan nadi baby lemah dan tiba-tiba kembali normal tapi selepas doktor berbincang terus emergency operate! masa tu memang kelam kabut.. nurse masuk tiub kencing tak rasa apa dah. tahu sakit kontraksi jer. doktor pun minta sign borang pembedahan dan borang bius. terus di tolak ke bilik pembedahan OT (operation theater). ketika dalam perjalanan ke bilik pembedahan nampak semua keluarga menunggu di luar wad. perasaan berdebar!
-dalam OT doktor bius dah start cucuk ubat bius kat tulang belakang. jijah under SPINAL. masa tu kena duduk, peluk bantal dan kepala tunduk. kira posisi meringkuk la. masa cucuk memang tak rasa apa sebab sakit kontraksi lagi sakit time tu. doktor banyak kali sedarkan jijah kalau jijah tertidur. takut betul dia.. slow-slow rasa kebas separuh badan pinggang ke bawah. doktor suruh angkat kaki dan tangan dua-dua tapi tak boleh. memang rasa kebas. ini bermakna ubat bius dah meresap dalam badan..
-then doktor buat penghadang antara perut dengan muka dengan kain hijau. bermakna pembedahan tengah di lakukan. memang tak rasa apa. nampak kepala doktor je tengah lakukan. hahaha
8.29pm- tiba-tiba dengar baby nangis.. kuat pula tu.. sempat lagi jijah cakap anak sapa la tu kuatnya nangis.. hahaha semua gelak kata anak kau lah jijah..ngehngehngeh then nurse bawakan ke dada jijah tanya apa jantina anak. confirm jijah kata boy! syurgaa sangat bila baby duk atas badan kita.. then nurse bawa anak jijah pergi ke wad bersalin untuk di bersih dan di timbang. yang tinggal doktor dan doktor bius untuk selesaikan yang lain. yang jijah tahu masa tu tengah mengantok dan mamai. doktor bius berkali kejutkan jijah...
9pm- nurse tolak jijah dari katil pembedahan ke strecher untuk di bawa ke wad. dorang angkat macamana pun jijah tak rasa apa. memang kebas satu badan. huuu
keluar dari OT tengok semua keluarga dah menunggu. suami, makayah,mertua,abg dan keluarga meriah! semua risaukan jijah.. gilir-gilir mereka masuk dalam wad.
10pm- masuk wad. pakai selimut tebal pun rasa sejuk menggigil. jijah di suruh berehat baring flat sebab kesan bius hilang dalam masa 6jam selepas di bius. langsung tak leh gerak lagi satu badan. dahaga sangat. terus minta air kotak soya.. hahaha baby di bawa ke jijah.. masa tu suami lah yang azan dan qamatkan dia. pastu baru ayah mertua azan dan qamatkan kali kedua. Alhamdulillah sepanjang malam baby tak merengek langsung..
11/9/13 @ Rabu
pagi ni rasa dah boleh gerakkan badan. doktor round pagi tu suruh buka tiub kencing dan drip. pastu dia suruh gerak ke tandas untuk menggalakkan peredaran darah. tengah hari baru jijah bergerak ke tandas. memang mengambil masa yang banyak dari baring mengiring ke duduk kemudian turun dari katil. kemudian slowly berjalan ke tandas. memang membongkok dengan tangan ampu di perut. takut dengan luka pembedahan.
12/9/13 @ Khamis
Alhamdulillah dah boleh discaj dari wad.. doktor bekalkan suntikan heparin untuk elakkan pembekuan darah. hari-hari cucuk 2x kat peha di rumah selama seminggu.
Alhamdulilah syukur sangat semuanya selesai. hakimi pun lahir sihat dan besar 3.59kg. segala kesakitan berbaloi dengan kehadiran si comel ni.. syukur! jijah tetap merasa nikmat bersalin sakit kontraksi walaupun bersalin czer. takdir! sudah tersurat yang jijah bersalin czer.. siapalah jijah nak mempersoalkan kehendak Allah.. tapi harapan jijah moga anak seterusnya jijah dapat bersalin normal.. tapi pastikan kepala baby tak mendongak lagi... Amin..
mudah-mudahan zulhakimi zaim menjadi mujahid yang soleh.. anak yang mendengar kata dan taat pada ibubapanya.. InsyaAllah mama n papa akan didik zulhakimi zaim menjadi Imam Muda Hakimi...Amin...
seronok pengalaman menjadi mama! Alhamdulillah :)
42 insan comel komen
tahniah kak, sebab dah bersalin dgn selamatnya walaupun melalui pelbagai dugaan yg hebat.... besar jugak anak akak. 3 kg lebih tu. btw tahniah sekali lagi dari jaa!
ReplyDeletealhamdulillah.. tahniah huhu..
ReplyDeletebestnye jadi ibu :D
assalam mama jijah. seronok bc pengalaman jijah. cplud pon induce jugak. overdue 6days. :)
ReplyDeletesygnya xdpt bersalin normal..ne kalau nak, kena usaha cepat lagi :P
ReplyDeletehahahah~
Tahniah akak ! Hakimi sangat comel . Bambam gituuuu ~
ReplyDeleteamboi bam2nye die..membesar jadi anak yg soleh ye syg :)
ReplyDeletesetelah sekian lama menunggu entry [engalaman bersalin jijah..hihi...bestnyer dgr pengalaman jijah..selamat berpantang taw..comel sgt zulhakimi..semoga mendadi anak yg soleh ye sayang.=)
ReplyDeletealhamdulillah jijah.
ReplyDeleteneves mule2 bace entry jijah nie..
seronok baca pengalaman jijah..risau pun ada gak ni..part kita macamana lah nanti..jijah dah boleh tarik nafas lega dah,kita still lagi dlm counting n nervous mood..hehe..;)
ReplyDeleteSeronok sgt.. Yg ptg baby sihat..
ReplyDeletetahniah ... Allah bg jijah rasa dua2 sekali kesakitan melahirkan sorg lagi umat nabi Muhammad......tahniah jijah ...
ReplyDeletealhamdulillah jijah dah selamat semuanya. xpela normal ke czer ke jnji bby sihat dan selamat. tu je kite nak kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah yang penting semua pun selamat kan jijah..Semangat anak jijah la..Geram nengok.
ReplyDeletetahniah jijah.. nak nangis pon ada baca. betapa besar pengorbanan seorang ibu kan..
ReplyDeletepengalaman tu semua jijah...bukan semua org dpt rasa pengalaman yang kita rasa...sy dlu pn czer jgk...kna serah diri ke hospital sbb darah naik mencanak tggi...lastly end up dgn czer...
ReplyDeletepapepun, happy babymooning n slamat berpantang yek...enjoy ur breastfeeding =)
comelnya baby akak...tahniah da jadi ibu :)
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat kedua2nya.rs mcm sebak baca.
ReplyDeletetahniah kak jijah.. geramnya tengok dia.. nak gigit2 je pipi tu.. hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah jijah...
ReplyDeletelepas baca entry jijah rasa takut pulak nak bersalin anak ke-2 ni.yg 1st dulu sya delivered normal.yg ke-2 haap2 normal jugak lah..
ReplyDeletetahniah jijah..akak dnga seriau la czer nih kan..
ReplyDeletetahniah....bolatnye bb....
ReplyDeleteAlhamdulillah.tahniah sangat2 ,Dari ciksu
ReplyDeleteSemua tu pengalaman kan.
Takut juga awai tu baca.. hihi
Tahniah jijah.. :-) yg penting baby dgn ibu sihat...
ReplyDeleteuntung jijah merasa dua2..sy dapat rasa czer ja..mybe nanti2 dpt rasa sakit normal pulak..
ReplyDeletenak cepat baik tempat czer tu jijah amal fellicious pon tak pa..
pengalaman yang sukar dilupakan ni kan jijah..happy dah jadi mommy dah :) happy for you :)
ReplyDeleteComelnye anaknjijah. Bila baca cite jijah mula la nebes. Jijah doakan dija selamat melahirkan nanti ye♥
ReplyDeleteAlhamdulillah . tahniah =D comey sungguh hakimi. seronok jgk bce pngalamn kak jijah brsalin.
ReplyDeletekak ina yg baca entry ni rasa berdebar2.. family jijah lg lah kan..
ReplyDeleteapa2 pun alhamdulllah semua dah selamat..
huiii.. suspen betul kisah jijah ni.. dah bukak 8 cm kan.. huhu.. xdpt bayangkan.. apepun Alhamdulillah mama & baby selamat.. yayyy dapat anak buah baru.. Hakim, be a good boy ok.. ;)
ReplyDeletetahniah jijah...baby boy mcm kite gak..semoga anak2 kita jadi anak yg soleh..
ReplyDeletesemua Allah dah susun kan jijah.. baby selamat..ibu selamat..tu dh alhamdulillah..
ReplyDeletetahniah jijah..seorang ibu ni dah dianugerahi semangat yang kuat...eja pon dah rase contraction & czer under spinal...os dah bukak 8cm tapi kne tahan teran sebab baby besa...hehe
ReplyDeletelaaaaa jijah~ last last nya opret ke? Ya Allah.same boat lah kite.akk pon masa cucuk tulang belakang tu x rasa apa dh sbb takut punya pasal.
ReplyDeletealhamdulillah...akhirnya selamatrt senua,,..pengalaman yg menggembirakan kan? :)
ReplyDeletealahai..comelnya baby..hihi alhamdulillah, ibu dan anak semua selamat..=)
ReplyDeletesyukur Alhamdulillah semuanya selamat :)
ReplyDeletebaru hari ni dapat baca kronologi ni.
ReplyDeletesakitnyer dah 8cm baru tau nak kena operet. alahai..
sha dulu 7cm da meraung2...mintak midwife buat apa2 asalkan tak sakit. tapi...time tu apa pon tade. epidural tade, gas ethonoks tu pon tade...
naturally tahan je sakit. adesss....
fuhhh best nya pengalaman jijah.tadi baru baca entry ema (sweet sour) ni pgalaman jijah plak..tahniah2 dari mas. :)
ReplyDelete@Miss Tasantek jijah doktor bagi iv tramal je tahan sakit tu pon xdpt menandingi sakit kontraksi tu..huu
ReplyDelete@MaYa MustWany tq mas! hee
ReplyDeletesalam singgahc ari ilmu dan terus follow. bby kimi dah besar. baya-baya anak sya juga. smg mereka jadi anak yg soleh solehah. aamiin... :)
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!