Posisi OP

S : Saya baru melahirkan anak secara caesarean kerana serviks sukar buka. Menurut doktor masalah ini disebabkan kedudukan bayi tidak betu...


S : Saya baru melahirkan anak secara caesarean kerana serviks sukar buka. Menurut doktor masalah ini disebabkan kedudukan bayi tidak betul iaitu kepala bayi mendongak ke atas dan bukan ke bawah. Apakah puncanya sedangkan sehari sebelum bersalin, doktor sudah membuat ujian imbasan dan didapati kedudukannya normal. Saya harap doktor dapat terangkan dengan terperinci supaya saya lebih bersedia untuk kelahiran anak kedua kelak.
Julia, Balakong, Selangor.


J : Kedudukan kepala bayi yang mendongak ke atas dikenali sebagai posisi OP. Ada kajian yang mengatakan hanya 25% bayi dalam posisi begini yang lahir normal. Selainnya, lahir dengan bantuan forsep, vakum atau pembedahan LSCS.

Posisi OP ini berlaku secara spontan. Tidak ada apa yang ibu atau bayi boleh lakukan bagi mengelakkan masalah ini. Walaupun kedudukan bayi dikatakan normal melalui ujian ultrasound sebelumya, namun di hari puan merasa sakit kontraksi, ada kemungkinan bayi puan berpusing mendongak ke posisi OP pula!

Bagi kelahiran anak kedua, puan hendaklah berehat sekurang-kurangnya 18 bulan. Walau pun tidak ada doktor yang boleh menjanjikan bahawa masalah ini tidak akan berulang lagi, puan hendaklah bersikap positif dan optimistik. Pada pendapat saya, yang penting adalah kedua-dua ibu dan anak dilahirkan sihat dan selamat. Puan juga digalakkan supaya mencuba bersalin secara normal bagi kandungan seterusnya. Saya doakan puan berjaya.


sumber : pama


teringat masa bersalinkan hakimi minggu lepad.. dalam posisi OP juga.. tapi di sebabkan tak lepas ke pelvic terpaksa operate.. apa-apa pun Alhamdulillah semuanya selamat..

semoga anak kedua nanti dapat bersalin normal.. dan paling penting jangan la baby besar! hahaha :p





You Might Also Like

21 insan comel komen

  1. salam,lama tak menyinggah, tahniah dah dapat baby semoga jadi anak soleh ameen

    ReplyDelete
  2. Nice sharing.. :)

    p/s alhamdulillah akak selamat jugak melahirkan..

    ReplyDelete
  3. tak sabar nak baca pengalaman jijah bersalin tu.....
    pengalaman yang org tak bersalin xkan tau camne :)

    ReplyDelete
  4. bila nk cite kronologi ni

    ReplyDelete
  5. huhu..1st time dengar benda ni..

    ReplyDelete
  6. harap-harap dapat bersalin normal jugak.

    ReplyDelete
  7. Lama xjenguk blog jijah..tahniah yek...operate or normal sama je...bsr pengorbanan nk kuarkn baby ni...skali lg tahniah n take care...

    ReplyDelete
  8. baby kak jijah ni mesti comel gila.. hehe.. tengok gambar pun dah comel.. hehe

    ReplyDelete
  9. Anak ketiga akak di lahirkan dalam kedudukan mendongak, mungkin akak termasuk dalam 25% yang boleh lahir secra normal. Kelahiran bayi secara mendongak memang agak sukar berbanding kelahihiran biasa. Semasa dilahirkan dok mengesahkan tali pusat sudah membelit leher dan baby mula membiru dan terus dibawa ke NICU.

    ReplyDelete
  10. ooh, nice info kak. huhu. alhamdulillah semua selamat kan. ngeri pulak la dgr

    ReplyDelete
  11. skrg ni dah tak kisah dah, bersalin normal ke czer ke yg penting, kesihatan mama n baby tersebut... itu yg diutamakan.. coz.. kite mesti taknak apa2 jadi kat bayi dlm kandungan slama 9 bulan itu...

    ReplyDelete
  12. Suatu ilmu baru buat miza. pape pun Alhamdulillah akak dengan baby comel selamat :)

    ReplyDelete
  13. harap harap bersalin normal lepas ni kan..

    ReplyDelete
  14. dah lama tak komen kat kak jijah. Tahniah kak jijah selamat melahirkan putera. hehehe.

    ReplyDelete
  15. bru akak tau de posisi op

    ReplyDelete
  16. akak first time dgr kes camni..

    ReplyDelete
  17. baru tahu ada jgk bsalin mendongak yer jijah...pasni dh nk bersalin moga2x baby tak membesar :)

    ReplyDelete
  18. baru tahu ada jgk bsalin mendongak yer jijah...pasni dh nk bersalin moga2x baby tak membesar :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!