♥eTIPS
solid food
Bila Anak Boleh Mula Di Beri Makanan?
4:01:00 PM
Segelintir ibu bapa berasa keliru tentang hal ini. Umur berapa paling sesuai untuk mula memberi makanan? Berapa banyak yang perlu diberikan? Apa jenis makanan yang perlu diutamakan?
Akademi Pediatrik Amerika menyarankan makanan pepejal perlu diperkenalkan kepada bayi pada umur 4 hingga 6 bulan secara berperingkat. Ia juga bergantung kepada tahap kesediaan dan keperluan nutrisi bayi anda.
- Bayi anda sudah boleh duduk (dengan sokongan) dan mampu mengangkat kepala dan lehernya sendiri
- Berat badannya sudah bertambah 2 kali ganda!
- Bayi anda semakin berminat untuk me’rebut’ makanan yang anda sedang makan
- Si kecil sudah boleh menyimpan makanan yang disuap ke mulutnya tanpa meleleh keluar.
- Ingin menyusu dengan lebih kerap dan cepat lapar
Apa pula makanan pertama yang paling sesuai?
Antara makanan awal yang sesuai untuk bayi adalah;
1. Bijirin bayi seperti nasi atau oatmeal
Ibu bapa perlu memilih bijirin yang diperkaya dengan zat besi. Ia mudah disediakan; hanya campur dengan susu formula atau susu badan . Ia juga sangat mudah untuk dicerna oleh bayi.
Puri lobak
2. Puri Sayuran dan Buah-buahan
Menurut pakar, buah-buahan seperti avokado, pisang, lobak dan ubi keledek merupakan antara pilihan yang terbaik sebagai makanan pertama bayi di antara 4 hingga 6 bulan. Mungkin lebih baik jika buah dan sayuran pilihan kaya dengan zat besi seperti bayam dan kekacang
Ia bergantung kepada pilihan ibu bapa untuk menentukan apa makanan awal yang ingin diperkenalkan kepada si kecil mereka. Apa yang penting adalah memastikan makanan yang diberi kaya dengan nutrien dan si kecil sudah benar-benar bersedia untuk menerima makanan pertamanya.
p/s: yey! hujung minggu ni hakimi dah boleh makan~
19 insan comel komen
bg luth makan start 4 bulan..
ReplyDeletedah cuba2..
masuk 6bulan,
kena makan betul2.ikut masa.
nice sharing..
ReplyDeleteSy dah bg mkn ayra.. Hehe.. Br star bg weeknd lpas.. Sbb sume ciri2 kt atas dah lgk.. Siap mngengsot lg ke arah mknn
ReplyDelete6 bulan dah boleh tapi akak bagi masa umur dia 5 bulan yang ujung2 tu, setakat bagi rasa2 makan sian dia meleleh air liur nengok kitaorang nak makan..
ReplyDeletemesti mummy jieja excited nk bg kimi mkn kan :D
ReplyDeleteAli start makan solid food 5 bln setengah sebab time tu dia dh boleh merangkak n duduk sendiri..byk guna tenaga.susu badan memang x cukup.si adik...insyaAllah akak nk tgu 5 bln setengah jugak.first solid food-akak bg air beras.kalo kita masak nasi nanti akan ada air yg likat sikit.air tu akak bg kt Ali dulu.bg dia biasa dgn rasa nasi.biasa la....perut melayu..
ReplyDeletebambam nye pipi kimi. gerammm. hihi :D
ReplyDeletehehe alololo bambam lg la hakimi pasni ye dah pndai mamam hehe
ReplyDeleteAda yang beri seawal 4 bulan...bergantung kepada penerimaan perut baby itu sendiri, sebaiknya dalam usia 6 bulan...
ReplyDeleteBolih diberi bubur nasi yang di masak hancur dengan sayuran , bayam atau keret kemudian diblend...
Tanpa ditambah sebarang perisa seperti garam atau gula...
Salam ziarah dari bunda...
mesti excited nak bg anak makan kan, rajin-rajinlah u survey solid food for baby eh, ada macam macam :))
ReplyDeletetime memula nk bg mkn ni ibu paling xcited .. pastu jd cam aku bila dah umur 8 bulan refuses to eat .. down gile.. tatau nk buat cam ned ah .. alisha tu smapai la ni kurang berminat nk mkn nk main je lebih .. tp die cukup suka ngan sawi dan sayuran
ReplyDeleteBoleh je jijah, tapi mula2 bagi puri dulu..Contoh cam buat carrot, kukus dan blend sikit dan letak dalam bekas pastu bekukan..Buatlah perisa macam2 ok...
ReplyDeleteDah boleh mula la bg kan skrg ni..
ReplyDeleteyeah...best..nti boleh sediakan mcm2 utk kimi..
ReplyDeleteseronoklah hakimi dapat solid food nanti :)
ReplyDeleteMesti seronok tgk kimi mkn ni nnt...mama ye mmg lg kna rajinla sediakn mknan..hihi
ReplyDeleteseronoklah kimi dpt makan nanti..hehe..IbuNoey dulu pun excited masa mula2 nk introduce solid food kat Firas.ni semangat nak tunggu Farhan membesar pula.
ReplyDeletehehee xpndai nk bg idea cuma lepas ni hakimi makin sihat btmbah dpt mkn hehee :)
ReplyDeletegood info.
ReplyDeletemedina pun start mkn umo 5 bln stgh. suke tgk dia dh start mkn. mlm pun tdo lene je =)
Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!