Bila Nur Zahwa Di Sahkan Pneumonia

Nur Zahwa mula batuk batuk masa usia 21 hari. Nak kata keluarga dan kawan yang datang melawat yang tak sihat tak de la pula.. tapi tak ...



Nur Zahwa mula batuk batuk masa usia 21 hari. Nak kata keluarga dan kawan yang datang melawat yang tak sihat tak de la pula.. tapi tak pasti dapat penyakit dari mana.

Lepas checkup sebulan tanya doktor dia kata mungkin sejuk. Just tepuk belakang buat percussion je. Lepas kenduri cukur jambul masa usia dia 38 hari masih juga tak kurang batuknya.

Bayangkan batuk dia macam orang tak cukup nafas. Sampai merah muka terangkat angkat kaki. Kesian tengok keadaan dia begitu terus bawa dia pergi hospital. Masa tu usia dia 40 hari. Kira dua minggu la dia batuk tu..

Kat A&E bila cek oksigen 94% temp 38'c. Masa tu doktor suruh buat xray dan kena guna oksigen. Dah siap x-ray nampak banyak putih tandanya ada jangkitan kuman dalam paru paru. Terus kena warded.

Dalam wad nur zahwa kena on antibiotik selama 5 hari. makin hari makin bertambah sihat dan aktif. Pandai bermain. Pandai senyum bila di agah.



Alhamdulillah hari ke 6 nur zahwa dah boleh balik rumah lepas complete antibiotik 5 hari. selain tu rajin sapukan herbal krim tropika, letak bawang putih sebelah bantal..

Banyak faktor boleh jadi punca penyakit ni antarannya persekitaran, habuk, debu, sejuk kipas serta orang2 sekeliling yang tak sihat.

Cuma untuk peringatan buat diri sendiri dan anda jika rasa tak sihat tangguh dulu dari melawat bayi baru lahir. Bayi begini mudah jatuh sakit di sebabkan imun mereka masih belum kuat.







"Apa pun ujian yang mendatang, jangan risau. Ada hikmahnya dan ada jalannya. InshaaAllah.."




You Might Also Like

13 insan comel komen

  1. semoga zahwa sentiasa di bawah lindungan Allah. aamiin.
    panduan no.1 org tua2 selalu pesan..
    nice sharing. ten Q jijah..

    ReplyDelete
  2. anak IQ pun ada batuk, dia da 6 bulan...tapi sejak dari 2 bulan lagi da mula dapat batuk...selama 6 bulan ni da kena 3 kali batuk...risau betul...huuu

    ReplyDelete
  3. Ya Allah siannya Zahwa. :'( Alhamdulillah Zahwa makin sihat. Zahwa seorang yang kuat okay. Tula, orang melawat baby ni seboleh-bolehnya basuh tangan dulu ke ape ke kan. Takut ade kuman. Bahaye.

    ReplyDelete
  4. semoga trus sihat princess zahwa..betul tu immune baby ni x kuat. jd kalau tak sihat jgn la melawat..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah dah sembuh.

    itulah akak pun biasanya melawat baby selepas ibu sihat dan baby pun dah besar sedikit.

    ReplyDelete
  6. hmm peringatan kpd semua ....
    semoga zahwa akan sentiasa sihat ... ni tanda awal2 bila besar nanti kemungkinan ada asthma .. fahim dulu waktu baby cam ni le ... bila dah besar ada asthma doktor yg merawat fahim waktu baby dah bgtau mcm tu ... sbb faktor keturunan kami juga ..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...
    semoga terus sembuh ye nur zahwa

    ReplyDelete
  8. Allah..kesiannye kalau anak2 kecik kena warded ni...semoga Zahwa diberi kesihatan yang baik ye sayang...

    ReplyDelete
  9. cepat sihat ye baby girl =)

    ReplyDelete
  10. Cepat sihat ye zahwa.saya selalu bawa hand sanitizer..before dukung or pegang baby memang selalu pakai hand sanitizer dulu.

    ReplyDelete
  11. allah..moga sihat selalu anak tu... comel dia

    ReplyDelete
  12. yg nk dtg melawat tu biarlah berpada2

    ReplyDelete
  13. tunggu zahwa dah besar sikit baru datang melawat ye..raya nanti. InshAllah...

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!