Natural Inducer Untuk Cepatkan Bukaan Bersalin

by - 8:30:00 AM



Dua dua anak daku overdue. Anak pertama hakimi lahir 41minggu. Tu pun serah diri kat hospital dan kena induce. Anak kedua nur zahwa 40minggu 3 hari. Pengalaman overdue masa anak kedua hari tu buat daku ngeri sebab peluang untuk bersalin normal amat tipis. Masa vbac kaunseling hari tu doktor minta sign untuk setuju vbac. Dan buat surat referal ke hospital besar.. if 05/02/2016 daku tak bersalin juga..daku kena serah diri pada 05/02/2016 untuk di induce atau kena "paksa" bersalin. Daku dah pikir kalau kena induce.. jalan tak buka alamatnya czer la macam anak sulung dulu..huuu -_- 


korang bayangkan sehingga overdue, perut daku masih tinggi..doktor scan kata kepala baby jauh lagi, baby belom engaged. masa tu memang hampa.. nasib ada satu kakak (tq kak natasha) ni dia suruh buat exercise ni supaya baby cepat engage dan mudah turun ke laluan.. buat 2-3minit pun  jadilah tapi kerap.. memang sakit memula..lama-lama dah biasa.






Alhamdulillah berkat izin Allah daku cuba lepas 3 hari overdue dah bersalin..nasib baik!


selain exercise tu, ada macam-macam cara,usaha lagi di lakukan untuk NATURAL INDUCER ni antaranya


1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan 

2. Berbual atau pujuk bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan. 

3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan 

4. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah, mencangkung, jalan itik 

5. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan. ini kerana air mani suami mengandungi prostaglandin yang menyebabkan rahim membuka.

6. Banyakkan berjalan, cukuplah berjalan di sekitar taman permainan. paling tak pun berjalanlah sambil menaiki tangga biarpun hanya setingkat dua. Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak akan melonggarkan otot pelvik menyebabkan kontraksi berlaku. 

7. Cuba untuk buang air kecil dan air besar dengan kerap sebab pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar. 

8. Makan makanan yang tajam seperti nenas,jus nenas.. makan sikit tapi kerap

9. Minum air zamzam sambil berselawat 

10. Sepanjang hamil amalkan minum vco/minyak kelapa dara 

11. Amalkan minum marjerin+milo/ marjerin+minyak masak lebih lebih lagi bila bukaan dah besar

12. Setiap kali mandi, minum air hujung rambut sambil berselawat

13. Doa nabi yunus dan zikir al fatah jangan pernah miss baca

14. Memohon maaf pada suami.ibubapa dan keluarga mertua 



Semoga tips ini dapat membantu memudahkan proses bersalin nanti.

Kita merancang.. Allah menentukan juga! tapi tak salah kita berusaha, ikthiar untuk memudahkan bersalin..paling penting niat awal-awal lagi untuk bersalin normal. inshaaAllah Allah akan permudahkan...


Follow: @shakleebyazizah
Whatsapp: 013-2378013
SID 1200083
Your health & beauty consultant





Posted via Blogaway



You May Also Like

16 insan comel komen

  1. jijah ni jenis bunting kerbau ....syukur yg kedua ni normal

    ReplyDelete
  2. tq di atas tips..now preggy dah 38 minggu 2nd baby risau jugak overdue..huhu

    ReplyDelete
  3. Nice sharing jijah.. sesuai utk future mommy. pengalaman n ilmu dr org lain kt jadi kan panduan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..sbg panduan utk future mommy!

      Delete
  4. Ada juga 2-3 perkara yng kita buat hritu.

    ReplyDelete
  5. Cik mah mmg bnykkan minum air kepala..mmg sngt membantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikit sebanyak air kelapa membantu gak kan

      Delete
  6. ciksu byk mnm air hujng rambut. ikut petua mak mak sedara.. mmg x pnh miss tp overdue gak. alhamdulillah dpt bsalin normal.
    marjerin milo tak pnh try. lps ni jika hamil lg leh try pula..nice sharing jijah. tenkiu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. kita kena ikut byk petua utk mudahkan bersalin

      Delete
    2. Itu la.. kita kena ikut byk petua utk mudahkan bersalin

      Delete
  7. Senaman tu buat cm ne jijah?

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!