Wednesday, March 16, 2016

Berpantang 44 hari



Alhamdulillah hari ni dah merdeka dari pantang.. hihihihi ehh.. sebelum tu nak tanya berapa lama yer selalunya berpantang selepas bersalin? ada yang kata 40 hari, ada yang kata 44 hari?

Macam daku 44 hari berpantang tapi tu pun bukan bermaksud boleh makan ikut suka selagi bf dan pantang akan diteruskan sehingga 100 hari.

-Pemakanan
Dalam masa 44 hari ni daku mengamalkan pemakanan no goreng-goreng, no santan, no pedas-pedas, no ais. Makan kena panas panas. Masak sayur pun main rebus2 jer sawi dengan lobak putih...ikan/ayam pulak panggang je tak pun buat sup (ikam haruan,ikan merah, ikan jenahak, ikan bilis) Makan pula tak boleh tambah 2 kali jadi kena letak nasi satu pinggan habiskan.sarapan pagi nasi, tengahari nasi, minum petang biskut/roti, makan malam nasi..Minum pulak air milo, horlick,kopi, air suam dan air rebusan longan dengan kurma.

-Mandian
Jangan duduk mencangkung, mandi duduk di bangku kecik. Selama sebulan mandi air panas rebusan herba beli bentuk uncang. Baru badan rasa fresh. Pakai bengkung moden (tak reti lilit) dengan param. Dahi di lumur pilis. Rambut ikat tinggi dan ketat. Memakai stokin. Berurut 3 hari siap sengkak sekali. Nikmatnya dapat urut satu badan. Anak sulung dulu urut gitu2 je sebab czer. 

-Darah nifas
Tiga minggu darah nifas dah kurang.. sebulan baru betul-betul suci. eh kira cepat ke lama tu??

-Jahitan episotomi
Luka gunting daku pakai ubat luka (Acriflavine) yang hospital bekalkan je. Tak berani nak letak manjakani tu semua. letak losyen tu pun kat pad. takut sakit punya pasal..huhuhu Alhamdulillah tiga minggu juga jahitan betul betul sembuh, kulit dah sebati. orang kata benang jahit akan tertanggal tapi daku tak nampak pula benang tu.. :)

Selain itu tukang urut pesan jangan menjahit, jangan membaca sebab ia akan menyebabkan rabun sebelum tua. (tapi main fb/blog gak) ampunnn mak!!

Jadi bila dah habis pantang 44 hari ni..daku tak perlu buat semua di atas.. dan boleh keluar rumah.. yeyyy!

tapi.. 

tapi...

berpantang akan di teruskan 100 hari,6 bulan dan setahun selagi kita bf! tp ingat kena berpantang 100 hari! iaitu berpantang dari bersama suami... jika nak badan sihat luaran dan dalaman dan secara tak langsung membaikpulih amggota intim kita.



Setiap pantang itu pasti ada sebab tertentu yang mana sebenarnya adalah tempoh untuk kita pulihkan semula tubuh badan kita dari segi kesihatan selain untuk kembalikan badan kepada bentuk asal..




11 comments:

  1. baguslaa kan kalau ada yg dapat beri tunjuk ajar bab2 berpantang nih.. boleh sihat luar dalam seperti sedia kala..

    ReplyDelete
  2. wahhh... dah bersalin rupanya jijah.
    tahniah...
    memang berpantang 44 hari jijah..
    kali ni dapat normal ye.. alhamdulillah dua dua dah merasa :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... 44 hari suda. =) Betul tu, berpantang kena jaga utk kesihatan dalaman n luaran.

    ReplyDelete
  4. Ada persamaan apa yng jijah tulis dgn yng kita amalkn dlu. Hee..
    Bab mkn nsi xleh tmbah.. Dulu pn berpntng 100hri jgk. Hee

    ReplyDelete
  5. Ada yg huat ada yg x...tp ais tu mmg pantanglah..bertabah je lah musim2 panas ni kan..

    ReplyDelete
  6. Tahniah jijah.. Lama xsinggah sini..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Akak masih amalkan. Cuma budak2 skrg ni..baru seminggu dh jalan2 bawak anak ke soppong mall...tak sakit ke ek

    ReplyDelete
  8. pantang aaais setahun ?? aiyark..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.
    berjaya juga berpantang 44 hari, 100 hari, 6 bulan dan setahun. sampai skrg ais batu mmg elakkan tp eskerim dah tahan tgk. hihihi.
    kdang beli air berais. teguk sikit. bg lepas keinginan. pastu tunggu ais cair bru mnm.

    ReplyDelete
  10. smlt berpantangan pantangan smpi ke 100 hari ;-)

    ReplyDelete
  11. banyak pantang larang dan perkara yang perlu dibuat selepas bersalin..kena hati hati dan jaga semua tu

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!