Merajuk? bagaimana nak pujuk?

Daku percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada kalian telah berkahwin ataupun sedang ber kapel . Ji...





Daku percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada kalian telah berkahwin ataupun sedang berkapel. Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tetapi, sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang kalian akan lakukan?




Kenapa merajuk?

Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.

  • Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

  • Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari kalian, tetapi kalian tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin kalian membelikan sebuah bear, tetapi kalian tidak mahu, dan kalian ingin beli benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak juga bear comel tu. Payah jugak kan..hihi

  • Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari kalian. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan kalian disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.


Bagaimana nak pujuk?

Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja. :)

  • Terangkan perkara sebenar

Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada kalian dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan kalian. Janganlah berselindung. Dengan mewujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, kalian mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud kalian menunjukkan bahawa kalian menyayangi dia.

  • Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan

Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, kalian haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan kalian tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya kalian yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, kalian kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

  • Ucapkan kata-kata “manis”

Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba kalian bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power kalian dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang daku sebutkan tadi. ;))

  • Nyanyikan lagu buatnya

Ha…tips ini merupakan bagi daku tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak kalian menyanyikan lagu untuk kekasih kalian? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Daku pernah dendangkan lagu kepada hubby daku. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.


Seperti yang daku katakan tadi, tips-tips ini bukannya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi kalian dalam memujuk pasangan kalian. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan kalian tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.^__^

You Might Also Like

8 insan comel komen

  1. nynyi?? pernah2.. tp bukan sbb merajuk..huhu.

    ReplyDelete
  2. kalau mas..pujuk dgn kata maaf dengan ikhlas..trus hati mas sjuk.hihihi

    ReplyDelete
  3. @nuyui a.k.a miss YUI haha tak merajuk pon boleh nyanyi ape.. tu yg eratkan kasih syg lagi :)

    ReplyDelete
  4. @najmi^^ ngee~~ tq selamat mencuba :)

    ReplyDelete
  5. dulu2 taim kecik org sll kt sy kiut. sy xtau la knp... sy rs besar2 ni br hensem sket...mungkin sbb tu la jiran sy jeles dengan sy...

    lps tu kn.. sy main bola tepi pdg tu.. pening o0o0o pala... xlarat nk main bola dah... sebab bola tekena kat kepala... org kt bleh hilang ingatan.. mungkin sbb tu la sy lpa pasal subjek sejarah sy...

    pening x hilang lg.. awak pening x ni..?? harap2 xpening la kn...

    hmmm...

    xtau nk komen ape..

    ReplyDelete
  6. adeh.. sabar jelah.. haha

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!