♥eMEDIK
Bagaimana Hendak Menjaga Anak Demam Panas??
8:30:00 AM
DEMAM PANAS??
Bagaimana hendak menjaga anak yang mengalami demam panas?
Apakah Demam Panas?
Demam Panas adalah keadaan di mana suhu badan meningkat untuk melawan jangkitan kuman atau radangan dalam badan.
Tanda Tanda Demam Panas
- Suhu badan panas
- Tiasa selera makan atau minum
- Badan menggigil walaupun suhu badan panas
- Letih lesu
- Merengek
Tips Rawatan Demam Panas di Rumah
1. Ukur suhu badan anak anda dengan menggunakan termometer (jangkasuhu). Jika tiada termometer perhatikan tanda dan gejala demam panas yang mungkin di alami oleh anak anda.
2. Beri anak anda ubat demam (Paracetamol) dengan sukatan yang tepat mengikut jadual yang di tetapkan oleh anggota kesihatan
3. Lap dahi dan badan anak anda dengan tuala yang di rendam dalam air paip.
4. Pakaikan anak anda dengan pakaian yang nipis dan jangan selimutkannya kerana akan meningkatkan suhu badan
5. Beri anak anda minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah cecair dalam badan.
6. Beri anak anda makanan yang mudah di hadam seperti sup dan bubur.
7. Jangan biarkan anak anda tidur sendirian supaya anda dapat bertindak segera jika suhu badan anak meningkat atau terlampau tinggi melebihi 39'C bagi mengelakkan sawan.
INGAT!!Anda perlu bawa anak ke klinik dengan segera jika:1. Suhu badan melebihi 39'C2. Terdapat gejala lain seperti ruam,pendarahan,muntah,cirit birit,sawan dan sebagainya3. Tiada selera makanatau minum4. Demam masih berlarutan walaupun telah di rawat di rumah.
sekian...
19 insan comel komen
yg pntg haru bw jumpa dktor cpt2..
ReplyDeleteakak selau lap dahi alisha dgn air asam jawa.. mmg susah hati kalu ank demam ni..
ReplyDeletesekarang ni linda ngah seksa sebab demam...:(
ReplyDelete1 lagi demam panas berlarutan lebih dar 3 hari harus cepat bw ke spital....
ReplyDeletebawa g klinik secepatnya.. takut lebih teruk kalau biar lama2.
ReplyDeletetudiaaaa .. kak jijah bile lagi nak jage ank dmam ? hehe
ReplyDeletehehe..tips berguna..thanks zizah..
ReplyDeletehehe..~~ amoy blm ada anak..tp insyaallah...hehehehe...bila dah kawin nanti..
ReplyDeletebaby klu sakit..ya allah..kesiannya..sebab depa tatau nk mengadu.. :(
ReplyDeleteolololo... kak jijah berlatih utk bakal anak yer..
ReplyDelete@LiNda linda demam? buat macam petua di atas tu untuk org dewasa boleh...
ReplyDelete@-SUPERGIRL- anak supergirl jijah boleh jaga nanti..hehe :) anak jijah jijah pastikan takkan demam..hehe
ReplyDelete@Cik tikah anak org dah expert ni..hehe anak sendiri confirm boleh handle..wakaka :p
ReplyDeleteanak demam paling parent susah hati se nya hehe...^_^
ReplyDeletetime anak2 demamlah masa yg paling merisaukan ibu2...
ReplyDelete@shida'R memang pon..paling ibubapa risau...
ReplyDelete@Izan Ishak yup.. jadi jika anak akak demam silalah amalkan tips ni..insyaAllah membantu :)
ReplyDeletetips saya anak demam spraykan badan anak dengan botol spray yg boleh didapati di pasaran. spray dengan air paip dan lapkan dengan tangan badan baby anda. ianya tidak mudah tumpah sebab anak lasak kadang tertendang air. pakai spray sangatla mudah dan x kesah kalau tertendang..
ReplyDelete@Masita Mohammad Noh oo boleh di guna pakai jugak tu.. tq info.
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!