Tips Penjagaan Rambut Wanita Bertudung

1.Cuci Rambut Setiap Hari Jika anda biasanya mencuci rambut setiap hari, ubahlah kebiasaan ini. Jika anda bertudung, memang tidak se...


1.Cuci Rambut Setiap Hari
Jika anda biasanya mencuci rambut setiap hari, ubahlah kebiasaan ini. Jika anda bertudung, memang tidak sesuai jika anda mencuci rambut setiap hari. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika anda suka mencuci rambut pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Tidak kira panjang mana sekali pun rambut anda, ia tetap memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Walaupun anda menggunakan pengering rambut, rambut tetap tidak akan kering dengan sempurna secara menyeluruh.

PETUA: Cucilah rambut anda sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu. Lebih afdhal, cucilah rambut anda pada waktu petang, sebaik sahaja anda pulang dari kerja. Selebihnya cucilah pada hujung minggu. Keringkan rambut secara semulajadi. Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.


2. Pilih Kain Tudung Berfabrik Lembut
Pilihlah fabrik lembut untuk tudung anda. Jangan pilih fabrik kapas, kerana kain tudung yang memerangkap haba tidak baik untuk kulit kepala dan rambut anda.

PETUA: Kalau anda selesa, elakkan memakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa agar rambut tidak terkeluar.


3. Sentiasa Merawat Rambut
Sebulan sekali, periksa jika ada sel rambut mati atau hujung rambut yang terbelah. Jika anda membiarkannya, rambut akan menjadi lebih mudah gugur kerana tidak dirawat.

4. Atasi Masalah Rambut Jika Ada
Apapun masalah anda, jangan pandang remeh dan berharap ia akan hilang dengan sendirinya. Kalau anda tidak mempunyai bajet lebih untuk mendapatkan rawatan di salun, anda boleh mendapatkan nasihat dari pakar farmasi untuk syampu yang sesuai untuk anda. Masalah rambut kadang-kadang bukan disebabkan oleh cara anda menjaga dan mengendalikanya sahaja, bahkan ia mungkin disebabkan oleh penyakit lain. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya jika anda tidak mencari penyelesaianya.

PETUA: Jika anda sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya. Dapatkan maklumat yang betul dan tepat mengenai cara mencuci dan membilas rambut dengan sempurna. Cucian bukan setakat mengurut syampu di rambut dan membilasnya sekali lalu sahaja. Setelah mencuci dengan sempurna, pastikan anda mengeringkannya dengan betul kerana rambut yang bersimpul-simpul juga menjadi sebab rambut mudah rosak.


5. Berehat Dahulu Sebelum Membersihkan Diri
Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun dari beriadah, terus buka tudung anda dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. Berehatlah seketika dalam masa 1/2 jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering. Sebaiknya, bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan biarkan rambut terus bertudung atau pun jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.

PETUA: Sebaik-baiknya anda perlu berehat sepenuhnya. Jangan lakukan apa-apa kerja kerana anda akan lebih berpeluh. Berbaringlah di atas katil dan bukalah penghawa dingin di bilik anda. Nikmatilah saat ini sebaiknya agar keadaan rambut dan kulit kepala anda betul-betul kering dan "rehat" dengan sempurna.


Rambut adalah mahkota wanita even pakai tudung pon..setuju?? :)


You Might Also Like

25 insan comel komen

  1. sis keringkan rambut pakai kipas angin..

    ReplyDelete
  2. Thanks for tips jijah..fiza cuci rambut 2hari sekali dah terbiasa camtu ^__^..kalau 3 hari tu rasa macam lama lak tak cuci.hihi

    ReplyDelete
  3. dulu mase freehair memang x kisah sgt dengan rambut, aslkan nampk kemas. Tp sekarang dh bertudung, lg kene jage sebab xnk de masalah rmbut berbau n rosak..thankz jijah bagi tips..:)

    ReplyDelete
  4. tq for the tips

    follow ur blog

    dr http://afasz.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. ni yg malas nk simpan rmbut pjg2 ssh nak jaga...hoho...tp encik husband suka rmbt pjg pulak

    ReplyDelete
  6. eca keringkan rmbt mmg biarkan je...cuci pun 3hari sekali..tpi rmbt masi gk gugur..pemakanan effect agaknya :(

    ReplyDelete
  7. kaklau masalah kulit kepala mcm mana pulak ehh?huhu

    ReplyDelete
  8. wah...nice tips kak...tq..hehe

    ReplyDelete
  9. thanx for the tips..tp kdg2 rimas bila x basuh rambut setiap hari padahal mmg x elok pun kan..;p

    ReplyDelete
  10. rambut mahkota wanita.ehhe

    ReplyDelete
  11. akak lah tu keringkn rambut setiap pg... tp akak xkeje.. so, xdalah pakai tudung rmbut bsh2..hihi

    ReplyDelete
  12. tips berguna. hihi :D. memang jarang cuci rambut time hari biasa. memang tak sempat kering.

    ReplyDelete
  13. rambut memang mahkota wanita.Sebab tu rambut terselindung dalam tudung...terima kak jiejah dgn semua tips tu.waktu rambut saya panjang,saya malas nak cuci dan rambut saya wangi,but sekarang bila dah pendek,saya 'terlebih' rajin basuh rambut tiap2 hari dan rambut ada bau ckit...huhuhu...sakarang saya nak jadi malas plak lah...(",)

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah rambut sy senang nk jaga.. sy mmg jenis yg basuh rambut hari2.. kalau tak kepala rasa berat, pening2 la.. selalu basuh petang je.. sbab malam tu sah2 la xde g mana2.. boleh la keringkan rambut dgn aman nye.. haha

    ReplyDelete
  15. mas klu syampoo..keringkan kn rmbut tuh dgn sndri.b4 that lap ngan tuala dulu

    tapi klu skrg panas rasa nak kerat je rmbut ni.huhu

    ReplyDelete
  16. harap2 tips ni membantu ^___^

    ReplyDelete
  17. nice tips my dear...

    akk ni mmg suka basuh rambut.. hihihi.. selang sehari mesti nak basuh.. *tp kalau kena basuh rambut waktu pagi, mmg terpaksa guna pengering rmbut la kan? hihihi..

    ReplyDelete
  18. yang penting bebas kutu ! hehe

    ReplyDelete
  19. kena keringkan rambut betul2 sblm pakai tudung... barulah selesa...

    ReplyDelete
  20. asalamualaikum..ermm..sy memg jarang cuci rambut sbb sy bertudung dalam seminggu memg 3 kali cuci..tp rakan sy kate klau x cuci nanti kn lg banyak kuman, kotor jdi lbeh baik cuci..klau kite hari2 cuci rmbut lpas 2 rmbut x kering lg kita ikat dan pkai tdung bkn ke rmbut kita akn berbuah dan tidak menyehatkn kulit kepale?
    bleh bg sy tip y btul..

    maya

    ReplyDelete
  21. @MaYa DiriKu itulah kalau cuci rambut rambut xkering n terus pakai tudung la tak bagus..tu pasal la kena cuci rambut 3x seminggu..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!