Perkembangan Bayi Bulan Kedua

*BULAN KEDUA 8 MINGGU* Minggu kelima: Ukuran bayi anda sekarang 1.25mm panjang seperti satu biji benih epal. (bukan sebiji epal...



*BULAN KEDUA 8 MINGGU*


Minggu kelima:
Ukuran bayi anda sekarang 1.25mm panjang seperti satu biji benih epal. (bukan sebiji epal) & pada minggu ini ia disebut sebagai embrio. Bayi anda sudah mempunyai degup jantung sendiri, plasenta dan tali pusat sudah berkerja sepenuhnya. Sel-sel otak & sistem saraf juga mula terbentuk. Dan dalam minggu ini juga anda akan merasa simptom-simptom kehamilan seperti muntah-muntah dan sebagainya.

Minggu keenam:
Embrio akan kelihatan seperti berudu. Pada minggu ini anda dapat melihat kepala & badan mula terbentuk. Begitu juga dengan hati, pankreas, paru-paru, kelenjar tiroid dan jantung.

Minggu ketujuh:
Jantung sudah terbentuk lengkap. Saraf dan otot bekerja bersamaan untuk pertama kalinya. Bayi mempunyai reflek dan bergerak spontan tetapi anda tidak dapat merasakannya lagi. Pada pengakhir minggu ini otak pula akan terbentuk lengkap.

Minggu kelapan:
Panjang embrio sekarang adalah sekitar 25-30 mm. Lengan dan kaki sudah terbagi menjadi komponen paha, kaki, tangan, lengan & bahu. Organ reproduksinya juga mulai terbentuk tulang-tulang. Bahagian telinga luar sudah terbentuk sempurna, mata membentuk pigmen. Jantung sudah berfungsi dengan sempurna.


22 Januari 2013 Janin ketika berusia 8 minggu


Pada hujung minggu kelapan, lengan,kaki bayi dan semua organ utama bahagian dalam telah terbentuk. Jantung bayi mula mengepam darah.Wajah bayi mula jelas dan bahagian otaknya mula terbentuk. Panjang bayi ketika ini hampir 2 inci (5 cm).



Doa Semasa Hamil –

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia,
Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,
Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.




You Might Also Like

16 insan comel komen

  1. Rindunya saat pregnant...

    Jaga diri yer

    ReplyDelete
  2. sweet moment dlm kehidupan insan bergelar wanita..;)

    ReplyDelete
  3. mesti rs nak nangis kan.. bila tgk janin da mula membesar.. ^_^

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah seronok kan tgk perkembangan baby..^_^

    ReplyDelete
  5. nice entry jijah,,berguna utk ibu2 mengandung

    ReplyDelete
  6. bestnyer jijah dh pregnant

    jaga diri jijahhh

    peluk jijah ketat2 :)

    ReplyDelete
  7. salam..
    lama akak tak jenguk sini,alhamdulillah..jaga diri tau..
    eh..usia kandungan kita lebih kurang sama la..

    ReplyDelete
  8. macehhh jiejah walau sbuk2 sudi singgah blog shida ni :)

    ReplyDelete
  9. salam,,,

    tahniah..jaga kandungan dgn elok k.

    ReplyDelete
  10. Amin.... semoga semuanya selamat ye jijah.. ^^

    ReplyDelete
  11. seronoknya baca pasal perkembangan baby.. ;)

    ReplyDelete
  12. Jijah! Alhamdulillah... pregnant 8 minggu yea! Jaga diri n baby dlm perot, jgn lasak2.. rajin2 ngaji tau... take care dik...

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah 2 bulan sudah, moga diberikan kesihatan yg baik

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah masuk 2 bulan dah ea jijah.. Amin untuk doa terakhir tu :) Aida yang baca entry jijah nie pun rasa macam nak nangis. haha. Seronoknya tu tak dapat nak luahkan.. yelah zuriat sendiri kan.. Moga jijah sihat2 selalu dan baby juga. :)

    ReplyDelete
  15. jijah jaga diri tau...

    akak suka baca kisah2 prgnant ni.. dulu ms alisha, berlambak2 akak duk print pasal prgnant.. heheh

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!