Tuesday, September 2, 2014

Encik Navy Sudah Pindah Semenanjung


Encik suami dah pindah dulu balik semenanjung.. daku tak tahu lagi bila.. orang yang beriya-iya nak pindah tak dapat. orang yang tak mohon, pindah dulu..

bila encik suami dah jalan.. semestinya kontena dia pun jalan bawa balik barang-barang.. jadi daku kat kota kinabalu dengan hakimi kat sini pon tinggal la sebatang kara. sehelai sepinggang.. ehh!!

sebenarnya susah kalau pindah-pindah ni terutamanya nak pindah ke semenanjung selepas macam-macam barang rumah dah di beli. nak angkut guna kontena lagi.. nak packing dan balut lagi.. remeh! dan syukur Alhamdulillah bila encik suami dapat kontena. semua orang2 kontena yang uruskan dari kemas, packing dan balut. 

bila teringat kembali.. daku yang rela hati transfer ke sabah ikut suami. Korang pun tahu kan daku merupakan pasangan perkahwinan jarak jauh (PJJ) sebelum ni.. sedih. hanya Allah yang tahu :( Tapi ternyata bila pegang je status seorang isteri. peritnya rasa berjauhan... dan Alhamdulillah dapat transfer ke sabah ikut suami tahun 2012.

bila dah tinggal bersama di sabah teruji lagi di mana encik suami/navy kerap belayar ke luar kawasan. 2 minggu sekali baru muncul dia di darat dan pergi lagi ke lautan.. begitu la daku selama 2 tahun di sini..

haihh bukan senang memikul tanggungjawab seorang diri. berdua bersama anak.. ragam anak menangis.. sampaikan diri sendiri pon tak terurus. tapi itulah, bersuamikan dengan tentera ni ni bukan saja berkahwin dengan orangnya sahaja, kita mesti berkahwin dengan tugasnya sekali. itu hakikat yang perlu kita terima bila bersuami tentera ni.. dan Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan :)



kadang-kadang rasa macam mana la daku nak meninggalkan bumi sabah ni nanti.. sebab kat sini la daku dapat anak. di sini lah daku hidup berdikari bersama anak, susah senang, sakit.. kemalangan..jatuh bangun daku.. semuanya sendiri. semuanya kenangan! daku seronok tinggal sabah! seronok sangat!

walau apa pun.. hidup perlu di teruskan.. ececeh... masih menanti penuh sabar urusan transfer daku yang tak pasti bila.. harap-harap ada khabar baik bulan 10 nanti.. inshaaAllah..


p/s: Hari ni encik navy lapor diri di pangkalan TLDM klang.. moga urusan beliau di permudahkan.. semoga bekerja di unit baru yer .. :)



17 comments:

  1. kesian Jijah. Tapi awak kuat semangat. Supermommy! Mintak2 cepat jijah dapat tukar balik semenanjung

    ReplyDelete
  2. JIjah.. sabar ye .. moga Jijah dapat bertukar cepat.. Dan moga JIjah kuat ...

    ReplyDelete
  3. moga urusan jijah pun dipermudahkan. insyaAllah, uruskan anak buat kita jadi lebih kuat.

    ReplyDelete
  4. insyaAllah dik.moga semua urusan dipermudahkan.memg sedih dok jauh, jarang jumpe.tp tu la dugaan perkahwinan. =)

    ReplyDelete
  5. LEPAS NI JIJAH PULAK FOLLOW YE.. INSHAALLAH..

    ReplyDelete
  6. InshaAllah lepas ni akan hidup bersama di semenanjung. kenangan tetap kenangan :)

    ReplyDelete
  7. moga urusan jijah pula dipermudahkan..

    ReplyDelete
  8. ujian yg pedih didengar..semoga apa yg jijah hajati akan termakbul..semoga terus tabah ye

    ReplyDelete
  9. Moga2 pasni giliran jijah lak dpt tukar... amin

    ReplyDelete
  10. xlama lg jijah follow in sha allah... tempat isteri kan disisi suami :)

    ReplyDelete
  11. kuatnya semangat kamu jijah... huhu ina dh rasa apa yg jijah rasa..mmg perit tp tu semua kenangan terindah kan hikhik..

    ReplyDelete
  12. kuatkan hati jijah...insyaallah moga urusan jijah jgk dipermudahkan..

    ReplyDelete
  13. Insyaallah lepas ni rezeki jijah pulak dapat pindah..amin...

    ReplyDelete
  14. salam. alahai sedih ja..sabar ya sis

    ReplyDelete
  15. alahai sedehnye pjj ni... i ni kalau husband outstation sehari dua pon dh sedeh termenung sensorg kt rumah huhuhuhu....btw sis, sy dh follow sis..follow back pls? :)

    ReplyDelete
  16. kuatkan semangat jijah..akak dh merasa pjj dgn suami dlu

    ReplyDelete
  17. pjj pon pernah dh ciksu rasa.
    itulah hakikatnya bila jadi bini tentera
    sabar dan kena byk berkorban..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!