Friday, September 19, 2014

Ketaatan Suami Lebih Utama Berbanding Ibubapa




Adat lah bila perempuan dah kahwin tempat isteri haruslah di sisi suami. Namun jika ada pertembungan antara arahan suami dan ibubapa, ketaatan suami lebih utama. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah yang menceritakan:

Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim dan beliau mensahihkannya dan al-Bazzar dengan sanad yang baik).

Hadis dari Anas yang menceritakan;

Seorang lelaki keluar bermusafir dan ia menegah isterinya keluar rumah. Ditakdirkan Allah bapa isterinya sakit, lalu ia mohon dari Rasulullah untuk keluar menziarahi bapanya. Baginda berkata; "Bertakwalah kamu kepada Allah dan janganlah menyanggahi perintah suami kamu". Lalu Allah memberi wahyu kepada Rasulullah bahawa bapa wanita itu telah diampunakan Allah dengan kerana ketaatannya kepada suaminya. (HR Imam at-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Ausat). 


Maka di sini isteri tetap wajib menurut kehendak suami. Berusahalah memujuk suami supaya memberi keizinan. Jika ia tetap berdegil tidak mahu mengizinkan, tidak ada jalan lain melainkan taat dan patuh kepada arahan suami untuk mengelak dari menjadi isteri yang nusyuz. Mengenai hajat ibu-bapa, tidak berdosa menolaknya dalam kes ini kerana bagi wanita yang telah bersuami, menjaga hak suami lebih utama dari hak ibu-bapa sebagaimana ditegaskan oleh Nabi dalam hadis di awal tadi. Ia boleh menghubungi mereka melalui telefon atau sebagainya untuk memohon maaf dan menjelaskan situasi yang berlaku. Permohonan maaf itu juga termasuk dalam berbuat baik kepada ibu-bapa mengikut yang terdaya dilakukan.

Subhanallah!! betapa besarnya tanggungjawab isteri kan.. bukan mudah. tapi jika kita taat pada suami even terpaksa abaikan ibubapa. ibubapa juga mendapat pahala kerana anak perempuannya taat pada suami. MasyaAllah.. marilah kita menjadi isteri yang solehah :)




17 comments:

  1. dah terang lg bersuluh syurga istri di bawah tapak kaki suami.

    yg penting toleransi dlm hbgan.

    ReplyDelete
  2. Betul tu.. Nasib baik dpt suami yg okay. Kalau dapat suami yg x bg balik kampung, memang berendam air mata laa huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. insyaAllah mudah mudahan jijah kita dpt sama2 jd isteri solehah.. taat pd suami dan ibu bapa.. amiin...

    ReplyDelete
  4. @Encik JI setuju! yg penting tolenransi dalam rumahtangga

    ReplyDelete
  5. @Munisah Shoaib ya kan.. dapat suami xpaham.. xbagi isteri balik kampung mmg merana la isteri.. kesiann

    ReplyDelete
  6. @CaHaYaHaTi inshaaAllah Amin.. sama2 lah kita usaha jadi isteri solehah

    ReplyDelete
  7. InshaAllah....itulah yang sepatutnya kan..

    ReplyDelete
  8. Insyaallah.. masih berusaha ke arah itu,.

    ReplyDelete
  9. harus taat kepada suami, pahala bukan pada suami je, malah pd diri sndiri & ibubapa kita kan kak?

    eca bunyi2 mcm xlama lagi je.hahaa

    ReplyDelete
  10. betul jiejah bkn mudah nk pikul tggjwn sorg isteri..byk peranan utama bsama suami..suami no.1 pape pn..

    ReplyDelete
  11. betoi tu jijah... bila dah kawen, syurga kita dkt suami dah

    ReplyDelete
  12. Seorang suami wajib melayani isterinya dengan tingkah laku yang baik dan menuruti kehendak isteri dalam perkara yang sesuai dan munasabah mengikut syarak.
    Maksud layanan yang baik bukan sekadar tidak memukul atau menampar tetapi layanan yang baik seperti yang dikehendaki di dalam Islam malah undang-undang perkahwinan agama lain juga ialah suami perlu menjaga hati dan perasaan isteri agar tidak dilukai dan disakiti. Isteri berhak dilayan dengan penuh kemesraan, kelembutan dan dengan penuh kasih sayang.

    ReplyDelete
  13. @Kiz MySelf terbaik! thanks sharing bro kiz

    ReplyDelete
  14. Syurga isteri memg bwh tapak kaki suami

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!