Fenomena El Nino l Langkah langkah Ketika Cuaca Panas

by - 8:08:00 PM


Menurut kajian bahagian Meteorologi, Malaysia merupakan antara negara yang sedang mengalami fenomena "El Nino" iaitu di mana cuaca yang panas dan kering di seluruh negara. 

Keadaan panas dan kering sememangnya tidak menyelesakan, perkara yang lebih serius dalam situasi ini sehingga boleh mengundang maut ialah keadaan "heat stroke" ( strok haba). 

Antara simptom awal bagi keadaan ini adalah mual dan muntah, pening, lemah dan kekejangan otot, sakit kepala , keletihan seterusnya lemah tumpuan. 




Langkah-langkah menghadapi cuaca panas ini:

  • banyakkan meminum air kosong , 
  • meminum air isotonik (mampu mengantikan air garam yang keluar melalui peluh dengan cepat)
  • kerap mandi untuk menyejukkan tubuh badan. 
  • mengehadkan aktiviti luar rumah, 
  • banyakkan berehat di waktu lapang, 
  • memakai pakaian yang longgar,ringan dan terang 
  • elakkan bersenam di bawah terik matahari.
  • Bagi mereka yang mengunakan kenderaan tertutup (kereta,lori, van dan lain lain) perlu juga mengelakkan diri dan orang lain di dalam keadaan tingkap tertutup.







Cuaca yang panas ni juga meningkatkan kes denggi..
Fenomena ini akan berlanjutan dalam jangkamasa tiga bulan lagi..

Salam sihat...

Posted via Blogaway




You May Also Like

3 insan comel komen

  1. Tulah skng pns kn. tq sharing jijah

    ReplyDelete
  2. panas juga. tp alhamdulillah la, kl kemarin hujan lebat. sebelum tu hujan renyai renyai

    ReplyDelete
  3. musim panas kali ni lain macam panasnya..berpeluh dan cepat haus

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!