Thursday, August 7, 2014

Tips Bawa Baby Naik Flight


Dari berkahwin, mengandung dan ada anak memang daku ni selalu naik turun kapal terbang kL-kk, kL-kk. so far dah 3 kali bawa hakimi naik kapal terbang dalam masa 10 bulan. nak bagi tips tak la berapa pandai tapi boleh la juga share untuk kegunaan anda anda untuk masa hadapan. 

1. TIKET

Untuk baby tetap kena beli tiket flight dengan nama boarding pass mereka sendiri. tapi kalau baby bawah 1 tahun (infant) ibu/bapa akan pangku. takkan dapat seat sendiri. so far daku dah pernah naik Air asia RM50 manakala MAS RM30. Malindo tak silap RM50

2. CHECK IN.

Kalau kita orang dewasa pun kena tunjuk kad pengenalan. begitu juga baby anda. jangan lupa bawak mykid/ surat beranak baby masa nak check in/boarding. Macam hakimi masa lahir takde keluar my kid so terpaksa usung surat beranak tu ke mane mane.

3. STROLLER

Masa naik MAS baru baru ni nampak ramai bawa stroller. Apa yang daku lihat, kalau MAS kan ada terowong nak ke flight kan. bila sampai pintu flight, lipat stroller and letak tepi pintu/tangga flight. Nanti akan ada *Flight attendant* yang akan angkut bawak masuk dalam. Bila dah sampai destinasi pun sama, amik stroller kat pintu/tangga flight.

4. BASSINET

Ini kan. pramugari yang offer bassinet sebab masa tu hakimi tidur. Kebetulan masa tu duduk kat seat 5. depan tu ada tempat untuk letak bassinet tu. Ala... Bassinet tu macam bakul tidur untuk baby. Tak payah pangku anak. Tapi macam untuk newborn atau 3 bulan ke bawah sesuai lah. itu kalau naik MAS. free je. kalau naik Air Asia, kena request (berbayar) awal-awal bassinet tu masa beli tiket. 

5. TEKANAN UDARA

Memang baby akan rasa ketidakselesaan akibat tekanan udara ni masa boarding dan landing. Ramai yang cadangkan supaya sumbat kapas dalam telinga baby, pakaikan topi yang menutup telinga. tapi hakimi refuse juga. cara lain bagi susu. Kalau menyusu badan jangan lupa pakai baju yang selesa dan mudah diselak untuk menyusu. 

Kalau baby menyusu botol, ready susu dalam milk container. Air panas kita boleh bawak dalam termos kecik. Tak pun mintak kat FA. Susukan anak seeloknya masa flight nak naik dan masa flight nak turun sebab masa tu lah tekanan udara tinggi

6. TIDURKAN BABY

Sangat bertuah kalau baby boleh tidur lena dalam flight. Eloknya masa kita susukan anak time flight nak boarding tu, dodoi-dodoikan dia sampai tertidur. Baby biasanya mudah tertidur kalau dia penat. Jadi sebelum naik flight tu jangan bagi dia tidur seharian. Biar dia main main. hehehe

Kalau baby dah boleh makan, get ready dengan baby food siap-siap. 

7. TOYS

Penting kalau kau ada anak yang cepat bosan dan tak reti duduk diam. Kena lah bawak toys kegemaran dia bersama.



Setakat ini itu sahaja yang daku boleh share dari pengalaman sendiri. sesiapa yang ada pandangan lain. boleh di alu-alukan dalam komen ni.. harap-harap berguna lah untuk anda :)

so far dalam banyak-banyak kapal terbang. MAS (Malaysia Air Lines) juga terbaik! staff yang friendly, selesa, makanan free dan sedap! 

prayformh17 dan prayformh370.




16 comments:

  1. good sharing jijah..harap boleh membantu yang lain dengan tips jijah ni.

    ReplyDelete
  2. Dah lama x naik flight..teringat jgk nak bwk irfan pegi holiday naik flight..tp xtau bila..tggu irfan dah 2 tahun kot..hehehe

    ReplyDelete
  3. Assalam jijah..
    Good sharing.
    Terima kasih sudi share info ni.
    Kalau tekanan udara tu kan, klu bwk budak 2-3 tahun macam mana nk kurangkan rasa tekanan udara tu?

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yg menarik...boleh dijadikan panduan untuk ibu2 yg ada infant baby...well x pnh ada pengalaman bawak baby kecik naik aeroplane lg...huhu...

    ReplyDelete
  5. setuju dgn tips ni..syukur anak2 MV naik Flight senang jer..

    ReplyDelete
  6. tips yg berguna..thanks jijah..
    bileh la refer balik nanti kalau nk terbang. hihi..

    ReplyDelete
  7. nice info jijah..tp buleh ke bawak food n liquid masuk flite..klu susu botol kena bancuh lam flite gak la ek..

    ReplyDelete
  8. akak baca entry ni rasa excited plak sbb akak tak pernah naik flight... hahhaha

    ReplyDelete
  9. @Ira sama juga ira.. kasi minum susu atau sumbat gan puting..hee

    ReplyDelete
  10. @S. Faezah boleh la syg..lebih2 lagi kita ada anak kecik.. jijah susu botol bancuh dalam flight je..

    ReplyDelete
  11. nice sharing jiejah..mna tau 1 day ade ank..dan nk naik flight blh lah ingat pesanan ni :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!