2nd Pregnancy Diary: Boy Or Girl??

2:57:00 PM 12 Comments A+ a-


Alhamdulillah... kandungan dah nak masuk 8 bulan. :)
Dah tentu mama excited nak tahu jantina anak! mana taknya dah sulung anak lelaki, dah tentu anak kedua ni mama nak anak perempuan pula. sepasang baru lengkap gitu... :p

Jom check out!





1) Bentuk Perut.

-jika jantina janin anda adalah perempuan, maka perut anda akan kelihatan sangat bulat melebar ke tepi dan pinggang anda terasa penuh.

-Jika hamil bayi lelaki, perut anda akan kelihatan samada lebih bujur dan panjang ataupun kelihatan agak tajam meruncing ke depan. Bahagian pinggang akan terasa lebih kosong.

2) Posisi Tidur. 

-Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. 

,-kalau suka mengiring ke kiri atau merasakan tendangan dan pergerakan yang kerap di bahagian kiri kemungkinan anak perempuan.

3) Orang memuji anda. 

-Sesetengah ibu biasanya akan kelihatan lebih cantik, suka bersolek dan berseri jika menghamilkan bayi perempuan.

-Sebaliknya kalau malas nak bersolek, bergaya ni..anak lelaki la tu. 

4) Melihat garisan pada perut ibu.

-kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki

 -kalau terputus..kemungkinan perempuan 

5) Mengidam

-setiap kali hamil bayi perempuan mengidam makanan manis, sayur sayuran, buah-buahan

-mengidam makanan berprotein n masin hamil anak lelaki

6) Guna Soda Bikarbonat

-Gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu paling pekat (air kencing paling pekat adalah pada waktu pagi). Sekiranya air kencing anda berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi lelaki.

-Sekiranya air kencing anda tidak berbuih bermakna bayi di dalam kandungannya ialah bayi perempuan.



Walaupun cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan datang dari orang lama, tidak semestinya seratus peratus betul. Segalanya adalah kuasa dan ketentuan Allah S.W.T. Bayi lelaki atau perempuan tidak penting kerana apa yang paling penting adalah bayi yang bakal dilahirkan nanti sihat dan sempurna.


Agak-agak anak jantina apa lah ni kan?? hehehe
Jeng jeng jeng.. :p
Selamat meneka!
Semoga Allah permudahkan nanti.. amin..




All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

12 insan comel komen

Write insan comel komen
QasehnyaRania
AUTHOR
11/25/2015 8:44 AM delete

perempuan.. aamiin :)

Reply
avatar
CaHaYaHaTi
AUTHOR
11/25/2015 9:06 AM delete

kita dah nampak jantina dia.. tp xsama mcm tanda2 di atas hehehhe...

Reply
avatar
11/25/2015 11:04 AM delete

salam, ermmm tip yg bagus nie.

www.iskandarx.com.my

Reply
avatar
11/25/2015 1:31 PM delete

dari pa yui perhati post jijah di fb,

perempuan..

tahniah ya.. =)

Reply
avatar
Hamelia Hamid
AUTHOR
11/25/2015 3:50 PM delete

No 1 sampai 5 tu emi dah rasa&lalui untuk dua2 anak...mmg sama! Hehe...tahniah yunk moga2 sepasang tau...in shaa allah

Reply
avatar
nini
AUTHOR
11/30/2015 11:50 AM delete

Kite teka boyyyyy intai pompuan...hahahaha

Reply
avatar
11/30/2015 6:22 PM delete

harap harap dapat gegirl pulak..sepasang dah nanti :)

Reply
avatar
dear anies
AUTHOR
12/04/2015 7:06 PM delete

Ms brape bln bleh test air kencing berbuih tu?

Reply
avatar
aryan azra
AUTHOR
12/08/2015 2:39 PM delete

inshaAllah...gigirl, ikut naluri ibunya juga masa mengandung kan.

Reply
avatar
sya mimie
AUTHOR
12/15/2015 8:36 AM delete

Msa prgnt zara dulu manis2 mmng suka.. Hihi

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!