Monday, November 23, 2015

Resepi Ketam Masak Lemak


Teringin nak makan ketam katakan.. usul kepada mak! terus mak ajak ayah pergi cari ketam..
hasilnya mak buatkan Ketam Masak Lemak Cili Api.. !!

last makan dulu pun masa mengandungkan hakimi. lama tuu 2 tahun lebih tak makan ketam! mihmihmih


Bahan-bahan
4 ekor ketam besar, dibersihkan
1 batang serai di titik
1 helai daun kunyit, carikkan
2 cawan santan pekat
1 asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
1/2 cm belacan*
8 biji cili api*

Cara Penyediaan:
Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit.
Dalam periuk, Gaulkan ketam dengan bahan kisar dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak pecah minyak.
Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.




Mak cakap cukup la sekali makan ketam masa mengandung.. ada pantang larangnya.. tak tahu kenapa... kalau korang tahu share la ye.. -_-"


8 comments:

  1. lamanya x makan masak lemak ketam. .dah jarang g pasar..susah nak dapat ketam segar

    ReplyDelete
  2. Ketam best, tapi nak makan dia tu yg mencabar. :)

    ReplyDelete
  3. takut anak terkenan ....
    aku memang tak suka ketam sbb payah nak makan walaupun sedap .... hahahha

    ReplyDelete
  4. fav sy ni sejak turun temurun... tp part nk kopek isi ketam tu laaa plg malas sekali ;-)

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaa. Terliur pula. Hahaha

    ReplyDelete
  6. Sedapnya..makan ratah je tanpa nasi lagilah sedap..hehe

    ReplyDelete
  7. ye ke. tak tahu pula. jijah tanya la mak, nti share kt next entry k..
    ketam n udang ciksu suka snngt .

    ReplyDelete
  8. Sdapnya ketam.sthn jgk x mkn rsanya.

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!