aku sebagai nurse
cuti raya
persiapan raya
tahun 2015
Keputusan Giliran Cuti Raya 2015
1:04:00 PM
Kalau ikutkan tahun ni raya syif malam.. siang dapat lah beraya tapi dah kata rezeki.. junior bagi cuti raya dia..dia nak balik kelantan raya ke tiga..hehehe rejekii!!
hari ini (rabu) dan (esok) khamis syif malam, jumaat raya tu baru balik syif malam jam 8am. adehhh orang lain sibuk dah siap-siap pakai baju raya, makan ketupat,lemang daku baru balik kerja..huhuhu mata panda la haku time raya nanti! sobb~~
tahun ni juga dapat cuti sampai raya ke tiga.. suami pun sama..nasib baik nikah dekat-dekat, satu kampung, mudah! so keputusan giliran raya:
1. Malam raya masing-masing kerja.
1. Malam raya masing-masing kerja.
2. Pagi raya pertama tu balik kerja, suami pun balik dari kerja di Klang.. selesai bersalam-salaman beraya dengan mak ayah daku, menziarahi kubur arwah abg, giliran ke rumah mertua tak jauh 10minit dari rumah mak dan beraya di sana. petang tu kalau ada plan nak balik kampung keluarga suami kat Seremban.
2. Raya kedua, Suami duty. so rasanya daku pun tak berjalan kot! berehat..melainkan mertua nak bawa hakimi beraya..huhuhu
3. Raya ketiga, Suami balik dari kerja, rehat..siap-siap balik kampung mak di Tangkak Johor sebab sepupu daku bertunang. biasa balik Tangkak pun balik hari..
fuhhh~~ nasib baik la kerja di kampung sendiri..keluarga mertua pun sini.. walaupun dekat kadang-kadang berebut gak..biasalah tu kan..hahaha lebih-lebih lagi kita ni kerja nurse bukan dapat cuti raya tiap-tiap tahun..maka terpaksa plan baik-baik..so macam ni lah cara gilirannya tahun ni...hehehe
Semoga yang ada kampung banyak dan jauh-jauh tu tabah menghadapi perjalanan balik kampung anda..jangan berebut-rebut tau!!
Berhati hati di jalan raya..Selamat Hari Raya!
Salam 0-0 dari www.nurazizahyahaya.blogspot.com
^_____^
5 insan comel komen
yeke... bertabah lah ye. Kita pun baru 2nd time nak beraya ngan husband sbb sebelum ni dia keje gak dipagi raya... huhu, kena la redha kan
ReplyDeletesenanglah akak kampung sendiri dn kampung mertua dekat. hehe. tak perlu nak berebut balik mana dulu ^^
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Kak ^_^
untung rumah mak mertua tak jauh kan..sama la emi...tetap bersyukur sebab tak perlu nak pening2 time balik kg hihi
ReplyDeletesenang beraya kampung dekat ni :)
ReplyDeleteKeje shif mmg mcm tu...apa nk buat? Redha shj laaa... nak cari rezeki halal kan?
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!