Thursday, July 2, 2015

Tukar Timing Belt Persona Elegance


Mentang-mentang la baru dapat bonus RM500.. masa ni la nak tukar Timing Belt. hampehh betul!
usia myPE pun dah nak masuk 5 tahun. milleage pun dah 70000++km..walaupun jarang jalan jauh.. pergi balik kerja je tapi dah memang masanya untuk menukar Timing Belt buat pertama kali..



So daku hantar kereta ke sebuah bengkel di Port Dickson. mula-mula ingatkan nak beli sendiri sparepart dan suruh pomen baiki tapi memandangkan tak tahu apa yang perlu di tukar terpaksa serahkan semua kat pomen.

So kos daku ganti timing belt dan sekali kos lain ialah

Set Timing Belt RM 198
Oil seal RM12
Fan Belt RM 52
Water pump RM75
dll
Kos Keseluruhan RM 535??

Mahal! Ya daku pun rasa mahal tapi tak tahu la rate kat workshop lain berapa sebab tak rajin survey. Terpaksa la bayar dari menjadi kerosakan lain pula kan..

bila ada kereta confirm banyak maintenance perlu dibuat..bila harga minyak naik tak kan tak berjalan kot..maka bertabah lah.. hohohoho







16 comments:

  1. Esok akak pun nak tukar timing belt Saga BLM akak, 100,000k dah dan lebih sikit. Dah sampai masanya jugak utk tukar termasuklah service berkala dan mungkin juga terpaksa check breake yang sedikit berbunyi. Semua tu penting untuk mengelakkan kerosakan yg lebih banyak.

    ReplyDelete
  2. betul tu ! nak tak nak, kena jugak repair .

    ReplyDelete
  3. dpt duit 500 tpi melayang 535 ye sabar je la

    ReplyDelete
  4. ABIS DAH BONUS TOK JIB BAGI HUHUHUHU TAK SEMPAT NK GUNA BELI BJ RAYA PUN

    ReplyDelete
  5. kalau bab kereta ni memang sekali bayar dalam jumlah yang banyak..kalau ganti bateri pun dah seratus lebih kan..apepun biar banyak lebih jangan nanti rosak lagi banyak kena bayar..

    ReplyDelete
  6. Ros tak tahu brapa rate harga dia..

    ReplyDelete
  7. adoii nak dekat2 raya ni macam-macam jadi ye jijah :)

    ReplyDelete
  8. kereta perodua pun gitu jg harganya jijah ;-)

    ReplyDelete
  9. Murah la jijah.. Fiqa tukar RM600 2 tahun lepas..

    ReplyDelete
  10. wah mahal jugak erk kak. kite pun kene standby duit la mcm ni.

    ReplyDelete
  11. Nama per bengkelnya cik jijah leh share - ok tak servis nya - tgk harga cam lingkungan harga yang disurvey@gugel

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt jijah tgk balik nama bengkel..bengkel dekat taman pd utama port dickson.. so far ok je..

      Delete
  12. Salam nak tanya..apa nama bengkel tu ye? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh..ok takpe.. just nak tahu bengkel tu ada buat tukar tayar sekali tak?tq n maaf sebab tanya banyak kali..hehe

      Delete
    2. tukr tayar xde encik. workshop je

      Delete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!