Agenda Menambah Berat Badan

Assalamualaikum kalian... Disebabkan daku ni agak kurus dan kecik orangnya...berbagai cara untuk menambah berat badan..tapi tet...


Assalamualaikum kalian...

Disebabkan daku ni agak kurus dan kecik orangnya...berbagai cara untuk menambah berat badan..tapi tetap tak berhasil...jadi...daku tetap nak cuba tip-tips di bawah ini sedikit demi sedikit untuk menaikkan berat badan daku ni...

jom la cuba ya...Insyallah harap-harap berhasil...



1. Makan Makanan Berkalori Tinggi. Ini langkah mustahak dalam penambahan berat badan. Lebihkan memakan makanan berkalori sebanyak 500 - 1000 kcal dalam sajian kalian setiap hari. Dengan cara ini, kalian boleh menambahkan berat badan kalian sebanyak 0.5 kilogram hingga 1 kilogram dalam tempoh seminggu.

2. Makan Makanan Berkarbohidrat Tinggi. Ini perlu dan biasa dilakukan untuk menambahkan berat badan. Kalori yang berlebihan daripada makanan yang berkabohidrat tinggi seperti nasi lemak adalah seperti minyak enjin kepada badan kalian.Pastikan kalian tidak mempunyai penyakit lain ya..

3. Makan Mengikut Jadual. Makan dengan sukatan yang besar sekurang-kurangnya 3 kali sehari bersertakan snek yang berkalori tinggi seperti karipap di antara waktu makan, terutamanya pada awal percubaan untuk menambahkan berat. Bagaimanapun, snek yang dimakan itu tidak seharusnya menggantikan makanan-makanan yang berkhasiat. Makan selalu dan jangan abaikan waktu makan kalian itu.

4. Makan Lewat Malam. Dengan memakan snek pada waktu lewat malam dapat mengelakkan badan kalian daripada membakar terlalu banyak kalori ketika kalian tidur. Ini dapat mengekalkan berat badan kalian.

5. Makan Daging Merah Lebih. Daging merah, seperti daging lembu, mengandungi zat besi yang tinggi dan merupakan sumber protein yang baik untuk pertumbuhan otot-otot. Namun begitu, adalah lebih baik jika kalian pelbagaikan pemakanan untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

6. Makan dan Berehat Secukupnya. Tidak ada gunanya kalian memakan makanan yang berkalori tinggi sekiranya kalori itu membakar untuk membekalkan tenaga yang disebabkan kekurangan rehat yang secukupnya. Ini tidak bermakna kalian harus tidur sepanjang hari. Waktu rehat atau tidur selama 6 - 8 jam setiap hari sudah cukup memadai.

7. Minum Jus Buah-Buahan dan Susu. Minuman adalah cara paling mudah untuk meningkatkan pengambilan kalori. Apabila kalian berasa haus, cuba amalkan meminum jus buah-buahan selain daripada air biasa. Ataupun minum minuman yang bersusu seperti makanan segera untuk bersarapan.

8. Bersenam Untuk Membina Otot-Otot. Pilih rutin senaman yang bersesuaian dengan keadaan fizikal kalian. Seeloknya kalian amalkan senaman angkat berat (weight lifting) atau senaman ketahanan badan seperti tekan tubi (push-up) untuk membina otot-otot kalian. Senaman-senaman seperti ini memberi stimulasi kepada otot-otot kalian untuk membina dan tidak hanya berlemak. Minum minuman berprotein atau berkalori tinggi sejurus selepas bersenam untuk menggantikan kalori yang telah hilang. Ini untuk mengelakkan berat badan yang kalian tambah itu berkurangan atau susut semula. Tetapi ingat, penambahan atau pembinaan tisu otot-otot kalian bergantung kepada susuk badan dan juga ciri-ciri genetik yang kalian warisi.

9. Belajar Mengurangkan Ketegangan. Ini agak sukar untuk dilakukan tetapi sekurang-kurangnya kalian harus mencuba. Tekanan atau ketegangan adalah salah satu punca yang menyebabkan kalian hilang selera makan. Namun begitu ada juga orang yang makan berlebihan ketika menghadapi situasi sebegini. Justeru, pastikan kalian berada dalam golongan mana supaya mudah untuk meneruskan niat kalian menambahkan berat badan.

10. Pantau Berat Badan. Jangan terlalu asyik dengan penimbang berat kalian. Berat badan kalian berkemungkinan berubah setiap hari dan kalian pastinya tidak akan nampak sebarang perubahan. Awasi berat badan kalian itu sekali dalam seminggu.

11. Peningkatan Usia. Ramai juga orang yang berat badan mereka bertambah apabila meningkat usia. Ini mungkin kerana pada usia begitu, mereka kurang aktif, lebih sabar, boleh menangani tekanan serta mempunyai lebih masa untuk menikmati sajian. Kalian perlu faham bahawa untuk mendapatkan berat badan yang berkualiti akan memakan masa dan juga kesabaran. Yang pasti, tiada formula ajaib untuk mempercepatkan hasilnya.


p/s : daku nak gemuk! gemuk! dan gemuk lagi!



You Might Also Like

10 insan comel komen

  1. nice ! tp nina mkn bnyk pn xgmk gak. hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    huhu..org nk kurus dia nk gemuk lak.ngee~

    ReplyDelete
  3. Jgn jd sangat gemok plak, okey! ^^,

    ReplyDelete
  4. ngeeeeeeee....thanks sume...

    ha lar...org nk gemuk..ade lain nak kurus pulak ya...hehehe

    biasalah rupa badan semua lain2...ngeeeee

    ReplyDelete
  5. awak amik lemak-lemak syarq sikit nak tak??? :D byk ni lemak terlebih2 ni...kite transfer :P

    ReplyDelete
  6. kak jijah keje kuat sgt...smpai x sempat mkn la tu....huhu

    ReplyDelete
  7. cik fiqa~

    hehehe macam tahu2 je akak yer...nak jadi pekerja cemerlang la katakan...hikhik..

    ReplyDelete
  8. wahhhh..sukanya....nak try la...buat macam nie...123 go.....

    ReplyDelete
  9. nak ikut la tips tips ni!! untung untung bulih gemoks! hehe. :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!