BOSAN!! Tips Untuk Tanganinya..

Assalamualaikum kalian............. Apakah rasa bosan?? Rasa bosan timbul apabila kita tiada apa nak dibuat kan...tak da apa nak dilakukan k...


Assalamualaikum kalian.............




Apakah rasa bosan??
Rasa bosan timbul apabila kita tiada apa nak dibuat kan...tak da apa nak dilakukan ketika masa terluang ni....
Tapi kalian tahu kah...Rasa bosan ini adalah petanda besar kalian tu orang yang tiada matlamat!!

Jadi,

Macamana nak elakkan diri dari rasa bosan??

1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi.

Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika kalian tiada apa hendak dilakukan, fikirkan sesuatu yang kalian rasa seronok melakukannya supaya tidak sedar masa berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa bosan cari sesuatu disekeliling yang boleh kalian lakukan.

2. Jadi Workaholic

Orang workaholic adalah orang yang suka bekerja, asyik dengan kerja hingga tak sedar masa berlalu. Kerja bukan kerja bagi dirinya tapi satu hobi. Perasaan enjoy bekerja ni akan hadir apabila kalian menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja.Untuk mengelak rasa bosan, kalian boleh bentuk diri kalian menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang perlu dibuat, ada saja yang perlu disiapkan, ada saja yang perlu disempurnakan.


3. Set Matlamat, Azam, Cita-cita dan Impian. Selepas itu Berusahalah Mencapainya!

Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. selepas tu berusalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Fikir, fikir, fikir, selepas itu buat. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam! Lama-kelamaan kalian akan perasan yang kalian dapat mengelak rasa bosan sebab kalian sudah tidak ada masa untuk merasa bosan. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita anda.


4. Rajinkan Diri Beribadah.

Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa bosan dari perspektif Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntutan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah.


Selamat Beramal :D

You Might Also Like

1 insan comel komen

  1. wah..bagus tips ni..

    jom2..anda di tag

    http://ecul.blogspot.com/2011/02/25-random-facts-about-ecul.html

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!