Nak Kurangkan Bajet Perkahwinan La :D

1:30:00 PM 11 Comments A+ a-


Assalamualaikum kalian....



sebelum nak melangkah majlis perkahwinan,daku pon dah pening kepala nak melangkah ke alam pertunangan...sebab apa?? sebab nya baca entry INI..

ok...dah baca..?? tapi sekarang bukan nak citer pasal majlis pertunangan tapi majlis perkahwinan..

kalian nak buat perkahwinan besar ke meriah?? Daku cukup risau kos yang melibatkan perkahwinan..tengok entry INI ..

bagi daku biarlah simple tapi meriah....tak perlu lah besar sebab daku ni bukan orang kaya pon!
cukup yang termampu jer..nanti lepas kawin lagi nak pakai banyak duit...betul tak? betul kan kalian...
cukup la meriah yang orang boleh ingat sampai bila-bila dan apa yang tersedia masa majlis daku nanti cukup sempurna..Insyallah :D

Jadi daku nak cuba kurangkan bajet perkahwinan agar perkara yang lebih KEPERLUAN lebih utama dari KEHENDAK!!

Ha...Ni Tips Nak Kurangkan Bajet Perkahwinan!


1. Daku nak buat majlis yang simple, tapi meriah- tak perlu lah nak buat silat lah,hiasan bilik pengantin yang havoc,kompang pon yang biasa-biasa jer...

2. Mintak pertolongan orang kampung- kalau boleh daku nak buat gotong-royong walaupon rumah daku hanyalah taman perumahan bukan takat perkampungan je buat gotong-royong k..Ini mestilah dapat menjimatkan kos! Lau nak mudah lagi pakai je khidmat katering tapi jangan jemput ramai lah...[hehehehe] tengok entry INI

3. Jemput orang yang dikenali- Jangan lah nak jemput semua orang yang kalian kenal,nanti 1 stadium/dewan pun tak muat [hahahaa] Pastikan jemput kenalan yang rapat,sedara mara,jiran tetangga yang penting!

4. Kalau boleh nak elakkan buat masa cuti sekolah [kalau boleh la,heheh]- sebabnya masa ni lah ramai orang yang cuti dan pasti time ni lah ramai orang buat kenduri kahwin.. jadi dah tentulah majlis kalian meriah dengan kehadiran ramai orang.. [hahahaa] Kalau boleh nak elakkanlah..lagipun time ni lah semua barang untuk buat preparation kahwin naik harga! oh bajet-bajet ni!

5. Barang hantaran tak perlu lah banyak-banyak- cukuplah sekadar 5 berbalas 7, atau 7 berbalas 9 ker.. jadi boleh beli barang-barang yang perlu jer tak perlulah terlalu mahal sebab tak de bajet ni [hahahah] [ukur baju di badan sendiri oke..]

6. Beli belah masa tengah sale- Pasti ada Mega Sale 3x setahun! Time ni lah sesuai sangat-sangat kalau kalian nak shooping untuk beli barang-barang untuk perkahwinan! Yang penting kita kena pandai memilih dan jangan mudah tertipu dengan promosi harga sale ni!

7. Pilih pakej perkahwinan- Kalian kena pandai pilih pakej perkahwinan, jangan pulak kalian sewa baju kat kedai lain,pelamin o mekap kat kedai lain.. jadi pastikan kalian sewa semua sekali dalam 1 tempat jer..dah tak payah susah2..kena pilihlah pakej yang sesuai dan berpatutan..kena rajin usha-usha ya kalian.

8. Cuba buat sendiri apa yang kalian boleh buat- Kalau kalian ada masa dan kreativiti, kalian boleh buat sendiri gubahan hantaran tu,hiasan bilik pengantin,door gift untuk tetamu dan sebagainya.. Pasti lebih jimat sangat kan! ok lau tangan keras macam daku ni cubalah belajar tengok buku...ikut step by step! [heheheh]

9. Buat majlis sanding dan nikah dalam 1 hari- ini lagi jimat masa,wang dan tenaga! pagi tu kalian boleh buat majlis nikah+ khatam AlQuran, tengahari dah boleh bersanding! kan senang tak payah susah-susah..

10. Majlis kenduri kahwin- tadi nak buat majlis simple tapi meriah kan.. tak payah lah nak buat grand2 macam kat hotel ke,taman ke.. Ha...kalau kalian dan pasangan tinggal di area yang sama apa kata kalian gabung jer untuk buat majlis contoh tempah 1 dewan dan boleh memuatkan kedua-dua keluarga [ kebetulan daku dan my hubby tinggal 1 tempat ingat nak buat camni jugak lah] lagi jimat kan! Tapi kalau kalian duk jauh-jauh cukuplah sebelah pompuan je yang meriah,yang belah laki simple jer pon...boleh??

11. Elakkan dari tempah baju kawin baru- sekarang kalian boleh sewa je baju yang dah siap.. kang nak upah jahit baju baru kena pikir kos beli kain dan kos upah tukang jahit lagi..betul tak?? tapi nak pakai pon hanya sekali seumur hidup dan beberapa jam jer... tak ke rugi camtu?? lainlah baju nikah kalian boleh tempah untuk buat kenangan..

12. Postpone honeymoon- Ala honeymoon ni bile-bile pon boleh kan..kalian boleh postpone ke masa yang sesuai..takkan lah betul-betul nak buat lepas majlis kenduri kahwin..[hehehe]

13. Jangan berhabis untuk beli barang kemas- inilah perempuan kalau tengok barang kemas rambang mata! kesian cik abg botak kepala nak belikan yang mahal-mahal untuk kalian.. sebelum kahwin ni, pilih lah barang kemas yang ikut bajet yang ade.. nanti bila dah kawin baru lah kalian suruh laki kalian beli yang bertan-tan barang kemas gitu! Pasti lebih gempak!! [hahaha]

14. Pilih pakej fotografi yang sesuai- ini lagi 1 tak payah la kot buat yang dalam studio atau video tu.. kos ni pon dah mencecah ribuan ringgit!! kalau kalian mampu takpe..bagi tak mampu macam daku ni kenalah pilih fotografi yang berpatutan..cukuplah ade 2 wedding album yang terisi dengan gambar-gambar daku yang comel lagi cantik gitu! sambil buat outdoor sesion! perggh cantik tapi pastikan berpatutan!

15. Buat senarai semak atau checklist siap-siap- checklist ni memang penting dan kena buat awal-awal lagi! kat sini kalian boleh tahu berapa banyak bajet yang bakal kalian belanjakan..



fuh!! banyak dah 15 perkara daku kena kurangkan dalam bajet perkahwinan ni! ni kot yang daku termampu nak pikir untuk kurangkan! banyak jugak tu...tapi kadang-kadang nafsu melebihi segalanya...aduh!


~Selamat Menempuh Gerbang Perkahwinan~


All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

11 insan comel komen

Write insan comel komen
kay_are
AUTHOR
2/10/2011 2:09 PM delete

bagus ni.. leh wat jadi tips mase depan.. tapi no 6, part sale 2.. takut nanti beli barang len lak.. =P

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
2/10/2011 3:10 PM delete

hahaha..ni mesti kaki shopping ni..
mane tak nya nak beli barang lain..ngeeeee :P

Reply
avatar
ardinihumaira
AUTHOR
2/11/2011 5:55 AM delete

hehe..
kena list bebetul kan

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
2/11/2011 12:30 PM delete

@kak dni~ ha kak dni kan nak kawin..kena lah list betul2 lau tak lari bajet kan kak...
selamat mencuba~

Reply
avatar
Syafiq Rosli
AUTHOR
3/24/2011 10:11 PM delete

hehe..tu dia dah kluar bajet..:)

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
3/24/2011 10:16 PM delete

SR~ senang list awl2...lau tak lari bajet ooooo...tak cukup..hehehe

Reply
avatar
ayut
AUTHOR
5/18/2012 12:42 PM delete

takutla xcukup budget...wahahahaha :p

Reply
avatar
azizah :)
AUTHOR
5/18/2012 10:19 PM delete

@ayutbuat simple2 je yang..janji nikah tu penting :)

Reply
avatar
~Nor Arena~
AUTHOR
6/03/2013 3:48 PM delete

ni pasal kawen... pasal tung pun xlepas lagi..adoi.... sy buat sama cm akak simple but done.. jgn simple je tapi hutg bnyak kn kak.... fining!!!!!!!!!!! :(

Reply
avatar
Sha My heart
AUTHOR
5/18/2015 4:08 PM delete

pening nak memikirkannya

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!