kemalangan
life in sabah
PE♥Persona Elegance♥♥
Cerita Kemalangan Kecil
10:00:00 AM
Baru-baru ni (rabu) daku mengalami kemalangan kecil yang tak di sangka...masa tu daku nak ambil suami dekat satu tempat ni (tempat terpaksa di rahsiakan) dalam jam 10.30 malam. kawasan sana gelap gelita.. lampu kereta tutup semua kecuali lampu dalam kereta je. jalan punya jalan kedengaran bunyi kuat langgar sesuatu.. Astaga!! daku tak perasan pun ada divider dan sign board di hadapan.. daku revise dan turun, bonet kereta hadapan berasap wei...
ramai datang melihat apa yang terjadi.. dengan suasana gelap lampu torchlight suluh enjin kelihatan tangki minyak hitam kereta daku pecah!! enjin berasap..sudah pasti la kereta tak leh start kan.. atas bantuan orang ramai kereta terpaksa tolak kereta ke tempat selamat.. call suami..terus dia datang dengan kawan dia.. lepas buat kenyataan semua, kawan suami hantar kami pulang..
balik tu kat rumah, daku peluk suami terus nangis esak-esak.. memang banyak menyusahkan dia..saat-saat akhir dia nak pergi belayar daku masih menyusahkan dia..nasib lah dia tak marah.. yang paling menyentuh hati bila
aku: maaf abang kereta rosak..maaf menyusahkan abang..
suami: kereta rosak takpe janji awak dan waris abang selamat..
aku: nangis sambil peluk erat dia :(
memandangkan kami hanya punyai satu je kereta myPE.. maka esoknya takde transport nak pergi kerja. jenuh gak la daku cari nombor telefon teksi untuk hantar daku keje pagi.. syukur lah ada..Alhamdulilah..
keesokkan harinya suami tak pergi kerja nak uruskan kereta daku yang tersadai kat tempat tu..dia lah panggil towing dan hantar repair..
aku: kesian abg tak pergi kerja mesti kena marah dengan pegawai..
suami: kerja abg, abg tahu nak buat macamner.. awak tu tanggungjawab abg.. apa-apa hal abg harus bertanggungjawab.
aku: banyak sangat menyusahkan abg sambil nangis teresak-esak..
suami: awak lagi penting..takde awak, hidup abg tak sempurna.. terima kasih sebab setia selama 11tahun ni..
aku: nangis lagi...:(
balik kerja (2pm) suami amik naik motor.. terpaksa la dengan perut 3bulan lebih ni naik motor.. hati-hati juga la dia bawak..mudah-mudahan anak daku selamat dan sihat..
jam 5pm dapat call dari workshop kereta dah siap baiki.. pergi sana, try test kereta, enjin berbunyi macam kereta sport.. bonet depan masih berasap.. tapi mekanik tu cakap dia berasap sebab tangki minyak hitam pecah jadi minyak terpercik kat bahagian-bahagian aksesori lain kat dalam enjin tu.. emm syukur la kereta dah ok cuma biasalah yang baru tak sama macam yang lama..terbang gak la RM600 ganti dan pasang tangki minyak hitam.. nasib la tak kena gear box... mahu lah beriban-riban tu..
dan pada jam 8 malam suami belayar :( huhuhu nasib la semuanya dah settle... kalau tak terkapai-kapai la jijah keseorangan di sini dengan kereta rosak..
Dugaan demi dugaan buat kami...tetapi,
Kami belajar menjadi insan yang REDHA dalam mengharungi UJIAN yang TIBA,
cuba menjadi BAHAGIA,
walau kadang-kadang DUKA kerana kami tahu ada cintaNYA bersama ujian yang sedang kami RASA..
tq Allah telah menjadikan kami berdua kuat menempuh ujianMu...
suami jijah sangat penyayang.. tak boleh hidup tanpa dia.. tak sia-sia hubungan kami bertahan 11tahun lamanya.. syukur ya Allah T___T
panjang cerita novel ni..buat catatan diari dalam blog ini..
harap ada yang sudi baca.. tq korang..
41 insan comel komen
suami kak jijah betul2 syg jijah. alhamdulillah. moga jodoh sampai ke syurga :)
ReplyDeletealhamdulillah.. jijah tak ada pape.. kereta rosak takpe, boleh baiki.. yg ptg keselamatan diri
ReplyDeletealahai...tmpt tu mmg xde lampu ke sampai xnampak kak?.sabar jelah,nasib baik akak & baby xde apa2 tau.....
ReplyDeletehati2 driving pas ne eh..
ya allah, nasib kak dgn baby tak apa2. dan suami akak sgt penyayang, semoga bahagia selamanya kak. :)
ReplyDelete@Eza Boom Boom :) tq syg... itu yg akak pohon pada Allah moga kami kekal hingga ke syurgawi...
ReplyDelete@Shizan Syafik Alhamdulilah yunk..xde apa2..moga2 baby pon sihat hendaknya..
ReplyDelete@Eca Dwinky Asha emm kat base eca.. sana skrg memang gelap giler..xde cahaya langsung..huhuhu
ReplyDelete@MarnieyZ benda yg paling dia risau akak n baby la.. Alhamdulilah xde apa2.. tq dik yer :)
ReplyDeletetc jijah..moga sht2 tau...
ReplyDelete@nabila azmi InsyaAllah yunk :) doakan jijah yer..
ReplyDeletesweeta husband jiah..nasib jijah x de pe2..take care yunk ! =)
ReplyDeleteNasib baik akak tak apa2 :) Sayang betul En.Suami kat kak Jijah ni ^_^ hee
ReplyDelete@::Misz sunsWeetz:: Alhamdulilah xde apa2.. InsyaAllah jijah akan jaga diri lebih lagi..
ReplyDelete@Sally Yatiey hehe syg sungguh kan dia.. nak2 masa preggy ni dia lagi peyayang..
ReplyDeletesayangilah dia dan hargai pengorbanan nyer dgn menjadi isteri solehah...
ReplyDelete@Kuazue Mohd hargai sgt pergorbanan dia.. insyaAllah mudah2an dapat jadi isterinya yg solehah :)
ReplyDeletesy pulak yg nak termenangis sekali bace ni kak.. haha.. tp betul lah cakap husband kak jijah tu.. barang rosak boleh ganti lain.. tp kalau pape jadi, nak ganti mcm mana? huhu..
ReplyDelete@aisya huhuhu sedih sgt bila dia cakap camtu.. nmpk sgt dia sgt sygkan akak..huhu
ReplyDeletesusah senang sentiasa bersama. bertuah jijah dpt suami yg baik. :)
ReplyDelete@Chic Na syukur Alhamdulilah.. pelengkap kelebihan dan kekurangan :)
ReplyDeletesyukur slmt semua. nyawa tiada gntinya. jg dri.
ReplyDelete@cik chinta InsyaAllah yunk :)
ReplyDeleteAlhamdulillah jijah tak ape2. Jage diri leklok tau dear. semoga jijah selamat sentiasa. Jijah ,husband mestila syg isteri dia.semoga jijah n husbnd kekal bahagia ke akhir hayat :)
ReplyDeletesuami mmg akan sgt2 sygkan kita kan.. kdg2 sikap suami tu buat kita rasa terharu & dihargai...
ReplyDeletealhamdulillah jijah tak da pape.. takut jugak kan gegaran ..
ReplyDeletetapi nape tak buka lampu depan yang..
agak kekeliruan sikit
@LiNda InsyaAllah yunk :)
ReplyDelete@IntaNBerliaN jijah terharu sgt kak.. bila jadi camni sedih menyusahkan dia..huhu
ReplyDelete@QasehnyaRania nak masuk kem kena tutup lampu depan.. tinggalkan lampu dlm kereta jer..
ReplyDeletealhamdulillah takde apa2..
ReplyDeletetu tndanya suami jijah trlmpau sygkan jijah n bakal warisnya..
alhamdulillah takde apa2..
ReplyDeletetu tndanya suami jijah trlmpau sygkan jijah n bakal warisnya..
bestnye jijah..untung dpt suami camtu..
ReplyDeletetapi entry ni sedih :'( terharu
Diela doakan jijah and baby sihat selalu :)
Alhamdulillah..itulah kebahagiaan rumah tangga.susah dan senang bersama.sabar dan berdoa banyak bila dugaan datang.
ReplyDelete@nuyui a.k.a miss YUI bila mengandung ni.. dia lagi bertambah2 peyayang...
ReplyDelete@Nurul Nadila tq dilla.. jijah doakan moga ada rezeki dilla lepas ni.Amin..
ReplyDelete@Azhafizah Md Nor betul tu.. sama2 cari jalan peyelesaian..
ReplyDeleteAlhamdulillah...yg penting jijah dan baby selamat...nasib xde pape.
ReplyDelete@Nurul Husna kereta je yg rosak.. jijah Alhamdulilah xde apa2..
ReplyDeletejiejahh....naseb xde pape tau rsau mlm tu huhuhu,,
ReplyDeletemau suami tak syg isteri.hehe..lgpon kan jijah ada dia je kat sana..sedara mara jauh kan..tangungjawab dia besar jg jijah... ^^ dugaan.jijah jg dri bek2x ea.nnt brula dia tak isau.careful tau pasni :)
ReplyDelete@Shida Radzuan yelah..lepas kita sms malam tu jijah keluar amik suami.. time tu la kena...hehe
ReplyDelete@ayut betul tu ayut.. kalau jijah jaga diri baik2.. dia tak risau sgt.. banyak kali dia pesan jaga diri..hati2 pasni..
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!