Thursday, March 14, 2013

Perkembangan Bayi Minggu ke-15


Minggu ke-15


10/3/13= 15weeks


Sekarang perut anda sudah mulai membuncit dan akan kelihatan seperti ibu-ibu hamil lain. Mungkin anda juga merasa kurang selesa dengan perubahan tersebut.

Apa yang berlaku pada bayi anda? 

Bayi kini berukuran 4½ inci panjang dan beratnya pula kurang 2 auns. Kulit bayi ketika ini lutsinar dan ditutup dengan rambut lembut yang dipanggil lanugo. Bayi anda bergerak aktif tetapi anda masih belum merasai pergerakan tersebut sehingga beberapa minggu lagi. Pada masa ini bayi anda mungkin menghisap jarinya! Matanya masih lagi dalam proses pergerakan ke bahagian tengah muka yang masih luas jaraknya. Cuping telinga mula membentuk dengan pesat. Tulang-tulang juga mula terbentuk. Jika satu sinar X dibuat, rangka bayi anda boleh kelihatan. Bayi anda akan menyamai rupa manusia dalam beberapa hari ini.

Bayi anda sudah mula dapat mendengari anda. Si kecil anda sekarang juga sudah dapat mendengar denyut jantung anda, suara perut anda dan juga suara anda.


Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..



27 comments:

  1. semoga baby semakin membesar dgn jayanya yer :)

    ReplyDelete
  2. coeml je bila bc bby hisap jarinya =)

    ReplyDelete
  3. kepala dah turun ke bawah...

    ReplyDelete
  4. dh 15w, xlama ag dh nak masuk 4 bulan...

    ReplyDelete
  5. smoge baby dlm keadaan sihat.
    jaga diri jaga baby =)

    ReplyDelete
  6. baca sambil dok bayangkannya...indahnya

    ReplyDelete
  7. jijah...magicnye rasa..
    bestla jijah da preggy :)
    nak jeles boleh...hehehe

    Takdela, main2 je.
    take care ye jijah

    ReplyDelete
  8. masa ne kena selalu ckp2 ngan baby.. pggil nama manje.. nti mesti ada reaksi dr baby

    ReplyDelete
  9. gud info buat ibu2 hamil..thanks jijah!

    ReplyDelete
  10. Nice info. Saya doakan akak dan bayi akak sentiasa sihat =]

    ReplyDelete
  11. sgt cuteeee..baby tgh isap jari..hihihi.smga baby trus shat ye dear..byk2x ckp gan baby.baby dh blh dgr suara kita ^^

    ReplyDelete
  12. ohh..dh boleh dengar.. bykkn mengaji jijahh ek..

    ReplyDelete
  13. comeinyer baby anda jijah..moga baby n mama baby sihat2 selalu..amin...syioknya dpot rasa perasaan itu..

    ReplyDelete
  14. mesti best kalau dpt tgk baby tu hisap ibu jari dia. alahai, bayangkan pun dah tahu mesti comel.. alololo..

    ReplyDelete
  15. @QasehnyaRania InsyaAllah berkat doa jijah mudah2an ada rezeki ciksu menimang cahaya mata.. Amin..

    ReplyDelete
  16. @Nurul Nadila insyaAllah ada rezeki dilla meyusul lepas ni..

    ReplyDelete
  17. @◕ D Y S H A S A H H I R ◕ yeler kak.. insyaAllah jijah akan selalu cakap2 gan baby :)

    ReplyDelete
  18. moga bby membesar dgn sihat. ibu bby pun jaga kesihatan yea

    ReplyDelete
  19. visit heree :) tahniah yee

    ReplyDelete
  20. sweet plak baca bila dia tulis baby dh hisap jari :-)

    ReplyDelete
  21. @IntaNBerliaN comel kan.. tak sabar nak tengok... tapi jijah tak scan lagi..huhu

    ReplyDelete
  22. seronoknye dengar.take care jijah dan baby.

    ReplyDelete
  23. jaga ksihatan tau jiejah syg :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!