Kejang Betis atau Simpul Biawak

Sejak masuk 2nd trimester ni ada masanya kaki mulai krem.. Tak kira masa baring, duduk, tengah memandu mahu pun tengah jalan pun boleh kr...


Sejak masuk 2nd trimester ni ada masanya kaki mulai krem..

Tak kira masa baring, duduk, tengah memandu mahu pun tengah jalan pun boleh krem..
sakit hanya Tuhan yang tahu...huhuhu

Kadang-kadang bila terjaga dari tidur malam-malam sampai terjerit-jerit kesakitan..
hanya mampu selawat dan berdoa jelah..
suami takde kat sisi.. kalau lah dia ada boleh la urutkan kaki ni..
dugaan betul...huhuhu

Bila search kat google katanya otot yang biasanya menegang ialah otot betis..




Beberapa teori tentang kekejangan betis berlaku semasa hamil: 
1. Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
2. Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.

Kejang di kaki boleh dirawat dengan cara berikut :
1. Rendamkan kaki didalam air suam yang dicampur dengan garam. 
Dengan ini ia membantu melegakan kaki anda.
2. Minum air secukupnya setiap hari
3. Pakai stokin tebal sewaktu tidur bagi mengelakkan kaki dari sejuk. Kaki yang sejuk mudah mengalami kekejangan
4. Pakai seluar panjang sewaktu tidur
5. Sapu minyak panas pada betis untuk elak angin sejuk masuk
6. Lapik bantal di bawah/hujung kaki. 

Bagi cara pencegahan pula :
1. Elakkan dari berdiri atau duduk dengan kaki bersilang dalam masa yang lama
2. Lakukan senaman kaki atau senaman regangan setiap kali sebelum masuk tidur
3. Terdapat kajian menunjukkan pengambilan suplemen magnesium sebagai vitamin sampingan kepada multi vitamin sewaktu hamil boleh membantu sesetengah wanita yang menghadapi masalah kekejangan kaki.


Momies terseksa dengan masalah ini??
Jangan risau! Ostematrix kan ada!




Apa kata mereka tentang Ostematrix??




CARA MEMBUAT PEMBELIAN OSTEMATRIX


CARA 1

Klik ke OSTEMATRIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. 


CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.


Whatsapp: 013-2378013
SID 1200083
Your health & beauty consultant



You Might Also Like

22 insan comel komen

  1. simpul ibawak memang sakit..huhuu... sekarang walaupun tak mengandung pun, kekadang jadi juga tengah malam.. sakit yang amat!

    ReplyDelete
  2. Akak kena varicos vein ni..urat simpul abis urat2 semua naik pregnant anak ketiga ni..tak molek la rupa kaki especially di bahagian belakang betis..kena rehat jelah lagi2 dah 7 bulan ni.

    ReplyDelete
  3. Jijah, husna x penah kena lagi kejang kaki...tp sakit ligamen (sakit bawah abdomen boleh dikatakan selalu) sakitnya Ya Allah mcm nak tercabut urat...tp sekejap je..

    ReplyDelete
  4. salam kenal..done polow jijah juga. Saya biasa kena ni. Jgn lupa tido pakai stokin n sapu minyak panas sebelum tido. Sy guna krim but but HPA tu bagus sgt. Jemput singgah blog sy juga ;)
    http://nabihahsejutarasa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. owhhh, mcm tu rupanya. hihi, tak tahu sgt rasa dia sbb kahwin pun belom. ahaks! smoga kak azizah akan sentiasa okay dan baby,

    ReplyDelete
  6. Wasalam.. dugaan buat ibu mengandung ea jijah.. tu besar pengorbanan ibu2 nie. :) Dia lebih kurang macam rasa kejang kan jijah? kalau kejang memang sakit.. aida pun kadang2 kena jugak kejang kalau lama berdiri, or sejuk.. better jijah pakai stoking, seluar panjang dan sapu minyak panas.. InsyaAllah jarang berlaku kejang nie. Hati2 jijah.

    ReplyDelete
  7. good info. semoga kak dgn baby dalam keadaan sihat selalu! :)

    ReplyDelete
  8. xsuka bile kena tp tu jgn terlalu sejuk sgt.. take care dear

    ReplyDelete
  9. cukup berhati2 bab ni.. dulu akak pun dok sorang2.. masa tgah malam atau pagi nak bangun tidur amat berhati2 agar tak terlebih mengeliat supaya tak kejang.. kalau jadi jugak cepat pulihkan sendiri agar tak melarat..

    ReplyDelete
  10. wah.. camtu rupanya ek.. cci salu jd camtu.. sampai sekang.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  11. Teringat masa maksu sy pregnant dulu.. kalau boleh nak letak bantal tinggi2 kat kaki.. hehe..

    thanks kak jijah for the info..

    ReplyDelete
  12. cikna pun pernah masa tgh tidur. sakit yg amat. huhu..

    ReplyDelete
  13. haritu ayut pas bace post jijah ayut bace gak pasal kejang kaki time mgandung ni...hihihi.terexcited dr org ngandung plak :p ap pon jg mkn minum yer dear..hope tak la melarat :)

    ReplyDelete
  14. mmg sllu kn tym tdo mlm. mb sejuk. klo kn tu, sbr je la. uhuh

    ReplyDelete
  15. kene banyak minum susu, baby dah amik kalsium mama dia... ambil makanan tambahan like suplement tau jijah...

    ReplyDelete
  16. mmm...baru tahu.nak shre pengalaman teda pula..
    pa pe pon jaga diri ye jijah

    ReplyDelete
  17. mas tak tahu hal2 ni..tapi hanya mampu nasihat n doa kesalamatan n kesihatan jijah n baby.. take k yea.

    ReplyDelete
  18. Huhuhuhu... sy memg kerap mgalami maslh simpul biawk ny. . Kadg2 smpai kn sy tpjse cti keja di sbb kn kaki sy yg kremm tu. . Ble dh trkne mse tu psaan sy mcm nyawa ny nk fi ambil jekk. . Ya ALLAH btape pedh nye. . Tp hkikt nye sy mash blom mgndung lg. .

    ReplyDelete
  19. Huhuhuhu... sy memg kerap mgalami maslh simpul biawk ny. . Kadg2 smpai kn sy tpjse cti keja di sbb kn kaki sy yg kremm tu. . Ble dh trkne mse tu psaan sy mcm nyawa ny nk fi ambil jekk. . Ya ALLAH btape pedh nye. . Tp hkikt nye sy mash blom mgndung lg. .

    ReplyDelete
  20. masa mengandung memang pernah kena. biasanya kena waktu malam.kalau kena kat opis, tak tahu macamana

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!