perkembangan bayi
Perkembangan Bayi Minggu ke-16
8:30:00 AM
Kini anda mungkin mula serius mencari pakaian hamil di pusat membeli-belah. Ketika ini juga adalah masa untuk anda membezakan pergerakan bayi ataupun angin di dalam perut anda. Anda juga mungkin tertanya-tanya tentang perubahan kulit dan rambut anda yang mengalami sedikit perubahan.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda sedang berenang di dalam satu kolam kecil cecair amnion (Kira-kira satu cawan bendalir yang telah terkumpul pada peringkat ini). Bendalir ini memainkan satu peranan penting dalam pembentukan bayi anda iaitu untuk system pulmonari. Cecair amnion itu membolehkan bayi anda menghirup utero memasuki paru-paru bayi. Bendalir tersebut memberi perlindungan untuk bayi sebagai antiseptic untuk menyekat pertumbuhan bacteria. Oleh itu bayi dapat dilindungi sebelum ia dilahirkan.
Bayi anda mungkin telah menjumpai mainan pertamanya iaitu tali pusat yang dia suka menarik dan mencekau. Kadangkala ia akan menggenggamnya begitu kuat menyebabkan jumlah oksigen yang lalu masuk berkurangan, tapi jangan khuatir dia tidak memegangnya terlalu lama untuk memudaratkan. Kakinya lebih panjang daripada tangan dan ini boleh dilihat di mesen pengimbas (ultrasound). Sesetengah wanita dapat merasakan pergerakan bayi pada ketika ini tetapi mungkin agak keliru dengan rasa angin dalam badan. Saiz bayi anda lebih kurang sebiji avocado. Panjang bayi kini mencapai 11.5cm/5 inci manakala beratnya 80gram.
Doa Ibu MengandungYa Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.Aminn..
12 insan comel komen
wooww..teruja nk preggy lagi..tgh berusaha ni..hehe
ReplyDeletesebesar buah avacado.. seronoknya mengikuti perkembangan baby nie. SubhanaAllah kuasa tuhan kan.. Apa lah agaknya muka baby jijah nie.. muka jijah ke muka hubby.. hehe :) Amin.. moga semuanya sihat2 dan dipermudahkan.
ReplyDeletebest2x...baby men tali pusat.kih3x.. :) moga baby gan mama ye trus sehat slalu yer ^^ take care tua jijah :)
ReplyDeletenice entry jijah
ReplyDelete@nens cellection insyaAllah pasti berjaya.. ammar pon dah besar kak :)
ReplyDelete@Diari Si Froggie hehe tak kisah la mane2 yunk.. janji dia sihat.. insyaAllah..
ReplyDelete@ayuthehe tq ayut..moga2 sihat.. insyaAllah..
ReplyDelete@Mrs Velentine ^___^
ReplyDeletesemakin membesar.mesti eksaited sangat menanti bby keluar kan jijah..sabar ye mommy.moga sihat2 selalu.
ReplyDelete@Azhafizah Md Nor hehe moga baby sihat2 hendaknya..
ReplyDeleteakak dulu 17 mggu djh rs baby gerak tp ms alisha, 20 mggu br rasa
ReplyDelete@IntaNBerliaN mybe anak sulung lambat kot kak.. xsabar nak rasa ni..hee
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!