Perkembangan Bayi Minggu ke-17

17weeks= 25/3/13 Sekarang anda sudah berada pada pertengahan trimester kedua. Anda mungkin mencari beberapa maklumat yang berka...


17weeks= 25/3/13


Sekarang anda sudah berada pada pertengahan trimester kedua. Anda mungkin mencari beberapa maklumat yang berkaitan dengan kehamilan seperti kaki kejang dan sebagainya. Ini adalah satu proses biasa semasa kehamilan. Anda juga mungkin merasakan sesak nafas dan sembelit dalam beberapa tempoh masa ini.

Apa yang berlaku pada bayi anda? 

Bayi anda kini berukuran 5.5cm/11-12cm panjang dan beratnya mencecah 120gram. Anggaran besarnya sebesar tapak tangan. Lemak atau tisu adipos mula membentuk dalam permulaan minggu ini dan hingga ke beberapa hari berikutnya. Lemak adalah penting untuk pengeluaran haba dan metabolisme. Air dalam badan bayi kini sebanyak 89 gram. Jika bayi anda adalah bayi perempuan, tiub fallopian sedang terbentuk. 

Dengan bantuan stetoskop khas, anda sekarang sudah boleh mendengar denyutan jantung bayi anda. Tiada yang lebih menyenangkan atau menguja daripada bunyi denyutan jantung bayi yang sedang menderap-derap. Jika sesetengah daripada ibu hamil masih belum merasa pergerakan bayi, anda akan merasainya tidak lama lagi. Pergerakan ini mungkin tidak dirasai setiap hari tetapi semakin hari anda akan merasa kekerapan pergerakan tersebut.

Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..

You Might Also Like

28 insan comel komen

  1. ee..dh membentuk sempurna dh..best kan?

    ReplyDelete
  2. makin membesar, semoga membesar dengan selamat kat dalam tu...
    Seronok bila dapat rasa baby bergerak...

    Kak zie dapat rasa baby gerak waktu malam dan malam tu adalah malam terakhir duk dengan suami sebab kak kena transfer gi langkawi.. aduh sadis nya.. huhu

    ReplyDelete
  3. baby dh nk mula gerak2x...!!excited yer...best tak dear mengandung?hahaha..soalan apakah ini :p

    ReplyDelete
  4. Yeay! baby dah mula bergerak2.. seronoknya.. hehe

    ReplyDelete
  5. @Z ie huhuhu jijah apatah lagi kak.. sendirian bila suami tiada di sisi..huhu

    ReplyDelete
  6. @ayutseronok dear..excited rasa..hehe

    ReplyDelete
  7. @Diari Si Froggie Alhamdulilah yunk :) syukur rezeki Allah kurniakan ni..

    ReplyDelete
  8. mesti excited je kan dpt rasa baby gerak2.. =)

    ReplyDelete
  9. Wah, bayi dah mula bergerak! Arol pulak yang rasa tak sabar nak tunggu baby kak Jijah lahir. Hehehe! :D

    ReplyDelete
  10. Amin. Tak sabar nak tgk perut kak besar. hihihi

    ReplyDelete
  11. akak sihat? baby macam mana

    ReplyDelete
  12. @Cik Puan Rara insyaAllah mudah2an dia sihat di dalam :)

    ReplyDelete
  13. @aisya hehe InsyaAllah coming soon dapat rasa dik..

    ReplyDelete
  14. @Arol Mubin hish arol.. akak yg berdebar ni tau padahal lagi 5bulan..

    ReplyDelete
  15. @MarnieyZ hehe tak nampak sgt kot bila besar..hehe

    ReplyDelete
  16. @najihahfara Alhamdulilah dua2 sihat ni dik..

    ReplyDelete
  17. masa ni kita da leh rs dia gerak2 da kan.. isk.. tetiba lak rs nak ngandung.. muahaha..

    ReplyDelete
  18. @cci hehe leh la tambah baby lagi kak..ngeee

    ReplyDelete
  19. waaaahh jijah dah pregnant yea?

    tahniahhh sorry bru tahu..

    jaga diri baik2 :)

    ReplyDelete
  20. @Juliet_iRa~" tq ira.. Alhamdulilah 4bulan dah..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!