Tuesday, March 5, 2013

Hamil Selepas Keguguran




Selepas melalui kesan keguguran yang di alami, anda boleh mula merancang untuk hamil lagi.. Kebanyakan orang tak tahu bahawa anda boleh hamil di antara tujuh hingga 10 hari selepas keguguran terjadi. Biarpun ketika itu anda mungkin mengalami pendarahan, anda tetap mempunyai peluang untuk hamil. Hal ini kerana ovulasi boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dalam kitaran haid.

Anda boleh hamil semula selepas mengatasi keguguran dengan menggunakan kaedah bukan pembedahan. Tetapi sekiranya perlu melalui kaedah seperti dilation dan curettage (D&C) anda perlu menunggu sehingga satu bulan agar rahim sembuh sepenuhnya.

Kebanyakan wanita bimbang keguguran yang di alami akan menjejaskan tahap kesuburan. Oleh sebab itu seboleh mungkin mahu hamil segera apabila sudah bersedia dalam tempoh terdekat. Keguguran yang berlaku secara semula jadi tidak menimbulkan masalah berkaitan kesuburan. Sekiranya kitaran haid anda normal selepas keguguran terjadi, maka tiada apa-apa yang perlu di bimbangkan tentang kehamilan selanjutnya.

Apabila gagal untuk hamil selepas tiga kali kitaran haid, anda patut mendapatkan pemeriksaan doktor menerusi ujian. Ujian tersebut melibatkan suntikan khas ke dalam rahim. Suntikan berkenaan membolehkan doktor mengenalpasti sekiranya terdapat parut pada bahagian berkenaan. Hal ini kerana parut yang ada boleh menghalang tiub fallopio. Prosedur pembedahan mungkin perlu di lakukan bagi membaiki apa-apa yang tersumbat dan membolehkan anda hamil dan mampu mengandung sehingga cukup bulan.

Selepas keguguran...
1. Haid normal akan kembali seperti biasa selepas tiga hingga enam minggu.
2. Jangan berenang atau berendam dalam sauna panas
3. Jangan melakukan hubungan intim sebaik sahaja keguguran.
4. Anda mungkin mengalami kesakitan pada bahagian bawah ari-ari sama seperti rasa sakit yang di alami semasa haid. Ia mungkin berpanjangan sehingga dua hari selepas keguguran. Berjumpalah dengan doktor sekiranya sakit itu berpanjangan.

Perlu dimaklumi jika anda berjaya hamil, itu bererti rahim sudah bersedia untuk meneruskan kehamilan terkini.

Kajian mendapati kehamilan selanjutnya lebih sihat jika anda pernah mengalami keguguran mendapat sokongan sepenuhnya daripada keluarga dan rakan rakan. Mengekalkan tekanan pada tahap minimum, sentiasa bersikap ceria dan berpandangan positif mampu menyempurnakan kehamilan yang diimpikan..


Alhamdulilah selepas dua kali kitaran haid dan tinggal bersama dengan suami, daku di kurniakan rezeki anak lagi.. syukur ya Allah..




25 comments:

  1. take care ye ... TQ info ni aku pun tatau

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....jijah pernah mengalami dan kerana itu jgk jijah kini dberi rezeki anak semula..Bila sampai masanya pasti Allah akan beri...jg dri bek2x ye dear ^^

    ReplyDelete
  3. semoga jijah & baby sntsa sihat sehingga waktu bersalin nnti..

    ReplyDelete
  4. tp ada sesetengah kes trauma nak ngandung lg.. tp kalau xda masalah boleh je mengandung lg kan.. yg pnting hati tabah n berusaha

    ReplyDelete
  5. wah info bagus nih...yg ptg jgn putus asa...galakan dari suami dan org sekeliling amat main peranan :)

    ReplyDelete
  6. tak pernah gugur seklipon dalam 5 tahun ni..

    ReplyDelete
  7. tapi org cakap kalau pregnant lepas gugur i kena jaga2..sebab risiko akan gugur tue besar...(**pernah jadi kat kawan MV)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. murah rezeki jijah kan.. baby nak dekat dgn abah dia la tu :-)

    ReplyDelete
  9. @QasehnyaRania itu kalau yg gugur kak.. tapi kalau belum di berikan rezeki.. Allah Maha Mengetahui..

    ReplyDelete
  10. @Mrs Velentine yup kak.. jika rahim tak kuat..potensi gugur berulang kali akan terjadi jugak..

    ReplyDelete
  11. Bagi I positifkan diri Dan minda yg bnyak m'mbantu diri dlm kebaikan utk terus hamil....

    ReplyDelete
  12. usu pn miscarriage pd 22/5/13, complte miscarriage...doakan jga utk usu k..moga lepas ni ada lg rezeki utk usu...amin..jg diri baik2 dear :)

    ReplyDelete
  13. @Puteri Mama InsyaAllah pasti ada rezeki usu lepas ni..jijah doakan yg terbaik!

    ReplyDelete
  14. Good info..sy br je keguguran awal bulan 9..doc ckp klo nk pregnant selepas 3 bulan..tp xsabar nk pregnant..3 bulan lama sgt..kira nya takde effect la pregnant awal..

    ReplyDelete
  15. Good info..sy br je keguguran awal bulan 9..doc ckp klo nk pregnant selepas 3 bulan..tp xsabar nk pregnant..3 bulan lama sgt..kira nya takde effect la pregnant awal..

    ReplyDelete
  16. Info yang bagus.. 2 x kaguguran dalam tahun ni.. the latest one awal bulan ni... hope dapat mengandung lagi dlm masa terdekat..

    ReplyDelete
  17. @Shafinah Hairus seeloknya 3bulan la. tp jijah dulu 2bulan..hehe rezeki :)

    ReplyDelete
  18. @@DeL kalau dah 2x keguguran elok bagi rahim rehat dulu..

    ReplyDelete
  19. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda anda hamil.

    ReplyDelete
  20. Salam sis..sy bru keguguran 14/1/17..ank sulung.. tp x buat dnc sbb dh complete..
    Doc x pesan blh rancang..nurse klinik desa pula suh rancqng 6 bulan ambil pil perancang..
    Tp lamenyer...
    Mase masuk wad..doc pesan lpas ggur sy ggur..lgpon xda mslh skit k ape ..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!