Thursday, July 10, 2014

Peringkat Perkembangan Anak 6- 9 Bulan


Semakin anak membesar semakin banyak ragam anak yang mencuit hati.. tak sangka anak yang kita kandung 9bulan++.. sakit bersalin.. kini semakin membesar, ligat dan aktif. Penat lelah seharian bekerja terhibur dengan telatah anak2..

Mari kita sambung pula Peringkat Perkembangan Anak dari usia 6-9 Bulan.. Perkembangan Anak usia 1-5 Bulan baca SINI

6 BULAN
• menghasilkan bunyi dengan 2 suku kata
• menggapai dan menggenggam objek
• duduk sendiri dengan sokongan yang minima
• berguling (dari kedudukan menelentang ke meniarap ke kedudukan menelentang semula)


6bulan hakimi dah angkat bontot dan merangkak

7 BULAN
• mengajuk bunyi-bunyian
• menyuap sendiri makanan
• duduk tanpa sokongan

hakimi duduk 7bulan


hakimi 7 bulan 14hari 

8 BULAN
• menghisap objek
• memanggil 'ibu" atau "ayah"
• mula merangkak
• bertindakbalas terhadap nama sendiri

9 BULAN
• mengangkat perut untuk duduk
• berdiri sambil berpegang kepada sesuatu
• memahami keadaan kekal objek




Alhamdulillah tengok anak sihat,ceria dan aktif macam ni seronok kan.. moga anak2 kita di beri kesihatan yang baik supaya dia boleh membesar dengan jayanya...inshaaAllah



p/s: Alhamdulillah hari ini hakimi genap 10 bulan~




9 comments:

  1. Tak lama lagi setahun dah kimi..cepat betul masa berlalu..kalau tengok gambar last tu kalau penat hilang penat ye jijah..comel je dia senyum tu..happy sangat dapat main susu.

    ReplyDelete
  2. cepat je masa berlalu kan...irfan mggu depan ni dah setahun :)

    ReplyDelete
  3. cepat perkembangan kimi ...
    mak die nampak gayanye makin kecik sbb pipi kimi makin bambam...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah Hakimi dah 10 bulan, tak lama lagi nak masuk umo 1 tahun...mama kimi boleh proceed adik utk hakimi, heeee~

    Selamat Berpuasa Jijah n famili...

    ReplyDelete
  5. comel kimi nie...geram nk cubit2

    ReplyDelete
  6. sekejap aje dh besar..geram je tgk..tembam..

    ReplyDelete
  7. pic last tu tak tahan..
    dh penuh muka.
    tapi siap merenyih lagi.

    ReplyDelete
  8. ya allah sukanya dya main susu gmbar last tuh.. buat iklan gusi plak tuh..geget kang..>_<

    ReplyDelete
  9. seronok tgk perkembangan hakimi yg sihat ceria selalu :)

    moga mnjadi ank yg soleh syg :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!