Persiapan Raya 2014

by - 5:33:00 AM


Kalau tahun 2012, tahun pertama beraya sebagai suami dan isteri. tema hijau suami yang tetapkan. tahun 2012 juga jijah tak dapat cuti raya. raya pertama je dah keje petang masa tu...

Tahun 2013 buat persiapan raya tanpa suami di sisi sebab masa tu jijah sarat mengandung 9 bulan. suami beraya di bumi borneo sebab nak simpan cuti untuk jijah bersalin. tahun 2013 ni dapat la beraya lama sebab cuti tanpa gaji.


ini bukan baju raya hakimi ye....



Dan.... Tahun ni 2014 extra excited sedikit sebab beraya bersama2 si kecik zulhakimi zaim :) persiapan mestilah lebih tertumpu pada anak soleh tu. di sebabkan encik suami dapat baju melayu warna purple dari kapal. jadi kena la ikut tema encik suami. merata cari baju melayu budak di Kota Kinabalu ni. last-last jumpa kat Segama, KK. Baju melayu hakimi beli sepasang je. yang lain2 pakai baju tshirt biasa. mama pun beli baju dah siap kat one borneo. saiz 34 senang nak cari. hehehe~

jijah apply cuti raya 5 hari je. kang minta lama kang langsung tak dapat cuti raya. sadis je kan.. encik suami pula cuti 2 minggu. jadi balance tu beraya la kat sabah ni. nak-nak encik suami awal bulan 9 nak posting klang dah.. huuu~~ 

flight waran kami anak beranak pun dah dapat! inshaaAllah naik kapal terbang MAS. balik ahad ni :)  yeyyy!!  harap sangat cuti di approve!

Baju sudah.. haaaa bab biskut raya memang sah aku tak buat / beli sebab kitorang bukannya beraya kat rumah sendiri. Jadi.. nanti nak balik sabah tapau je lah biskut raya dari rumah mak aku dengan mertua.. hahahaha jimat~~

so... kita tunggu je raya nanti macamaner.. harap-harap meriah la.. dan tahun ni tahun terakhir tinggal di sabah. inshaaAllah...



You May Also Like

16 insan comel komen

  1. aamiin.mudah mudahan
    tak pa la jijah, cuti skjap janji dpt blk kg kn..

    ReplyDelete
  2. As salam. Wah! Pasti Raya tahun ini akan lebih meriah, Jijah! Abe Kie singgah sini n follow. no 4581. jemput ke blog sy. tq.

    ReplyDelete
  3. waaa meriahnya... purple.. seronoknya nk blk raya.. semoga cuti jijah lulus ek..

    ReplyDelete
  4. Tema purple ye..kami tema warna warni. Pakai baju yang ada je

    ReplyDelete
  5. ooo..tahun nih tema ungu ye..jijah raya pd ke??

    ReplyDelete
  6. bestnyaaa dah buat persiapan..saya belum lagi..

    ReplyDelete
  7. salam. wahhh..excited nak raya eh..hihi semoga selamat sampai sis :)

    ReplyDelete
  8. Selamat hari Raya hakimi..wahh tahun ni dpt byk duit raya yer..

    ReplyDelete
  9. Tak sabarkan?Hahah...Comel kimi dengan purple

    ReplyDelete
  10. bertambah meriah la tahun ni ada kimi kan..seronoknya.selamat balik kampung jijah..

    ReplyDelete
  11. Bestnya semua dh ready dh.....si kecik tu pun dh makin ensem dh...

    ReplyDelete
  12. shida dapatkan rsakn mmg meriah jiejah :)
    moga perjalanan bjln dgn lancar ye :) jga hakimi leklok :)

    ReplyDelete
  13. Semoga dapatlah cuti Jijah tu dan dapat beraya di semenanjung... Alhamdulillah, Jijah dah buat persiapan kan...

    ReplyDelete
  14. @Mimi Azirah iya kak.. kampung jijah pd je..

    ReplyDelete
  15. InsyaAllah tahun depan jijah beraya di semenanjung sbb jijah dah keje di semenannjung... InsyaAllah... akak doakan

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!