Apa Itu Apendiks

by - 4:53:00 PM


Apa Itu APENDIKS....


Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).

Dalam anatomi manusia, apendiks atau dalam bahasa Inggeris, vermiform appendix (atau hanya appendix) adalah hujung bentuk tiub yang bercantum dengan kaekum ( caecum ).




Sungguhpun kebanyakan orang percaya apendiks tidak berguna dan organ sisi, sesetengah yang lain percaya bahawa apendiks mempunyai fungsi dalam sistem lymphatik ( lymphatic system ).

Operasi pembedahan membuang apendiks dikenali sebagai appendektomi.

Punca dan Simptom APENDIKS...

Radang Appendik adalah satu keadaan di mana appendik menjadi bengkak dan bernanah. Appendik biasanya bersaiz jari dan merupakan bahagian yang menonjol pada usus besar yang terletak di sebelah kanan abdomen.




Kesakitan akan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudian beralih ke bahagian bawah kanan abdomen. Biasanya sakit yang dialami berterusan selama 6-12 jam dan menjadi lebih teruk.

Setiap individu berisiko terkena radang appendik tetapi ia lebih kerap terjadi pada mereka yang berusia 10-30 tahun .

Faktor Penyebab APENDIKS...

Antara sebab terjadinya radang appendik masih tidak jelas. Namun ianya mungkin disebabkan oleh : 

  • sisa-sisa makanan atau najis yang tersumbat di rongga dinding usus dan appendik 
  • jangkitan virus pada sistem pencernaan ataupun radang-radang yang lain . 

Pada kedua-dua kes, ia akan mengakibatkan appendik menjadi radang dan bernanah. Jika tiada rawatan diambil, kemungkinan untuk appendik pecah boleh berlaku.

Simptom - Simptom APENDIKS...

Radang appendik menyebabkan beberapa simptom dan berubah mengikut masa. Tetapi bahagian yang sakit adalah berbeza-beza bergantung pada umur dan kedududkan appendik seseorang seperti : 

Peringkat awal (simptom yang kerap berlaku) : kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen. 

Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk. 

  • Loya dan muntah-muntah 
  • hilang selera makan 
  • sembelit 
  • sukar membuang angin 
  • cirit-birit 
  • bengkak pada abdomen 
  • demam 

Kesakitan yang teruk mungkin dirasai biarpun apabila abdomen disentuh secara lembut. Ia akan menyebabkan kesakitan yang berulang-ulang. Keadaan ini juga dapat dirasai jika kita batuk,berjalan ataupun keadaan yang bergegar.Kesakitan dapat dikurangkan jika kita mengiring atau duduk di mana lutut menghadap dada.

Bila Perlu Jumpa Doktor...

Kanak-kanak lebih cederung untuk mengalami kondisi appendik pecah berbanding golongan dewasa.Kanak-kanak biasanya tidak menunjukkan simptom-simptom yang jelas dan ibu bapa mungkin memgambil ringan tanpa sebarang rawatan .Atas situasi tersebut ,jangan mengambil mudah jika anak anda mengalami sakit perut yang tidak serius,dinasihatkan terus membawa mereka berjumpa doktor bagi memastikan tahap kesihatan mereka .

Komplikasi APENDIKS...




APPENDIK PECAH : Komplikasi yang sangat serius adalah apabila appendik menjadi pecah.Kandungan dalam usus dan organisma-organisma yang membawa jangkitan akan menyerang kawasan abdomen .Ini akan menyebabkan jangkitan pada lapisan yang meliputi kawasan pencernaan.Apabila appendik menjadi pecah,pesakit terasa lebih sihat dari sebelumya secara tiba-tiba.Tetapi kemudiannya,keseluruhan kawasan abdomen akan kembung dengan gas dan cecair.Pesakit akan merasai tidak selesa,tegang dan sakit jika disentuh.Pesakit juga akan mengalami sakit pada kawasan tertentu di abdomen. Pesakit juga akan tidak mampu membuang angin dan mennyahtinja disebabkan radang tersebut. Lain-lain yang dapat dilihat adalah demam,dahaga dan air kencing yang sedikit. 

PERITONITIS : Peritonitis atau radang pada dinding abdomen biasanya perut, adalah kes kecemasan. Jika salah seorang ahli keluarga anda mengalaminya, maka perlulah merujuk kepada bahagian kecemasan secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih kronik. Appendik akan menjadi bengkak dan bernanah. Ia mungkin mencapai saiz sebesar badam atau sebesar buah limau. Rawatan adalah penting sebelum ia menjadi lebih kronik(peritonitis). 

Rawatan yang dibuat...





PEMBEDAHAN adalah rawatan terbaik untuk pesakit radang appendik. Pesakit memerlukan pembedahan bagi membuang appendik (Appendectomy) yang hanya melibatkan torehan yang kecil pada abdomen. Rawatan tersebut memberikan pemulihan yang segera dan bekas pembedahan yang sedikit.

Jika appendik pesakit telah pecah, jangkitan yang sudah merebak ataupun bengkak bernanah, pesakit akan dibedah dengan torehan yang besar supaya pakar bedah dapat membersihkan bahagian abdomen. Pesakit akan diberi antibiotik melalui salur darah dan ditahan diwad sehingga sihat.

Jika simptom yang dialami sudah melewati 5 hari atau lebih, selalunya doktor akan memberi antibiotik untuk mengurangkan radang yang dialami dan jangkitan pada bahagian sekitar appendik. Ia selalunya akan menjadi bengkak dan bernanah. Melalui cara ini (antibiotik), bengkak akan di kuranglan terlebih dahulu dan nanah akan dikeluarkan melalui kulit.Jika cara tersebut berjaya, pembedahan membuang appendik biasannya dilakukan dua bulan selepas itu.


*** Teringat pengalaman buat pembedahan appendiks tahun lepas.. boleh baca sini Pengalaman Appendiks



You May Also Like

4 insan comel komen

  1. bahayanya...klu dah pecahs elalunye boleh mambawa maut

    ReplyDelete
  2. ada sesetengah tu tau ada apendiks tp buat mcm x tau je

    ReplyDelete
  3. nice sharing
    dpt juga tambah ilmu
    family ciksu ada 3 org pernah kna appendiks
    arwah paklong apendiks pecah dlm perut
    2 org sepupu ppuan mmg operate

    mitos kata makan biji cabai tu betul ke tak erk ?

    ReplyDelete
  4. nampak macam tak serius..tapi bila appendix pecah, sangat bahaya.

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!