Thursday, October 1, 2015

Daun Kucai Tambah Selera Makan Anak


Buntu..mama buntu sejak awal tahun 2015 lagi si anaksoleh tak nak makan.. macam2 usaha dah buat.. bagi ubat cacing baru makan sikit sikit -_-" makan sesuap dua je pastu tak nak dah..minum susu je lebih..emm

Banyak dapat respon dari kawan-kawan, mereka suggest petua daun kucai untuk tambah selera anak untuk makan.

Khasiat kucai

Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.

Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah.

Daun kucai juga mengandungi vitamin-vitamin yang sangat tinggi dan berfungsi untuk menambah selera makan.



Caranya :

- Ambil segenggam daun kucai dan ramas-ramaskannya
- Rendam daun kucai dalam baldi
- Mandikan anak macam biasa, mandian anak yang terakhir bilas dengan daun kucai ni jirus air tu  bermula dari bahu
- Gosok-gosok dada dan belakang anak. 
- Urut-urutkan dada & belakang dada anak.
- Tidak perlu dibilas dengan air biasa.
- Keringkan badan anak macam biasa.


*Buat tiga hari berturut turut di sebelah petang..


Kita mencuba, Allah menentukan..
Selamat Mencuba :)





9 comments:

  1. Akak ingatkan bagi makan sedangkan anak2 akak yg besar pun tak mahu makan kucai inikan Hakimi yg masih kecil. Bagi multivitamin Jijah...

    ReplyDelete
  2. Lor..ingatkan untuk makan..Rupanya untuk mandi..Hihihi

    ReplyDelete
  3. owh,,, daun kucai pon blh guna, dlu time kecik2 mak bagi makan appeton, suruh anak2 gemuk..haha

    ReplyDelete
  4. heheheh btol... haq serasi dgn kucai je.. ubat cacing ni jenuh la nak berperang ngan dia bg mkn.. baru2 ni balik kpg oyang dia suh mandikn dgn daun beka lak (xtau daun apa) pas mandi je selera makan menjadi2.. xpe kita mencuba.. Yakin je pd Allah kan.. semoga hakimi mkn byk2 pasni hehe

    ReplyDelete
  5. oh..thanks jijah for the info. Tak pernah tahu pulak daun kucai boleh tambahkan selera makan budak2...

    Xtry multivitamin utk hakimi?

    ReplyDelete
  6. Sama la zahraa pun tak nak makan skrg..nyusu je kuat..boleh cuba petua ni..kita usaha Dia yang menentukan...insyaallah..

    ReplyDelete
  7. fiza ingatkan campurkan dalam makanan..rupanya petua mandian..

    ReplyDelete
  8. ooo baru tau ni jijah...thanks 4 sharing

    ReplyDelete
  9. ooo mandi kan.
    aida ingat kan masak ke minum ke :)
    in shaa Allah , jijah :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!