Monday, October 26, 2015

Kencing Kotor Di Kalangan Wanita


Jangkitan pundi kencing biasanya dikenali sebagai “cystitis” atau keradangan pada pundi kencing.
Berdasarkan kajian, anggaran 20 peratus dari golongan wanita sekurang-kurangnya akan mendapat sekali jangkitan seumur hidup mereka.

Kebanyakan jangkitan pada pundi kencing adalah disebabkan oleh beberapa jenis kuman, terutamanya E.coli. Ianya adalah sejenis bakteria dan kebiasaannya hidup di dalam saluran penghadaman (usus) dan di bahagian kulit sekeliling dubur.

Agak sesuatu yang lazim juga bagi wanita mengalami jangkitan pundi kencing selepas melakukan hubungan seks. Persetubuhan yang dilakukan melalui faraj akan memudahkan bakteria ini sampai ke pundi kencing melalui saluran urethra.

Realitinya pencemaran bakteria boleh berlaku di kalangan wanita semasa mengesat dubur dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Bakteria dalam faraj mungkin akan naik ke pundi kencing semasa melakukan hubungan intim.

Jadi pergi ke bilik air selepas melakukan hubungan intim dengan suami. Cuba buang air kecil, bagi mengosongkan pundi kencing yang mungkin mula dimasuki bakteria. Bersihkan kemaluan dengan pencuci yang disyorkan.



TANDA-TANDA KENCING KOTOR
1.Kencing dengan kerap
2.Rasa sakit atau rasa pedih selepas kencing
3.Rasa hendak kencing lagi walaupun tiada air kencing (tidak puas)
4.Rasa sakit di bahagian bawah abdomen
5.Kencing berdarah atau kencing yang berbau
6.Demam sederhana


Gejala lebih serius pula akan berlaku apabila jangkitan telah melintasi pundi kencing dan memasuki buah pinggang. Antaranya adalah:

1.Demam yang tinggi berserta dengan rasa sejuk dan menggigil
2.Loya dan muntah
3.Sakit di bahagian belakang pinggang


TIPS MENGELAKKAN KENCING KOTOR

1.Sentiasa bersihkan dan keringkan bahagian kemaluan anda

2.Hindari pengunaan sabun, gel dan sebagainya. Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pembersih peribadi khas yang mempunyai pH3.8-4.2

3.Bersihkan dubur dan bahagian kemaluan dari depan ke belakang setiap kali selepas anda buang air

4.Banyakkan meminum air supaya kuman dapat dikumbah dari sistem saluran kencing.

5.Kosongkan pundi kencing setiap dua hingga tiga jam. Jangan amalkan menahan aktiviti kencing.

6.Amalkan membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan kelamin terutamanya mereka yang baru berkahwin.

7.Seboleh-bolehnya, pakailah seluar dalam berkapas yang dapat menyerap lembapan.

8.Tukar tuala wanita dengan kerap semasa haid

9.Elakkan memakai seluar jeans denim yang ketat

6 comments:

  1. nampak kecil, tapi kalau da nak kencing pun sakit, jadi besar!
    hu hu hu... jaga kebersihan tu yg penting.

    ReplyDelete
  2. Pernah kena masa pregnant ! good info ..salam kenal n done follow sini.

    ReplyDelete
  3. penting sangat jaga kebersihan di bahagian intim tu kan

    ReplyDelete
  4. Bahaya ke sis? Setakat ni simptom 1 sampai 4 memang saya selalu kena.

    http://angellovesoldier.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. nampak biasa tp kesannya..
    nice sharing jijah

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!